Saturday, September 30

Shaklee HW Talk - Berseri Di Dalam, Cantik Di Luar


Assalamu 'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Kali ni Fizah nak share fakta mengenai kecantikan dan kesihatan yang mungkin kita terlepas pandang. Antaranya, kecantikan luaran kita dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita juga

1.  Kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan.

Struktur Kulit

  • Lapisan kulit paling luar (Epidermis) terdiri daripada sel kulit dan merupakan defense line pertama tubuh badan kita.
  • Lapisan dalam (Dermis) terdiri daripada collagen dan elastine
  • Lapisan paling dalam (Hypodermis) terdiri daripada lapisan lemak.


2. Ancaman yang kulit kita hadapi setiap hari :

Sinaran UV (ultra violet ray) terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB. UVA menyerap jauh ke dalam Dermis kulit dan sekaligus memecahkan kolagen yang terbentuk di dalam kulit. Memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia).

Hasil carian imej untuk sinar uv
Sinar UV

UVB diserap di lapisan Epidermis kulit dan bertanggungjawab ke atas peningkatan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita

Hasil carian imej untuk pencemaran udara
Pencemaran Udara

Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat dan air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka! Terlalu lama di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

(FUN FACT : Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah di masak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria ! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama! )


Hasil carian imej untuk makanan sihat

Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.


Hasil carian imej untuk kurang tidur

Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.


Hasil carian imej untuk stress

Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Contohnya kalau kita selalu kerutkan dahi, nanti lama-lama boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam !

(FUN FACT : Penghasilan kolagen mulai menyurut bermula kita berusia 25 tahun)


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

FPG Family Day 2017


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.
Selamat berhujung minggu pada pembaca semua 😊😊

Setiap tahun Company tempat kerja Encik Suami mesti akan anjurkan FAMILY DAY.
Kalau tahun lepas kitorang dah pergi Sunway Lagoon, tahun ni pihak company anjurkan aktiviti ni di sekitar Kuantan sahaja.
Tahun depan pasti luar Kuantan lagi tapi tak tahu la mana pulak pihak company nak bawak.

Macam biasa, antara aktiviti yang wajib ada, pertandingan " Best Dress ".
Tema untuk tahun ni perlu ada kaler Hitam dan jugak kaler Kuning.
Baju kaler hitam memang banyak, tapi kalau nak campur dengan kaler kuning memang takde la.
So, yang ni memang konfem la tak menang. Hahaha.

Image may contain: one or more people, people sleeping and people standing
Baby Hariz terpaksa jadik Baby Bee

Paling teruja dengan MC tadi. Muka memang muka Cina, sekali dia bagi salam, terkedu sekejap.
Tu terkedu buat kali pertama. Kali kedua terkedu bila dia cakap yang dia Doktor.
Tapi MC ni memang best !!

Dannnn yang paling ditunggu-tunggu konfem la LUCKY DRAW. Hihihi
Setiap tahun memang tu lah yang semua orang akan tunggu. Ye dok ??

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Setelah 5 tahun, tahun ni tahun kedua kami memenangi Lucky Draw ni.
Tahun pertama dulu kitorang dapat VOUCHER BARANG ELEKTRIK.
Tahun ni dapat TRAVEL VOUCHER pulok. 😊😊

No automatic alt text available.

Lepas ni boleh plan la mana nak pergi. Hihi.
Dah lama jugak rasanya tak melancong. Lebih-lebih lagi sejak dah ada Baby Hariz ni.
Malam ni nak mimpi la tempat mana yang best nak pergi.

Okay, tu je la cerita Fizah kali ni.
Gambar ni je yang ada sebab tak mampu nak pegang handphone bila huru hara kena handle 3 Hero.
Tunggu gambar dari company je la nanti baru boleh share kat sini.


Continue Reading

Friday, September 29

Setelkan Baki Pinjaman PTPTN melalui KWSP


Assalamu 'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Kali ni Fizah nak share macam mana cara nak setelkan hutang PTPTN dengan KWSP.
Kita boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk langsaikan hutang PTPTN.

Memandangkan Encik Suami baru lepas setelkan hutang PTPTN ni, Fizah nak share la serba sedikit apa yang Encik Suami buat.

Macam mana cara nya ?
Ikut step yang Fizah tunjukkan di bawah.


1. Perlu ada iakaun dengan KWSP. Cara register boleh rujuk SINI

2. Bila dah register, buka iakaun then Log in ke iakaun dan pilih WITHDRAWAL



3. Then, pilih NEW APPLICATION. Page akan keluar seperti dalam gambar.



4. Untuk pembayaran PTPTN pilih EDUCATION.



5. Isi maklumat yang diperlukan. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan then SUBMIT.



6. Bila dah Submit, anda akan terima SMS ataupun Email daripada KWSP. 
  • Pihak KWSP akan minta anda datang ke pejabat untuk proses tumb print dan pengesahan sijil. 
  • Sila bawak bersama transkrip dan sijil konvo. 
  • Pegawai KWSP akan print out permohonan anda dan jumlah bayaran ke PTPTN. 
  • Sila check permohonan tersebut. Sekiranya ada kemusykilan terus tanya pegawai tersebut. 
  • Bila semua dah selesai, tunggu email daripada PTPTN menyatakan bayaran telah berjaya dan boleh lah semak penyata di laman web PTPTN.




7. Yahoooo setel dah hutang dengan PTPTN 😃😃


Fizah harap entry kali ni dapat beri manfaat serba sedikit pada anda yang tercari-cari bagaimana untuk langsaikan hutang PTPTN dengan menggunakan KWSP.

