Tuesday, August 25

Impian Hantar Hafiy ke Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok Dimakbulkan

Alhamdulillah syukur.

Allah beri keizinan untuk Hafiy masuk ke Sekolah Rendah Al-Irsyad Balok (SRAIB) tahun depan dan dapat ke sekolah yang sama dengan Haziq. Actually kitorang memang dah lama decide nak hantar semua anak-anak ke sekolah ni. Alhamdulillah Allah permudahkan dan Dia Mendengar permintaan kitorang.

Actually kalau nak masuk sekolah ni, kena lalui beberapa prosedur.

First sekali, ofkos la kena isi borang permohonan kan. Masa borang permohonan ni keluar, time PKP hari tu. So, kitorang just isi borang online je. Then pihak sekolah mintak ibubapa untuk hantar salinan beberapa dokumen yang diperlukan. Tapi still dalam PKP, then boleh hantar dokumen tu semua bila pejabat sekolah dibenarkan untuk beroperasi semula.

Lepas dah setel urusan borang permohonan, tunggu je lah pihak sekolah panggil untuk temuduga pulak. Kemain lagi kan, umur baru 6 tahun dah merasa masuk temuduga 😊

25 Julai 2020, Hafiy pergi temuduga. Masa ni dalam hati tu hanya Allah je yang tahu betapa gerun nya rasa hati. Sama macam masa Haziq nak temuduga 2 tahun lepas. Terus terang cakap, rasa risau sampai tak berapa nak lelap tidur malam tu tapi yang tuan punya badan relax je. Hahaha





Semalam ada surat sampai. Nama kat surat bukan nama Fizah mahupun nama suami tapi nama Muhammad Hafiy Haiman. Dalam hati masa tu tahu dah surat apa. Surat yang kitorang tunggu akhirnya sampai jugak.




Masa pegang sampul surat tu, berdebar-debar rasa hati. Takut nak buka sebab tak pasti sama ada berjaya ataupun tidak. Tapi dalam masa yang sama rasa macam dapat sebab isi dalam sampul tu macam tebal je. Kalau tawaran ditolak mesti la isi suratnya nipis je kan. Hahaha

Alhamdulillah. Memang ada rezeki Hafiy untuk masuk sekolah yang sama dengan Haziq. Setiap pagi waktu dalam kereta, kitorang ajar anak-anak untuk Self Affirmation. Sebut benda-benda baik dan positif untuk diri sendiri dan salah satunya "Saya berjaya masuk ke Sekolah Irsyad!"

Allah makbulkan kata-kata anak Mama, Muhammad Hafiy Haiman. 

Hafiy pun happy sangat bila dapat tahu dia akan ke sekolah yang sama dengan Haziq. Tak sabar nak tengok diorang pergi sekolah sama-sama. Mama doakan Hafiy dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru ni nanti. Mama tahu anak Mama boleh!

Tahniah Hafiy 😘


2 comments:

  1. Alhamdulillah impian tercapai. Semoga Hafiy seronok belajar kat sana dan baik baik je. Aaminn

    ReplyDelete