Wednesday, September 16

Sihatkah Sel Kulit Anda ?

Assalamualaikum :)

Kali ni Fizah nak share ilmu yang baru Fizah perolehi.
Ilmu berkaitan dengan kulit dan juga sel kulit.
Selama ni tak tahu pun pasal benda ni.
Itulah kebaikannya bila kita rajin buat blogwalking ni.

TAHUKAH ANDA ??

Sel kulit kita hanya hidup selama 21 hari.
Selepas hari ke 21, sel kulit kita akan bertukar kepada sel baru.
Sekiranya kita tidak memperolehi zat makanan yang mencukupi dan jika sel itu lemah, sel baru TIDAK dapat menyingkirkan sel lama atau sel mati.

So, pengambilan suplemen yang berkualiti serta mudah diserap oleh badan dapat membantu sel kulit untuk hidup dan bernafas.
Daripada kenyataan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sekiranya kita mengalami masalah kulit yang teruk, mulakan dengan langkah penjagaan dari dalaman.

Ambil suplemen yang boleh membantu meningkatkan zat makanan supaya sel baru dapat menyingkirkan sel yang telah mati.

Jika kita hanya mementingkan penjagaan luaran, gunalah pelbagai produk pun, hasilnya tetap sama.

Mulakan penjagaan kulit anda dari dalaman ya.

Continue Reading

Tuesday, September 15

Macam mana nak tanam Pokok Daun Sup

Assalamualaikum semua.

Agak lama juga rasa tak berupdate blog ni. Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan dan peluang untuk masuk ke dalam ofis. Dapat lah berblogwalking dan update blog.

Actually tadi Fizah cari info macam mana nak tanam semula pokok daun sup. Sebab apa nak tanam sendiri ? Yelah kan kita nak pakai sikit je tapi bila pergi pasar nak kena beli banyak-banyak kan. Lepas tu yang balance tu simpan dalam peti sejuk sampai naik kering daun sup tu.


Gambar Hiasan
Sebelum ni memang pernah tanam dah. Mula-mula okay pokok tu naik. Tapi lepas tu dia jadi layu semula.

Cari punya cari Fizah pun terjumpa la satu blog ni.

Tuan blog cakap kalau nak tanam pokok daun sup, lepas beli dari pasar janagn masukkan dalam peti sejuk, sebaliknya kena rendam dahulu dalam air paip. Lepas dah ambil daun yang kita nak guna tu, rendamkan bahagian yang berakar tu dalam air selama satu hari. Lepas tu, baru tanam dalam tanah dan letakkan pasu di tempat yang redup.

Tanam dalam pasu, dan pastikan tanahnya sentiasa disiram dengan air dan sentiasa lembab. Letakkan di tempat yang teduh. Pastikan air tidak disiram terlalu banyak kerana ia akan reput.

Bila hendak menggunakan daun sup di dalam masakan, pastikan tidak mengambil keseluruhan pokok tersebut. Sebaliknya, ambil sahaja daun yang kita perlukan. Seelok-eloknya ambil daun dari pokok yang lama dan biarkan pokoknya tumbuh daun yang baru.

Senang sangat rupanya tanam pokok daun sup ni. Dekat dapur tu ada sikit akar daun sup yang Fizah simpan. Boleh la lepas ni kita tanam pokok daun sup ni. Lagipun banyak sangat dah tong ESP kat rumah ni.

Daripada terbiar tak tahu nak buat apa, ada baiknya juga kita buat tanam-tanam pokok kan.

In Shaa Allah bila dah dapat hasilnya, Fizah akan share dalam blog ni. 

Semangat pulak rasa hati ni..
Hihihi.
Continue Reading

Saturday, September 12

Makan Patin Tempoyak di Gobang Maju

Assalamualaikum :)

Actually ni cerita dua minggu lepas.
Lama betul tertangguh nak update dalam blog.

Macam biasa la setiap hari Sabtu kalau Aidijuma release design baru, kami memang akan turun ke bandar. Biasanya kalau keluar bandar, memang makan kat bandar je la jawabnya.

