Sunday, December 11

Manfaat Kalsium dari Segi Kesihatan




Hasil carian imej untuk kALSIUM




Kalsium adalah mineral terbanyak di dalam badan manusia di mana ketulan besar dilihat pada tulang dan gigi. Ia membentuk 2% daripada keseluruhan berat badan manusia dewasa. Sumber kalsium mudah didapati dalam susu dan produk susu. 

Kesan-kesan kalsium juga didapati hadir dalam sistem peredaran darah, yang mencegah haemorrhage ( pengaliran darah yang banyak melalui salur darah yang rosak ) yang boleh mengancam nyawa.


Kalsium adalah unsur terpenting di dalam pemakanan manusia yang sihat kerana ia memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Pembekalan kalsium yang kerap amat penting bagi kanak-kanak dan remaja kerana ia boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit osteoporosis ( kerapuhan tulang ) pada usia tua. Ia merupakan satu keadaan tulang yang menyakitkan dan ia adalah keadaan yang biasa, di mana seorang daripada tiga orang wanita dan seorang daripada dua belas orang lelaki pada usia lebih daripada 50 tahun, mengalaminya.

.

Tanda-tanda ( symptom ) kekurangan Kalsium

Tanda-tanda kekurangan kalsium yang utama ialah kecacatan pada rangka seperti Osteopenia ( keadaan di mana ketumpatan mineral tulang adalah kurang dari biasa ), Osteomalacia ( tulang menjadi lembut akibat kekurangan vitamin D atau kegagalan usus untuk memecahkan dan menggunakan vitamin ini ), Osteoporosis dan Rickets ( tulang menjadi lembut di kalangan kanak-kanak ). 

Bagi kanak-kanak yang mengalami rickets, tulang menjadi lemah dan mudah lentur, kaki selalunya menjadi bengkok, dada jatuh dan tulang rusuk seperti bermanik. Antara tanda-tanda yang biasa ialah insomnia ( tidak dapat tidur ), premenstrual cramps ( kejang otot sebelum datang haid ), tetany ( pengecutan otot yang tidak terkawal disebabkan oleh penyakit dan lain-lain ), hypertension ( tekanan darah tinggi ) dan arthritis ( sakit sendi – sakit, bengkak, susah untuk bergerak atau bengkok )

.

Vitamin D perlu untuk mengawal jumlah mineral kalsium dan phosphorus dalam darah.
Kalsium yang didepositkan dalam tulang akan dikeluarkan ke dalam darah oleh vitamin D.
Kalsium yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan.

.

Sumber-sumber utama Kalsium

Kalsium banyak terdapat dalam susu dan produk susu seperti cheese ( keju ) dan yogurt ( cecair pekat dan sedikit masam daripada susu bercampur dengan bacteria ), ikan seperti salmon dan sardines, sayur-sayuran hijau berdaun termasuk broccoli dan spinach ( bayam ),orange juice ( jus oren ) , cereals ( makanan bijirin ), oysters ( tiram ), rice beverages ( minuman dari beras ), soy ( kacang soya ), almonds ( buah yang berbentuk bujur dan berkulit keras ) , black-eyed peas ( buah kecil, warna pucat dan boleh dimakan. Green peas ( Kacang hijau ) dan Ricotta( sejenis keju lembut dan putih dari Itali ) juga adalah sumber kalsium yang kaya.

.

Manfaat Kalsium

Kalsium adalah mineral utama dalam pembentukan tulang dan gigi.Ia juga adalah antara mineral
terpenting yang diperlukan untuk hidup yang sihat. 

Kalsium mempunyai banyak manfaat, antaranya disenaraikan di bawah;


Mencegah berat berlebihan

Kalsium membantu mengekalkan berat badan yang optima.
Jika terdapat kekurangan kalsium dalam diet, badan akan mengeluarkan hormon parathyroid,yang akan merangsang tulang untuk mengeluarkan kalsium ke dalam aliran darah dan membantu mengekalkan imbangan. ( Hormon parathyroid juga merangsang penghasilan lemak dan mencegah lemak dari dipecahkan dan membuat kita gemuk ( obese ). Oleh itu, menetapkan jumlah kalsium yang betul ialah cara yang paling mudah untuk mengekalkan berat badan yang betul.



Melindungi jantung

Kalsium melindungi jantung kita. Jumlahnya yang mencukupi membantu otot-otot termasuk otot-otot pada jantung menguncup dan mengendur dengan baik. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan ke atas pembuluh darah ( arteries ). Jika berlaku kekurangan kalsium, sejenis hormon yang dinamakan ‘calcitrol’ akan dikeluarkan yang akan membuatkan otot-otot pembuluh darah menguncup. Ini akan meningkatkan tekanan darah.



Melindungi daripada barah ‘colon’

Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh mengurangkan risiko barah “colon’ ( usus di bahagian bawah – usus besar di mana air dikeluarkan daripada najis ). Ia juga menghalang pertumbuhan ‘polyps’ yang menyebabkan barah. Para penyelidik tidak pasti mengapa ini berlaku, tetapi ini mungkin berkaitan dengan kalsium yang berlebihan dalam usus selepas badan menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanannya di sepanjang usus besar, kalsium yang berlebihan dipercayai bergabung dengan ejen penyebab barah ( cancer promoters ). Seterusnya, mereka dikeluarkan dari badan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua sumber kalsium dan supplemen kalsium memberi kesan perlindungan ini. Supplemen kalsium harus diambil dalam bentuk cecair kerana vitamin dalam bentuk cecair diserap 5 kali lebih baik daripada bentuk pil.



Mencegah masalah ‘premenstrual’ ( sebelum datang haid )

Kalsium yang mencukupi akan mengurangkan tanda-tanda sindrom sebelum datang haid sebab kandungan kalsium yang rendah akan menyebabkan sejenis hormon dikeluarkan, yang bertanggungjawab atas perubahan perasaan ( mood swings ) seperti perasaan marah dan murung.



Melindungi tulang belakang

Ia menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk badan yang betul.Di samping itu ia mengurangkan risiko sakit belakang.



Mencegah “osteoporosis”

Kalsium membantu mengekalkan tulang dalam keadaan baik dan mencegah banyak masalah rangka tulang seperti “arthritis” dan “osteoporosis” yang akan menghalang pergerakan bebas di samping sakit yang amat sangat.



Memastikan pH alkali yang sihat

Makanan ringan, terlebih gula dan makanan tahan lama ( preserved food items ) meningkatkan asid dalam badan seterusnya boleh mengakibatkan beberapa jenis penyakit seperti barah , batu karang dan tekanan darah tinggi. Kalsium membantu mengekalkan pH yang sihat dan meningkatkan kekuatan dan kebaikan keseluruhannya.



Mengekalkan gigi yang sihat

Kalsium melindungi gigi kita dengan menguatkan tulang rahang ( jaw bone ) sepanjang hidup dan memastikan gigi tumbuh dengan rapat di mana bakteria tidak dapat menyerang.



Membantu pengangkutan khasiat makanan

Kalsium membantu dalam pergerakan mudah khasiat makanan ke selaput-selaput sel.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)