Saturday, September 30

FPG Family Day 2017


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.
Selamat berhujung minggu pada pembaca semua 😊😊

Setiap tahun Company tempat kerja Encik Suami mesti akan anjurkan FAMILY DAY.
Kalau tahun lepas kitorang dah pergi Sunway Lagoon, tahun ni pihak company anjurkan aktiviti ni di sekitar Kuantan sahaja.
Tahun depan pasti luar Kuantan lagi tapi tak tahu la mana pulak pihak company nak bawak.

Macam biasa, antara aktiviti yang wajib ada, pertandingan " Best Dress ".
Tema untuk tahun ni perlu ada kaler Hitam dan jugak kaler Kuning.
Baju kaler hitam memang banyak, tapi kalau nak campur dengan kaler kuning memang takde la.
So, yang ni memang konfem la tak menang. Hahaha.

Image may contain: one or more people, people sleeping and people standing
Baby Hariz terpaksa jadik Baby Bee

Paling teruja dengan MC tadi. Muka memang muka Cina, sekali dia bagi salam, terkedu sekejap.
Tu terkedu buat kali pertama. Kali kedua terkedu bila dia cakap yang dia Doktor.
Tapi MC ni memang best !!

Dannnn yang paling ditunggu-tunggu konfem la LUCKY DRAW. Hihihi
Setiap tahun memang tu lah yang semua orang akan tunggu. Ye dok ??

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Setelah 5 tahun, tahun ni tahun kedua kami memenangi Lucky Draw ni.
Tahun pertama dulu kitorang dapat VOUCHER BARANG ELEKTRIK.
Tahun ni dapat TRAVEL VOUCHER pulok. 😊😊

No automatic alt text available.

Lepas ni boleh plan la mana nak pergi. Hihi.
Dah lama jugak rasanya tak melancong. Lebih-lebih lagi sejak dah ada Baby Hariz ni.
Malam ni nak mimpi la tempat mana yang best nak pergi.

Okay, tu je la cerita Fizah kali ni.
Gambar ni je yang ada sebab tak mampu nak pegang handphone bila huru hara kena handle 3 Hero.
Tunggu gambar dari company je la nanti baru boleh share kat sini.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)