So, Encik Suami ajak makan kat kedai tempoyak ikan patin yang baru buka di bandar Kuantan.

Actually kedai ni ada di Temerloh. Baru-baru ni kedai ni buka cawangan nya di Kuantan. Dah lama dah dia ajak makan kat kedai ni, tapi sebab belum gaji kan, macam mana nak pergi makan ikan patin. Faham-faham je lah harga ikan patin ni macam mana.

Encik Suami ni memang hantu tempoyak ikan patin ni. Nak suruh isteri masak, isteri pun tak makan, macma mana nak masak. Hihihi.

So, masa tu Encik Suami bawak lah pergi makan kat kedai tu. Encik Suami ambilkan Fizah lauk daging dan sup sayur sebab memang Fizah tak makan ikan patin ni. Ikannya tak makan tapi kuahnya ambil la sikit sebab nak ada rasa pedas.

Tiba-tiba terasa macam nak cuba rasa ikan patin ni. Apa yang sedap sangat ikan patin ni sampai Encik Suami duk tergila-gila kan ikan patin ni. Pernah dulu rasa sikit tapi tekak tak boleh terima sebab terasa hanyir ikan tu kuat sangat.

Tapi ikan patin kat kedai Gobang ni memang lain. Makan tu tak terasa langsung hanyir dia. Rasa macam makan ikan biasa tu. Mula-mula rasa sikit, lepas tu nak lagi. Hihihi..

Encik suami tanya nak lagi ke ? Bila orang dah offer ambilk je la kan.
Tanya jugak dengan dia kenapa ikan ni rasa macam makan ikan biasa je. Tak rasa hanyir pun.

Encik Suami cakap, dia pernah tengok dalam Majalah 3, owner dia cakap, iakan patin ni diorang basuh sebersih-bersihnya sampai hilang hanyir dia. Cara basuh adalah dengan menggunakan limau nipis kalau tak silap. Patutlah ikan dia rasa lain dari sebelum ni. Patutlah ramai yang datang makan kat kedai ni.

Gambar dari Mr. Google
Lepas ni, kalau nak mkan ikan patin sedap, tak payah dah rasanya nak kena pergi sampai Temerloh sana. Dekat Kuantan ni je pun dah ada.

So, kalau anda datang berjalan ke Kuantan, boleh lah singgah makan di kedai Gobang Maju ni. Fizah sangat2 rekomen pada anda semua..
Continue Reading

Friday, September 11

Kreatif Dalam Bersedekah

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid-masjid Arab, Mekah & Madinah).


2. Inisiatif - sedekah

Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

....................................

3. Inisiatif - sedekah

Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.

....................................

4. Inisiatif - sedekah

Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

....................................

5. Inisiatif- sedekah

Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

....................................

6. Inisiatif- sedekah

Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dsb).

....................................

7. Inisiatif- sedekah:

Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

..................................

8. Inisiatif - sedekah

Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

..................................

9. Inisiatif - sedekah

Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

....................................

10. Inisiatif - sedekah

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

....................................

11. Inisiatif - sedekah

Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepada mu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

....................................

12. Inisaitif - sedekah

Sedekahkan Al Fathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

....................................

13. Inisaitif - sedekah

Kirimkan mesej ini kepada semua kenalan mu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga anda pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah.
Continue Reading

Sunday, September 6

Dapat Order Herblax & OsteMatrix

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru dapat nak mengadap lappy ni.
Baby Hafiy dah lena dibuai mimpi.
So, dapatlah Fizah mengupdate blog.

Hari ni Fizah nak share keterujaan Fizah dapat order Shaklee dari kawan tempat kerja Encik Suami.
Ye la kan, dah lama kami ni consume Shaklee tapi belum berhasil mempengaruhi rakan sekerja Encik Suami.

