Sunday, August 30

Jenis Darah Ibu, Bapa & Anak

Assalamualikum. :)

Hari ni Fizah nak share panduan jenis darah ibu & ayah.
Hasil gabungan darah ibu & ayah akan dapat jenis darah anak.

Jom kita tengok jom.





Kalau ikutkan pada jadual ni, Fizah bakal dapat anak yang memiliki jenis darah A, B, AB atau O.

Memang betul lah. 
Fizah darah B.
Encik Suami lak darah A.

Haziq darah AB.
Hafiy darah O.

Mula-mula dulu lepas bersalinkan Haziq terkejut gak sebab Haziq darah AB sedangkan darah kami jenis A & B.
Lepas bersalinkan Hafiy lagi terkejut sebab darah Hafiy darah O.

Lepas engok jadul ni baru lah faham kenapa darah kami sekeluarga bercampur aduk jenis nya.
Hihihi.

Bagaimana dengan anda ?
Continue Reading

Saturday, August 29

Aidijuma New Release

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni lambat sikit dapat ngadap laptop ni.
Dah bangun awal tiba2 Abang Haziq lak bangun.
Lepas tidurkan Haziq, baby Hafiy lak bangun nak menyusu.
So, kena lah tidurkan baby Hafiy lak.

Hari ni nak mencandat tudung lagi.
Awal2 pagi tadi Encik Suami dah pergi ambil nombor.
Setiap kali nak keluar design baru mesti macam ni la ragamnya.
Kalau tak pergi ambil nombor awal2 alamatnya melepas la design yang hot-hot ni.

So, nak tak nak terpaksa lah merajinkan diri untuk beratur menunggu giliran.
Actually bagus juga dia buat sistem macam ni.
Bagi peluang pada semua untuk merasa keluaran yang hot ni.

Okay, sampai sini dulu.
Encik Suami pun dah sampai dah ni.
Nak buat breakfast jap.
Perut pun dah berbunyi2 kelaparan ni..
Continue Reading

Friday, August 28

Haziq dan Mainannya

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam Jumaat Fizah ucapkan pada semua.

Kali ni Fizah nak cerita perihal Haziq.
Semakin lama semakin bijak dan semakin banyak akal dia.

Setiap kali stok Shaklee sampai, Fizah akan ambil gambar.
So, semalam lepas siap check tudung ada defect atau tidak, Fizah pun susun la tudung-tudung tu semua atas sofa sebab nak ambil gambar.

Masa susun-susun nak ambil gambar tu, Haziq sibuk juga susun mainan dia atas sofa tu.

" Mama, amik gambar mainan jugak ", kata Si Haziq.

Actually, masa Fizah tengah sibuk nak ambil gambar tu, Hafiy dah menangis nak menyusu dan tidur.
So, lepas ambil gambar tu, tudung tu, terus masuk dalam bilik dengan Hafiy.


Lepas tidurkan Hafiy, Fizah pun keluar semula dari bilik.
Keluar je dari bilik.

Haziq : Mama ambik la gambar mainan.
Mama : Hmm ye lahh.

Layankan aje lah.
Nasib baik suruh Mama ambil gambar je.
Tak suruh Mama upload dalam fb tapi Mama nak upload jugak.
Hahaha.
Continue Reading

Thursday, August 27

Kuatnya Pengaruh Iklan

Baru-baru ni Fizah sakit kepala.

Biasa la kalau makan makanan kedai mesti sakit kepala.
Biasanya makan kat luar bila keluar ke bandar.

Masa tu Encik Suami ajak makan dekat Kedai Bakso.
Encik Suami cakap kedai tu famous dalam Group Warga Kuantan.
So, masuk lah kami dalam kedai tu dan makan.

Alhamdulillah memang sedap lah baksonya.
Order pulak Bakso Special.
So, makin special la akibat yang Fizah kena tanggung malam tu.

Actually Fizah ni memang tak boleh makan makanan yang ada Ajinomoto ni.
Lepas makan makanan yang ada Pak Aji ni Fizah terpaksa la menanggung 2 benda.
Salah satu la.. Samada sakit kepala berdenyut-denyut ataupun terasa dahaga yang amat sangat.

Petang tu, lepas dah sampai rumah, mula terasa berdenyut-denyut kepala ni.
Mula-mula tu slow je. Makin lama makin kuat.
Encik Suami cakap mungkin sebab tak cukup tidur.
Fizah rasa berdenyut tu mesti sebab makan Bakso time makan tadi.

Dah malam makin kuat pulak sakitnya.
Bila dah sakit macam tu memang tak boleh nak buat pape la.
Even baring pun, memang takkan hilang.

