Saturday, September 30

Shaklee HW Talk - Berseri Di Dalam, Cantik Di Luar


Assalamu 'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Kali ni Fizah nak share fakta mengenai kecantikan dan kesihatan yang mungkin kita terlepas pandang. Antaranya, kecantikan luaran kita dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita juga

1.  Kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan.

Struktur Kulit

  • Lapisan kulit paling luar (Epidermis) terdiri daripada sel kulit dan merupakan defense line pertama tubuh badan kita.
  • Lapisan dalam (Dermis) terdiri daripada collagen dan elastine
  • Lapisan paling dalam (Hypodermis) terdiri daripada lapisan lemak.


2. Ancaman yang kulit kita hadapi setiap hari :

Sinaran UV (ultra violet ray) terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB. UVA menyerap jauh ke dalam Dermis kulit dan sekaligus memecahkan kolagen yang terbentuk di dalam kulit. Memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia).

Hasil carian imej untuk sinar uv
Sinar UV

UVB diserap di lapisan Epidermis kulit dan bertanggungjawab ke atas peningkatan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita

Hasil carian imej untuk pencemaran udara
Pencemaran Udara

Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat dan air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka! Terlalu lama di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

(FUN FACT : Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah di masak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria ! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama! )


Hasil carian imej untuk makanan sihat

Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.


Hasil carian imej untuk kurang tidur

Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.


Hasil carian imej untuk stress

Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Contohnya kalau kita selalu kerutkan dahi, nanti lama-lama boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam !

(FUN FACT : Penghasilan kolagen mulai menyurut bermula kita berusia 25 tahun)


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)