Sunday, April 1

Baiknya Hati Shaklee Hantar 2 Kotak Barang Yang Sama


Ini cerita minggu lepas.

Minggu lepas Fizah ada orderkan barang untuk Mak. Alhamdulillah macam biasa barang memang sampai on time

Tapiiii Mak terkejut sebab barang yang Mak dapat tu sampai 2 kotak. Fizah dengar pun pelik jugak sebab selama 6 tahun berurusan dengan Shaklee, tak pernah lagi jadi macam tu.

Terus mintak Mak bukak kotak-kotak tu, then check adakah barang dalam kotak pertama sama dengan kotak kedua. Dalam masa yang sama, Fizah check jugak website takut terdouble order ke.

Check punya check, konfem Fizah hanya buat 1 order dengan 1 pembayaran. Barang yang dapat pun memang sama untuk kedua-dua kotak.

Terus wasap Ummi Nad, tanya apa nak buat sebab tak pernah ada pengalaman macam ni. Ummi bagitahu email je ke Shaklee, nanti Shaklee akan datang ambil barang yang lebih tu.

Petang tu terus email ke Shaklee then Shaklee mintak hantarkan gambar.

Semalam dapat email lagi, Shaklee inform case ni telah pun diuruskan oleh department berkaitan.

Tengah ngadap email tu, Mak pun kal. Mak bagitahu siang tu pihak Shaklee ada kal Mak nak konfemkan tentang barang tu. Shaklee cakap, Isnin nanti diorang akan datang rumah untuk pick up balik barang tersebut.

Alhamdulillah. Case settle. Pelajaran dan pengalaman yang amat bermakna buat Fizah. Banyak yang Fizah dapat belajar dari insiden ni.

Mungkin orang akan cakap, buat apa bagitahu Shaklee. Ambil je barang lebih tu then buat tak tahu je. Tapiii ni berkaitan dengan KEBERKATAN. Nak selamat, pastikan kita buat benda yang betul dan berkat.

Lega rasa bila semua dah setel 😊

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)