Tuesday, September 15

Macam mana nak tanam Pokok Daun Sup

Assalamualaikum semua.

Agak lama juga rasa tak berupdate blog ni. Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan dan peluang untuk masuk ke dalam ofis. Dapat lah berblogwalking dan update blog.

Actually tadi Fizah cari info macam mana nak tanam semula pokok daun sup. Sebab apa nak tanam sendiri ? Yelah kan kita nak pakai sikit je tapi bila pergi pasar nak kena beli banyak-banyak kan. Lepas tu yang balance tu simpan dalam peti sejuk sampai naik kering daun sup tu.


Gambar Hiasan
Sebelum ni memang pernah tanam dah. Mula-mula okay pokok tu naik. Tapi lepas tu dia jadi layu semula.

Cari punya cari Fizah pun terjumpa la satu blog ni.

Tuan blog cakap kalau nak tanam pokok daun sup, lepas beli dari pasar janagn masukkan dalam peti sejuk, sebaliknya kena rendam dahulu dalam air paip. Lepas dah ambil daun yang kita nak guna tu, rendamkan bahagian yang berakar tu dalam air selama satu hari. Lepas tu, baru tanam dalam tanah dan letakkan pasu di tempat yang redup.

Tanam dalam pasu, dan pastikan tanahnya sentiasa disiram dengan air dan sentiasa lembab. Letakkan di tempat yang teduh. Pastikan air tidak disiram terlalu banyak kerana ia akan reput.

Bila hendak menggunakan daun sup di dalam masakan, pastikan tidak mengambil keseluruhan pokok tersebut. Sebaliknya, ambil sahaja daun yang kita perlukan. Seelok-eloknya ambil daun dari pokok yang lama dan biarkan pokoknya tumbuh daun yang baru.

Senang sangat rupanya tanam pokok daun sup ni. Dekat dapur tu ada sikit akar daun sup yang Fizah simpan. Boleh la lepas ni kita tanam pokok daun sup ni. Lagipun banyak sangat dah tong ESP kat rumah ni.

Daripada terbiar tak tahu nak buat apa, ada baiknya juga kita buat tanam-tanam pokok kan.

In Shaa Allah bila dah dapat hasilnya, Fizah akan share dalam blog ni. 

Semangat pulak rasa hati ni..
Hihihi.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)