Friday, October 13

Kenapa Lelaki Perlu Menjaga Kesihatan ?

Ramai yang tak sedar dan ambil kesedaran tentang kesihatan lelaki. Ramai lelaki menganggap yang mereka sihat dan tek perlu ambil tahu tentang kesihatan diri mereka.

Sebenarnya, bukan perempuan je yang perlu ambil tahu pasal kesihatan diri ni. Lelaki pun perlu ambil tahu jugak dan sebenarnya, banyak penyakit yang menyerang kaum lelaki.

Jom tengok info tentang kesihatan lelaki ni.

Hasil carian imej untuk unhealthy foods

1. Kaum lelaki suka ambil makanan & minuman manis. 

1 daripada 6 kaum lelaki Malaysia mempunyai Diabetes. Cara nak elakkan penyakit diabetes ni ialah :
  • kurangkan mengambil minuman manis. 
  • kurangkan mengambil minuman berkarbonat & susu pekat. 
  • kurangkan mengambil pencuci mulut yg terlampau manis
  • elakkan mengambil jus buah buahan di dalam kotak atau erti kata lain pilih buah buahan yang segar.

Hasil carian imej untuk obese cartoon

2. Kaum lelaki kurang membakar lemak. 

2 daripada 3 lelaki Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau lebih dikenali sebagai obes. Jadi, kaum lelaki perlu kekal aktif untuk membina asas yang sihat untuk sepanjang hayat.


Hasil carian imej untuk sakit jantung

3. Kardiovaskular.
  • Penyakit kardiovaskular adalah Pembunuh No 1 di Malaysia. 
  • Lebih kurang dari 60 lelaki Malaysia mati disebabkan serangan jantung setiap hari. 
  • 1 daripada 3 kaum lelaki mempunyai tekanan darah tinggi. Dan 1 daripada 5 lelaki mempunyai kolesterol yg tinggi. 

Haa mesti terkejut kan bila tahu info nie ?


Hasil carian imej untuk kanser

4. 10 kanser utama di kalangan kaum lelaki di Malaysia. 
  • 2 antara 10 kanser utama itu adalah kanser peparu & kanser prostat. 
  • 2 daripada 5 lelaki Malaysia merokok. Banyak yang kaum lelaki akan perolehi jika mereka berhenti merokok. Antaranya, mereka dapat kurangkan risiko penyakit jantung & juga kanser peparu. 
  • Kanser prostat pula selalunya akan menyerang kaum lelaki dalam purata umur 65 ke atas. Faktor risiko pula antara sejarah keluarga dan juga tahap testoterone yang tinggi. Prostat juga akan berubah seiring dengan usia.

Hasil carian imej untuk Andropouse

5. Andropouse. 
  • Andropouse nie adalah penurunan testosterone secara beransuran yang dialami kaum lelaki berumur 30 tahun dan keatas. 
  • Hormon lelaki akan menurun mengikut usia. 
  • Antara faktornya ialah, cepat letih, perubahan emosi & tidak bertenaga. Haa bukan kaum perempuan je ada monopouse. Kaum lelaki pun ade andropouse.

6. Mati pucuk.
  • 7 daripada 10 lelaki di Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk. 
  • Antara faktor risiko adalah yang berumur 40 tahun keatas, obes, tekanan, masalah jantung, merokok & alkohol.

Bagaimana kaum lelaki boleh mencapai & mengekalkan kecergasan ?
  1. Mengambil cara pemakanan yg sihat.
  2. Amalkan gaya hidup yang sihat.
  3. Amalkan pengambilan makanan tambahan / suplemen dengan bijak.

0 comments:

Post a Comment