Tuesday, September 8

Kelebihan Jana Pendapatan Secara Online buat Peniaga Baru | Fizah Abdul Halim


Tahun 2020, dunia dikejutkan dengan isu pendemik, Covid-19. Banyak kehidupan mula terjejas lebih-lebih lagi sepanjang tempoh PKP yang perlu kita lalui. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang gajinya dipotong sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan sendiri mahupun keluarga. 

Dalam keadaan sekarang, apa kata kita tingkatkan kembali taraf hidup keluarga dengan jana pendapatan secara online. Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, banyak kelebihan yang dapat kita nikmati jika kita membuat perniagaan secara online.

Antara kelebihan jana pendapatan secara online ialah 𝐒𝐞𝐠𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐋𝐮𝐚𝐬. Pelanggan yang bakal kita perolehi tidak hanya terhad kepada penduduk setempat sahaja malah boleh pergi ke seluruh Malaysia, mahupun antarabangsa.

Selain itu, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐅𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢𝐛𝐞𝐥 jika kita jana pendapatan secara online kerana masa untuk kita jalankan perniagaan tidak terhad pada satu tempoh masa sahaja dan kita boleh buat bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Dan yang paling utama, kelebihan jana pendapatan secara online 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 jika dibandingkan dengan membuka kedai secara fizikal. Kita tidak perlu untuk menyewa atau membeli kedai tetapi kita hanya memerlukan gajet dan capaian internet sahaja.

Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan taraf kehidupan anda, perniagaan secara online sangatlah disarankan kerana segmen pelanggan yang sangat luas, masa yang lebih fleksibel dan kos yang sangat rendah!

Sekiranya anda berminat untuk jana pendapatan secara online tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana dan bagaimana, saya sedia membantu sehingga anda berjaya.

𝐅𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 | 𝐒𝐮𝐫𝐢𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡

10 comments:

  1. Nak berjinak-jinak juga buat bisnes online. Harap dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Bisnes online ni mudah kan kak. Fleksibel waktunya. Yang bekerja pun boleh jana income juga 💗

    Done follow sini

    ReplyDelete
  3. Betol tu. nasib baik dah biasa buat kerja di rumah sebelum pkp lg. Xdela riso xde keje. Paid review sntiasa diperlukan skrg ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. skrg nie walaupun ada kerja .. kena buat side income juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Kita tak tahu kan masa depan apa yang boleh berlaku.

      Delete
  5. best sangat bisnes online shaklee flexible dimana mana jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Syukur dipertemukan dengan Shaklee. Bukan setakat sihat je dapat, income pun dapat :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)