Ceritanya bermula apabila tiba-tiba masuk wasap dari Encik Suami.
Abang : Yang, ada ke stok Herblax & OsteMatrix ?
Sayang : OsteMatrix ada tapi Herblax takde.
Abang : Ni ada orang mengadu dah lama tak membuang. Mana lagi okay ? OsteMatrix ke Herblax ?
Sayang : Dua-dua okay. Tapi Herblax paling bagus lah sebab dia memang membantu melawaskan pembuangan dan juga cuci usus.
Abang : Berapa harga ?
Sayang : OsteMatrix RM 62. Herblax RM 53.
Abang : Pastu Herblax takde tu macam mana ?
Sayang : Takpe lah, hari ni order In Shaa Allah esok sampai.
Abang : Okay konfem nak Herblax & OsteMatrix.
Sayang : Okay.
Alhamdulillah. Rezeki di hari Jumaat mungkin.
Tiba-tiba je dapat order kan.
Betullah orang cakap rezeki dari dia datang tanpa kita ketahui.

In Shaa Allah lepas ni akan lebih ramai yang akan berminat untuk mencuba Shaklee ni.
Kami tak nak kami je yang sihat. Kalau boleh kami nak ajak lebih ramai lagi untuk sama-sama sihat bersama kami.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, September 5

Kisah Hafiy

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Fizah nak cerita kisah minggu lepas. Kisah hafiy jatuh dan luka kat bahagian area dagu. Hafiy jatuh sendiri, bukan sebab main dengan Haziq tau.

Actually masa tu kami semua duduk kat luar, bahagian ruang tamu. Hafiy ni biasa la, tengah melasak sebab baru dapat kaki orang kata. Merayap je la keje nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dia dia terjatuh dan menangis kat dalam bilik tidur kami. Bila pergi tengok rupanya dia terjatuh kat area pintu bilik. Mungkin masa tu dia tengah berjalan nak keluar dari bilik tu.

Terkejut sangat sebab masa angkat dia tu, nampak darah dah meleleh-leleh kat bahagian dagu dia tu. Bila lap-lap tengok macam agak besar jugak lukanya tu. Terus kami laki bini decide nak bawak pergi klinik. Risau sangat masa tu takut kena jahit je. Nasib baik la masa tu Ayah dah balik kerja. Kalau takkkkk.

Menangis sebab orang nak ambil gambar bukan sebab sakit :) 
Kulit bahagian tu terkoyak. Ngeri tengok 
Bila sampai je kat klinik, terus nurse suruh masuk kat bilik Emergency. Masa tu luka tu dah tak berdarah mana pun sebab kami dah letak Gel Gamat.

Masa doktor check tu memna kuat jugak la dia menangis. Pedih agaknya sebab kene cuci dengan doktor tu. Doktor cakap sikit je dan tak dalam pun luka nya. Just terkoyak kulit je, so tak perlu dijahit.

Syukurrrrr. Doktor just bagi ubat demam sebab takut baby demam katanya. Dan doktor suruh pastikan setiap kali lepas mandi, lap kering-kering tempat luka tu supaya cepat baik lukanya. Makanya kami balik la dengan senang hati.

Sampai je rumah, Fizah terus buka peti sejuk then ambil Vivix untuk sapu kat tempat luka tu. Ikhtiar dengan Vivix memandangkan doktor tak bagi pape ubat sapu pun. Fizah try Vivix sebab Vivix ni memang membantu untuk sembuhkan luka.

Alhamdulillah. Lepas 2 hari luka makin kering
Berparut hero Mama
Selain Vivix, Fizah memang konsisten ambil Vitamin C dan jugak ESP memandangkan Hafiy masih lagi menyusu badan kan. Vitamin C pun boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka manakala ESP sebagai sumber protein yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit yang baru.

Alhamdulillah. Fizah perasan memang luka Hafiy tu cepat kering dan yang paling penting tempat luka tu tak terkena sebarang infection pun.

