Tuesday, November 10

Advance PhoP Class (APC) Batch 25

Advance PhoP Class (APC) Batch 25 | Alhamdulillah, ni merupakan Kelas Advance yang keempat Fizah join. Kelas Advance ni Ticer fokus ke arah cara editing gambar supaya gambar nampak lebih menarik ikut mood yang sesuai. Ticer open pun tak ramai. Setiap batch dalam 80 orang je.

Ingat lagi masa mula-mula Fizah join Kelas Advance ni, berebut-rebut phoper nak register. Siap kena book awal-awal dengan Agent sebab takut terlepas kelas. Alhamdulillah, Fizah dapat masuk Kelas APC Batch  4 masa bulan Februari hari tu.

Kelas sekarang ni ada ilmu extra. Ticer bukan takat ajar editing gambar je tapi Ticer jugak ada ajar Personal Branding, cara buat ayat iklan di Facebook dan jugak cara-cara self love. Memang seronok sangat dapat masuk kelas advance ni. 

Kelas Advance ni kelas hands on. Ticer bagi gambar, then Ticer akan tunjuk step by step macam mana cara editing sebenar. Then, kitorang just follow je apa yang Ticer tunjuk. Memang seronok sebab Ticer punya air tangan memang amazing. 

Then, lepas tu Ticer akan bagi beberapa keping gambar lain untuk kitorang edit sendiri.

Kelas Advance kali ni, agak banyak jugak gambar yang Ticer bagi. So, sebagai kenang-kenangan, Fizah masukkan dalam blog Fizah ni. Mana tahu nanti handphone ada problem ke, atau nanti masa Fizah dah takde, boleh jugak anak-anak tengok hasil air tangan Mama diorang 😍

Jom layan air tangan Fizah 😙


APC 25 (1)

APC 25 (2)

APC 25 (3)

APC 25 (4)

APC 25 (5)

APC 25 (6)

APC 25 (7)

APC 25 (8)

APC 25 (9)

APC 25 (10)

Okay, tu antara gambar latihan yang Ticer bagi. Semua ni gambar Ticer, kitorang just edit ikut apa yang cantik pada mata kitorang. Hahaha. Dalam kelas APC ni Ticer tak komen dah satu satu gambar tapi Ticer just komen randomly je. Kalau ada gambar yang tak betul, baru dia komen. Kalau tak komen tu, means gambar kita okay lah.

Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri izin untuk menuntut ilmu dari Ticer. Terima kasih tak terhingga buat Ticer Lini Mohd atas segala ilmu yang Ticer curahkan buat saya. Sesungguhnya, banyak sangat dah ilmu yang saya dapat dari Ticer.

Adios 😘



19 comments:

  1. Hallo salam kenal, gambar - gambar ini nampak sangat cantik dan esksotik, apakah ini (gambar) diedit menggunakan photoshop ataukah buatan sendiri yang dipotret?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii. Salam kenal. Gambar diedit. Terima kasih sudi singgah blog Fizah :)

      Delete
  2. Hi good night I'm Brazilian. All right? I want to present my Blogger on culture, travel and tourism. I would like to invite you to follow my Blogger. 27.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hadza Min Fadli Rabbi. TQ SA sudi singgah blog Fizah :)

      Delete
  4. Wahh..cantiknya editing..sukaaa..

    ReplyDelete
  5. menarik semua gambar2 ni..cantik betul ilmu yg ditimba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Bila tengok gambar lawa-lawa ni macam terapi pulak :)

      Delete
  6. wow bagus fizah menambah ilmu. byk perkara baru bagi mama juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat snap gambar dan tengok gambar lawa-lawa. Kadang boleh jadikan terapi waktu stress :)

      Delete
  7. bestnya fizah, kak ana pun minat juga photography tapi setakad ni masih guna hp jer, salam ukhuwah dan follow Fizah di sini naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi follow Fizah. Fizah pun guna hp jer kak ana :)

      Delete
  8. cantik cantik gambarnya. terbaik editing nya :)

    ReplyDelete
  9. Cantiknya hasil dia.. Minat juga belajar fotografi macam nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)