Sooo masa tengah baring tu.

Mama : Aduuhaii sakitnya kepala ni.
Haziq : Makan la nadol.

Mama : Apa dia ?
Haziq : Makan la pandol.

Mama : Makan panadol ?
Haziq : Haaa makan la panadol.

Mama : Pandai la Awak.
Haziq : Hihihi..
Ni mesti terpengaruh dengan Iklan TV la ni.
Kuat betul penangan Iklan ni kan.
Yang tak tahan tu pandai pulak sebut panadol.

Cerita dengan Encik Suami pun, tergelak-gelak Encik Suami.
Mana taknya. Dalam rumah ni panadol memang takde pun.
So, memang konfem la dia belajar benda tu dari televisyen..

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan anak yang bijak..
Continue Reading

Wednesday, August 26

Kisah Aku dan Aidijuma.

Bismillah.

Mungkin ramai terkejut sebab tiba-tiba Fizah ada update ambil gambar tudung kan.
Tudung apa tu ?? Jeng jeng jeng.

Actually Fizah baru berjinak-jinak dengan Tudung Aidijuma.
Sejak bulan Jun tak silap.
Entah macam mana boleh terjebak pun Fizah tak tahu lah.
Hihihi.

Ceritanya bermula bila Fizah ternampak butik Aidijuma di bandar Kuantan.
Bila ternampak tu terus cakap dengan Encik Suami.

Fizah : Bang, tu butik Aidijuma tu.
Suami : Laa, kat sini rupanya.

Asalnya memang pernah beli tudung Aidijuma ni dulu.
Tapi beli yang plain punya la.
Tak pernah tengok pun tudung corak ni.

Masa tu Aidijuma ni just buka macam stall je dekat dalam Berjaya Mega Mall tu.
Selalu bila masuk dalam Mall tu mesti akan ternampak perempuan pegang beg plastik Aidijuma ni tapi Fizah just tengok macam tu je la kan.
Bila dah selalu nampak orang pegang plastic bag dia, Fizah pun terpanggil untuk singgah stall Aidijuma ni.
Beli sehelai je, itu pun tudung plain.

Nak dijadikan cerita, masa adik ipar nak kahwin, Fizah ada beli baju kurung di Zalora.
Fizah suka pakai baju plain.
Tak tahu kenapa tapi memang tu taste Fizah.
So, jangan tanya kenapa.
Hahahaha.

Lepas baju tu sampai, tudung pulak takde.
So, Fizah pun teringat la dengan Aidijuma ni.
Sebab tiba-tiba teringin nak pakai tudung yang ada corak sikit.

So, kami pun pergi la ke Berjaya Mega Mall tu.
Bila sampai je dekat tempat tu, tengok2 stall dia tu kosong.
Bukan kosong tapi memang stall tu dah takde.
Tinggal lantai je. Hihihi.

Tanya punya tanya rupanya dah pindah.
Budak depan kedai tu cakap pindah dekat bangunan Malay Town belakang ECM.
Kitorang pun puas la pusing-pusing cari kedai Aidijuma ni.
Oleh kerana sebelum ni, Aidijuma just buka stall je, so dalam fikiran kitorang mungkin dia buka stall juga.

Bila dah cari tak jumpa-jumpa, kami pun balik dengan hampanya.
Bising jugak lah Encik Suami sebab keluar bandar tapi tak dapat hasil pun.

So, hujung bulan Jun hari tu, entah macam mana terlalu la dekat lorong bangunan China Town, barulah Fizah nampak butik Aidijuma tu.

Masa nampak tu masing-masing duk cakap.

" Dia dah upgrade jadik butik rupanya. Ingatkan dulu pindah buka stall jugak. Patutlah carik tak jumpa."

Dapatlah rembat sehelai

Lepas tu ??? Hihihi.
Cerita ni akan bersambung pada entri lain ya.

Hari dah terang.
Dah sampai masa untuk Fizah buat kerja rumah pulak.
In Shaa Allah cerita lain bakal menyusul.

Continue Reading

Tuesday, August 25

Haii.. I'm Back !!!

Lama sangat dah rupanya Fizah tak update blog ni.
Dah bersarang rupanya blog Fizah ni.

Last update bulan Mei hari tu.
Nasib baik la Grand Nanny Fizah banyak bagi kesedaran suruh update blog.

In Shaa Allah start dari hari ni, Fizah berazam nak update blog setiap hari.
Setiap hari kena update 2 @ 3 entry.
Bila fikir2 balik lebih baik update entry kat blog daripada Facebook.
Hihihi..

So, jangan lupa nantikan perkembangan terkini daripada Fizah ya..

Peace..
Continue Reading