Saturday, September 5

Hand Dish Wash Sabun Basuh Pinggan Shaklee

Alhamdulillah tengahari tadi Fizah selamat submit Task Pertama untuk PhoP Batch 27. 

Task kali ni Fizah cuba cabar diri untuk snap product lain la pulak. Selalunya Fizah submit produk Youth Skincare je tapi rasa macam dah muak pulak asyik shoot gambar Youth Skincare tu plus dah takde idea macam mana nak gayakan mereka. 

Lagipun belum ada lagi yang pernah submit product ni (rasanya lah). So terus decide nak shoot Hand Dish Wash ni je.

Actually pagi tadi baru sempat snap gambar ni walaupun task ni dah dapat dari minggu lepas lagi. Weekdays memang agak busy. Time weekend je la ada masa nak fokus mengadap benda ni sebab nak buat aktiviti ni kena dalam mood yang baik. Kalau buat dalam keadaan stress memang takkan jadi.




Okay, asalnya Fizah submit gambar yang atas ni. Once dah submit, terus rasa lega sebab selagi tak hantar, selagi tu Fizah tak senang duduk. Lepas submit, terus tak jenguk dalam group sebab nak fokus pada benda lain pulak.

Dah petang hari, barulah ada kesempatan nak tengok group Batch 27 tu. Bila dah masuk tu, tengok tengok Ticer dah start komen gambar. Gambar Fizah pun Ticer dah komen sebab Fizah antara yang awal jugak yang hantar gambar ni tadi.

 


Gambar atas ni gambar yang Fizah dah edit balik based on apa yang Ticer dah komen. Ticer cakap gambar semua okay takde masalah tapi yang ada masalah Font untuk Header tu nampak macam kusam. Ticer suruh tukar guna warna yang sama dengan warna tulisan pada botol.

Lepas dah tukar, baru nampak macam gambar ni naik seri. Kadang kita je rasa macam gambar kita dah cukup lawa tapi mungkin masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Okay. Fizah nak cerita pasal produk ni pulak.

Kalau nak cerita pasal Hand Dish wash ni kan, asalnya saje nak try best ke tak. Sekali bila dah pakai, ehhh best sesangat pulak rasa. Lembut je kat tangan especially untuk tangan yang sensitif ni. So, teruslah guna sampai sekarang.

Actually Fizah ni ada masalah kulit sensitif. Fizah tak boleh guna sabun sebarangan sebab tangan Fizah akan kering-kering lepas tu mengelupas dan gatal-gatal. Kadang-kadang tu bila tangan dah kering, boleh jadi luka-luka especially kat bahagiaan celah-celah jari.

Tapi lepas guna Hand Dish Wash ni memang masalah kulit kering dan gatal tu boleh dikatakan dah berkurangan. Tapak tangan terasa lebih lembut, dan paling best tu terasa licin je macam tangan baby. Hihihi



Sebotol Hand Dish Wash ni boleh tahan dalam 3-4 bulan. Biarpun sekali beli harga mahal sikit jika di bandingkan dengan sabun basuh pinggan yang ada kat luar sana, tapi Shaklee jauh lebih jimat sebenarnya. 

Tak percaya? Cuba check berapa harga sebotol sabun dan kemudian bahagikan untuk penggunaan 3-4 bulan dan compare balik dengan harga sabun basuh pinggan yang korang guna. Mesti korang akan nampak betapa jimatnya Hand Dish Wash ni. Hihiii 

Kalau korang nak dapatkan Hand Dish Wash dari Shaklee ni, boleh hubungi Fizah di 0196591541

2 comments:

  1. cantik gambarnya. tak pernah cuba lagi hand dish wash ni. menarik juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Fizah student Phop jugak kan. Hihihi

      Delete