Friday, October 10

Cara Makan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share macam mana cara yang betul untuk makan vitamin Shaklee. Bukannya apa kadang-kadang tu masih ramai pengguna yang tidak dapat jadual serta cara pemakanan yang betul. Jika cara makan pun tak betul macam mana kita nak dapat kesan yang optimum. Bila tak dapat kesan yang memuaskan mulalah menyalahkan vitamin :)

So di bawah ni merupakan jadual makan vitamin Shaklee ya.. Jika anda nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh la hubungi Fizah. In Shaa Allah Fizah akan berikan konsultasi PERCUMA tanpa sebarang bayaran.




SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
  • Vitalea
  • B Kompleks
  • Vitamin C
  • ESP / Cinch / Meal Shakes

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
  • Lecithin
  • Omega
  • Vitamin E
  • GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya) 
  • CoQHealth Plus ~ sangat sesuai kepada mereka yang sering memandu jarak jauh...hilang terus rasa mengantuk tau :-)

SELEPAS MAKAN MALAM
  • Lecithin
  • Alfalfa 
  • Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)

SEBELUM TIDUR
  • Ostematrix
  • ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
  • Herblax (2 kali seminggu sahaja)

Tambahan :
  1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
  2. Vivix - selepas makan

PENTING
  • Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama AlfalfaPastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter

* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda.

Kredit : mamafaiz

Sekian perkongsian dari Fizah untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca budiman. In Shaa Allah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)