Saturday, January 9

Tips Elak Pakaian Berbau Hapak Ketika Musim Hujan

Tips elak pakaian berbau hapak ketika musim hujan | Apabila tiba musim hujan, ramai antara kita berkira-kira untuk mencuci pakaian. Kita takut untuk mencuci pakaian kerana risau pakaian akan berbau hapak walaupun sudah dicuci dengan bersih. 


Tips Elak baju Berbau Hapak Ketika Musim Hujan


Mencuci pakaian pada musim hujan memerlukan masa yang agak lama untuk kering. Kadangkala ia mengambil masa berhari-hari untuk kering dengan sempurna. Untuk yang ada mesin pengering mungkin tak menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang tiada mesin pengering bolehlah amalkan tips yang Fizah share. 

Cuci pakaian pada awal pagi Biasanya, hujan akan turun waktu tengahari ataupun waktu petang. Bila kita dah siap cuci pakaian waktu pagi, kadar pakaian untuk kering lebih tinggi berbanding jika kita siap cuci pakaian pada waktu tengahari. Guna ampaian mudah alih Adalah lebih baik untuk menggunakan ampaian mudah alih. Kenapa kena guna ampaian mudah alih? Apabila hujan turun secara tiba-tiba, kita boleh alihkan ampaian ke kawasan terlindung dari hujan seperti di bawah garaj. Bila hujan dah reda, kita boleh tolak ampaian ke kawasan panas. Guna kipas Selain itu, jika pakaian tidak kering, boleh juga keringkan di bawah kipas yang berfungsi. Seelok-eloknya sidai pakaian di dalam bilik khas dan pastikan pintu terbuka luas supaya pengudaraan lebih baik dan pakaian cepat kering.


Tips Elak Pakaian Berbau Hapak Ketika Musim Hujan


Asingkan pakaian ikut ketebalan

Pakaian tebal pastinya mengambil masa yang lebih lama untuk kering. Pastikan kita uruskan dahulu pakaian yang lebih tebal dan jika perlu sidai antara pakaian yang lebih nipis, pastikan tidak disidai secara rapat supaya pakaian boleh kering dengan sempurna.

Elakkan jemur pakaian secara bertindih

Pastikan pakaian tidak dijemur secara bertindih antara satu sama lain. Jika pakaian terlalu banyak dan ruang agak terhad, guna penyangkut pakaian (hanger) agar lebih sistematik sekaligus dapat menjimatkan ruang. Nak asingkan pakaian yang telah kering pun agak senang.

Guna pencuci dan pelembut pakaian yang wangi dan bebas bahan kimia 

Pakaian yang lembap mudah berbau hapak dan akan menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. Sabun pencuci dan pelembut yang bebas dari bahan kimia merbahaya elok untuk menjadikan pakaian bersih dan kekal harum walaupun pada musim hujan.


Tips Elak baju Berbau Hapak Ketika Musim Hujan
Untuk info lanjut boleh klik pada gambar

Itu antara tips yang boleh kita buat untuk mengelakkan pakaian berbau hapak ketika musim hujan. Paling penting, jangan bertangguh sehingga baju bertambah banyak untuk mencuci pakaian. Jika pakaian kotor masih sedikit, cuci dahulu supaya ia lebih mudah diuruskan.

Sekiranya pakaian terlalu banyak dan tidak mampu untuk ikut tips yang Fizah share di atas, silalah bawa pakaian ke kedai dobi layan diri dan gunalah pengering (dryer) yang disediakan untuk mengelakkan baju berbau hapak.

Moga bermanfaat 😉

Location: Kuantan, Pahang, Malaysia

4 comments:

  1. Thanks share tips. Betul, cuci awal pagi tu bagus. Ada masa untuk kering bila panas sekejap sebelum mendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kalau nampak matahari terus sidai kat luar. Kebarangkalian untuk kering tu agak tinggi. Hihihi

      Delete
  2. Thanks for the tips ye fizah!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)