Luka nampak macam nak bercantum
Lega tengok kulit makin sembuh
Kalau nak tahu, ni lah pengalaman pertama tengok anak berdarah macam ni tau. Sebelum ni Haziq mana pernah main ke apa ke sampai luka berdarah macam ni. Kelam kabut jugak lah masa tu sebab tak pernah ada pengalaman kan.

Alhamdulillah. Syukur sangat lah takde pape yang serius pun. Ayah nya siap cakap lagi, budak lelaki, standard la parut-parut or luka-luka ni. Kalau takde luka yang peliknya. Oran lelaki meman la cakap macam tu kan. Kita yang perempuan ni la yang risaunya.

Lepas ni memang kena pantau betul betul lah jawabnya. Siapa tak sayang anak kan.

Fizah masukkan dalam blog ni supaya benda ni menjadi kenangan buat Hafiy. Mana tahu nanti Hafiy dah besar, dah ada anak, boleh baca apa yang Mama dia ni tulis 😊
Continue Reading

Friday, September 4

Hebatnya Surah Al-Baqarah

Bismillah.

Baru-baru ni Fizah baca terjemahan Al-Quran.
Sebab dalam keadaan yang tidak mengizinkan, Fizah ambil peluang baca terjemahan.
Bila cuti tak bermakna kita tidak boleh baca ayat Al-Quran kan.

So, Fizah mulakan dengan Surah Al-Baqarah.
Baca punya baca terjumpa pulak hadis ni.
Hebat sungguh Surah Al-Baqarah ni.
Sebab apa ?

" Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian laksana kuburan-kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari tercirit-birit menjauhi rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah."

~ H.R. Muslim ~


Continue Reading

Thursday, September 3

Kisah Aidijuma Lagi

Hmm kali ni Fizah nak story lagi pasal Aidijuma. Tak tahu nak cakap apa. Nak gelak pun ada, geram pun ada. Macam-macam hal.

Actually dah banyak kali jumpa orang beli barang nak mintak murah. Standard la kan kalau kita beli barang nak mintak kurang harga. Tapi kali ni lain macam sikit.

Customer : Assalam.. sis just nak tanye la.. tq grandma tu tak leh nego harga lagik ke sis?

Seller : Wasalam.. Awak nak harga berapa ? Nak ambik berapa helai ?

Customer : Kalau boleh memang nak harga CS masa keluar tu.. Tapi mesti awak ambik upah gak kan. Nak selai je awak.

Seller : Sori la dear kalau nak harga CS masa keluar memang takleh nak bagi. Awal-awal pagi dah pergi beratur depan CS nak ambik nombor. Tanya orang lain pun rasa takde kot yang boleh bagi harga macam tu.


Nak mintak harga release. Ni mesti jenis tak pernah rasa macam mana susahnya nak pergi candat sendri.

Nak mintak kurang harga tu tak salah. Tapi releven la sikit. Fikir macam mana susahnya orang beratur dengan anak-anak lagi.

** Nak murah pergi cari sendiri dan rasa sendiri apa yang orang rasa.
Continue Reading

Wednesday, September 2

Testimoni Set Kecantikan Shaklee dan GLA Complex: Parut Hitam Hilang dalam 25 Hari


Apa rahsia Puan Syafiza?

Kata beliau,

  1. Kena disiplin ambil suplemen
  2. Pastikan pengambilan air yg secukupnya.


Apa yang beliau consume?

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • GLA Complex.

Kenapa kesan yg ketara selepas 25 hari? Bukannya 1 atau 2 hari?

Kerana sel kulit ni hidup selama 21 hari. Selepas hari ke 21, sel kulit kita akan bertukar kepada sel baru. Tetapi tanpa zat makanan yang mencukupi dan jika sel itu lemah, sel baru tidak akan dapat menyingkirkan sel lama atau sel mati. Jadi pengambilan suplemen yang berkualiti dan mudah diserap badan semestinya membantu sel kulit hidup dan bernafas. Hasilnya seperti yang dapat anda lihat di atas :) 

Apa keistimewaan GLA Complex?
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf 

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading