Saturday, September 12

Makan Patin Tempoyak di Gobang Maju

Assalamualaikum :)

Actually ni cerita dua minggu lepas.
Lama betul tertangguh nak update dalam blog.

Macam biasa la setiap hari Sabtu kalau Aidijuma release design baru, kami memang akan turun ke bandar. Biasanya kalau keluar bandar, memang makan kat bandar je la jawabnya.

So, Encik Suami ajak makan kat kedai tempoyak ikan patin yang baru buka di bandar Kuantan.

Actually kedai ni ada di Temerloh. Baru-baru ni kedai ni buka cawangan nya di Kuantan. Dah lama dah dia ajak makan kat kedai ni, tapi sebab belum gaji kan, macam mana nak pergi makan ikan patin. Faham-faham je lah harga ikan patin ni macam mana.

Encik Suami ni memang hantu tempoyak ikan patin ni. Nak suruh isteri masak, isteri pun tak makan, macma mana nak masak. Hihihi.

So, masa tu Encik Suami bawak lah pergi makan kat kedai tu. Encik Suami ambilkan Fizah lauk daging dan sup sayur sebab memang Fizah tak makan ikan patin ni. Ikannya tak makan tapi kuahnya ambil la sikit sebab nak ada rasa pedas.

Tiba-tiba terasa macam nak cuba rasa ikan patin ni. Apa yang sedap sangat ikan patin ni sampai Encik Suami duk tergila-gila kan ikan patin ni. Pernah dulu rasa sikit tapi tekak tak boleh terima sebab terasa hanyir ikan tu kuat sangat.

Tapi ikan patin kat kedai Gobang ni memang lain. Makan tu tak terasa langsung hanyir dia. Rasa macam makan ikan biasa tu. Mula-mula rasa sikit, lepas tu nak lagi. Hihihi..

Encik suami tanya nak lagi ke ? Bila orang dah offer ambilk je la kan.
Tanya jugak dengan dia kenapa ikan ni rasa macam makan ikan biasa je. Tak rasa hanyir pun.

Encik Suami cakap, dia pernah tengok dalam Majalah 3, owner dia cakap, iakan patin ni diorang basuh sebersih-bersihnya sampai hilang hanyir dia. Cara basuh adalah dengan menggunakan limau nipis kalau tak silap. Patutlah ikan dia rasa lain dari sebelum ni. Patutlah ramai yang datang makan kat kedai ni.

Gambar dari Mr. Google
Lepas ni, kalau nak mkan ikan patin sedap, tak payah dah rasanya nak kena pergi sampai Temerloh sana. Dekat Kuantan ni je pun dah ada.

So, kalau anda datang berjalan ke Kuantan, boleh lah singgah makan di kedai Gobang Maju ni. Fizah sangat2 rekomen pada anda semua..

0 comments:

Post a Comment