Friday, September 22

Petua Atasi Alahan Semasa Hamil

Setiap wanita hamil pastinya akan mengalami masalah alahan. Ada yang mengalami alahan biasa, ada yang mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa menetap di hospital.

Namun, terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk mengatasi masalah alahan ini. Antaranya :

Makanan

1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 20 minit, kemudian barulah bangun.

2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong, walaupun tidak lapar.

4. Makan apa sahaja yang anda mahu tetapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.

6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sejuk kurang baunya.

7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman

1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin Harian

1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita yang mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk berehat.

3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

5. Jika pengambilan vitamin menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.


Pada kebiasaannya Fizah amalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah alahan boleh dikawal serta Fizah mampu hadapi rutin harian seperti biasa.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)