Saturday, August 1

Tamat Sudah Kelas PhoP Batch 25

 It’s a wrap up.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar, habis dah Kelas PhoP Batch 25. Actually, ni kelas PhoP yang kelapan Fizah repeat. Terkejut jugak sebab sanggup repeat sampai lapan kali.

Kenapa repeat?

Sebab setiap kelas tu tak sama ilmu yang ticer share. Ada je benda baru yang Fizah dapat setiap kali repeat.

Kelas kali ni Fizah berjaya submit 4 task dan Alhamdulillah 2 task Fizah tersenarai dalam Top 40.

Okay jom layan 4 gambar yang Fizah submit untuk Batch 25 ni


Task 1 : Product

Gambar Youth Skincare ni masuk Top 40. Ticer komen semua okay cuma tang header tu je ticer suruh buang TM tu, then kena ke depan kan lagi kamera. 


Task 2 : Kunyit Asam Keping

Alhamdulillah. Gambar kunyit asam keping ni pun masuk Top 40. Ticer cakap depth kat belakang je cuba adjust sikit sebab depth macam kuat sangat. Yang lain-lain semua okay. Alhamdulillah.


Task 3 : Breakfast Cereal & Napkin

Gambar cereal ni okay dah cuma napkin je tak berapa "kick" ticer cakap. Lagipun gambar-gambar senior yang lain lagi power. Masa hantar gambar ni pun, memang dah rasa macam tak berapa nak ada soul pulak gambar ni. I is redha 😍


Task 4 : Street Photography - Sepi

Mood sephia menjadi tapi mood sepi tak berapa nak jadi sebab tangan model tu nampak macam tengah duduk bersantai bukan sepi menanti seseorang, kata Ticer. So, gambar ni tak dapat memukau pandangan mata ticer. Hihihi.

..

Sebenarnya agak susah nak compete dengan senior lain yang lebih otai tapi memang dah janji pada diri sendiri, akan repeat sampai semua task masuk Top 40. Selagi tak dapat, selagi tu Fizah akan repeat sampai betul-betul puas hati.

Lagipun suami Fizah pun berharap suatu hari nanti ada orang upah Fizah untuk shoot gambar produk diorang. Mana tahu ada rezeki kan. Sambil happy happy penuhkan hobi dengan ambik gambar, dalam masa yang sama boleh tambah pendapatan. Doakan Fizah tau 😍

Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat Ticer Lini Mohd atas segala ilmu yang ticer curahkan buat saya dan juga kami semua di Batch 25.

In Shaa Allah jumpa lagi di Batch 27 πŸ˜ƒ


0 comments:

Post a Comment