Saturday, September 23

Tips Mengatasi Demam Kuning


Demam Kuning @ Jaundice sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Antara sebab bayi terkena demam kuning adalah faktor-faktor seperti udara dan persekitaran kini, tabiat makanan zaman sekarang, pengambilan ubat dan sebagainya.

Antara simptom-simptom demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.


Jenis-jenis Demam Kuning


Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. Demam kuning normal (physiological jaundice)

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini kerana hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.


2. Demam kuning pra-matang

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.


3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice)

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis@ penyakit kuning????

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; periksa jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Harus diingat, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

.

Tips untuk menghilangkan demam kuning.
1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum parti kurma (jual di kedai arab), 2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice dan pati kurma juga mampu memperbanyakkan susu ibu.

3. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4. Para ibu dinasihatkan tidak memakan makanan yang agak panas seperti lada hitam, jamu dan halia kerana bahan tersebut boleh menyebabkan jaundice lambat pulih.

0 comments:

Post a Comment