Happy Reading 😊
Continue Reading

Diet Ikut Jenis Darah


Hasil carian imej untuk diet ikut jenis darah

Diet untuk darah jenis A 

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.


Diet untuk darah jenis B 

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik)susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.


Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
Continue Reading

50 Perkara Menandakan Anak Anda Cerdas


Hasil carian imej untuk baby

1. Kenal Wajah Anda – Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2. Berbual dengannya – Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3. Memberi senyuman – Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan – Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5. Tahu apabila namanya dipanggil – Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6. Mencapai objek – Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7. Berminat objek yang terang – Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

8. Suka merenyukkan objek lembut – Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9. Ketawa bersama – Si manja suka anda menggeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10. Boleh membuka dan menutup genggaman tangan – Cubalah permainan seperti ‘cak cekur’ sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.

11. Bergerak dengan yakin – Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yang disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunujkkan sikap terujanya.

12. Tepuk tangan – Bersama si manja menyanyi dan menepuk tangan sambil mengerakkan badannya ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira dengan aktiviti ini.

13. Tidur dengan lena – Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2 hingga 3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendirian dan dia tidak merengek.

14. Suka mandi – Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi semasa memakainya pakaian.

15. Urutan – Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena.

16. Suapan sayang – Si manja dengan mudah makan makanan pejalnya apabila anda memujuknya seperti “vroom, vroom, kereta nak masuk gua, aaa buka mulut sayang!”. Pastinya si manja membuka mulut.

17. Aksi spontan – Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Pastinya dia akan ketawa!.

18. Mari berdansa – Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa.

19. Kenalkan buku – Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.


Panduan Berkesan Ajar Anak Cepat Membaca

20. Bermain dengan abangnya – Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Biarkan abangnya mengagahnya. Si manja ketawa apabila abangnya membuat muka lucu.

21. Permainan sorok – Sorokkan barangan permainan kesukaannya. Si manja akan seronok melihat objek yang hilang dan muncul kembali. Ia akan membuatkannya ketawa.

22. Bermain dengan makanan – Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam yang dikisar atau hirisan ikan. Cara ini si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

23. Menonton tv – Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.

24. Permainan tekan dan bunyi – Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan pada permainan itu dan mengeluarkan bunyi.

25. Bergolek ke sana sini – Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.

26. Nyanyikan lagu – Nyanyilah apa sahaja lagu sama ada yang anda reka (mari kita pakai baju, pakai baju…) atau didapati di internet. Lagu membuatkan bayi semakin aktif dan ceria.

27. Sentuhan dan rasa – Sediakan satu kotak kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

28. Petik bunga – Sambil dukung bayi, bawalah dia ke taman bunga. Biarkan dia menghidu bau haruman bunga-bungaan. Dia akan menyukai suasana yang mendamaikan ini, lebih-lebih lagi di bawa bercuti ke kawasan peranginan.

29. Jatuh dan angkat – Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipegangnya dari kerusi makanannya yang tinggi. Anda angkatkan dan berikan kepadanya. Kemudian dia menjatuhnya kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.

30. Membebel – kadang kala, bayi mengeluarkan suara yang tinggi dan membebel. Biarkan dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi atau mungkin teruja dengan sesuatu objek.

31. Bina laluan halangan – Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, atau permainan di atas lantai. Kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

32. Ikut mimik muka dan bunyi – Ajak si manja anda mengikut muka mimik anda. Buat pelbagai aksi lucu atau bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

33. Aksi lucu – Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, proof! Tiupkan ke mukanya. Pasti dia suka aksi lucu ini.

34. Masa untuk bercerita – Sebelum tidur, bacalah cerita dongeng kegemarannya. Buat suara dan aksi semasa membaca cerita itu. Malah anda boleh tukarkan nama watak utama ke nama si manja supaya dia seronok.

35. Lihat diri dalam cermin – Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.

36. Taman permainan buatan – Anda baring dan si manja akan memanjat dan merangkak di atas anda. Kemudian dia akan mencium pipi anda. Permainan yang menyeronokkan anda dan si manja.

37. Mari mengira 123… – Usia si manja hampir satu tahun. Dia boleh berjalan. Jadi mari belajar mengira dengan jumlah anak tangga dalam rumah anda. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

38. Kenali wajah ahli keluarga – Letakkan gambar wajah ahli yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang disekelilingnya.

39. Golek bola – Golek bola dengan perlahan kepada si manja. Pilih bola jenis lembut supaya tidak mencederakannya. Si manja akan belajar untuk menangkap bola yang bergolek.


Kenapa Anak Pintar Disukai Ibu Bapa?

40. Kenali rakan sebaya – masa untuk mengenali dunia luar dengan membawa dia ke rumah teman yang mempunyai anak seusia anak anda. Biarkan dia bermain bersama rakan sebayanya.

41. Menjerit – pernah mendengar si manja tiba-tiba menjerit! Ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

42. Berdikari – Apabila minum susu, si manja sudah boleh memegang botol susu dengan sendiri. Malah sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya.

43. Kenali anggota badan – Masa menukar lampin pun boleh digunakan untuk belajar. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

44. Pegang tangannya – Sentuhan amat berkesan untuk memberi keyakinan kepada si manja. Pegang tangannya sambil mengerakkan jari kemrinya. Si manja suka akan aktiviti ini.

45. Tambah perbendaharaan kata – Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

46. Pelukan – pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat. Dia akan merasa selesa dan selamat semasa dalam pelukan ibunya.

47. Bermain buai bersama – Bersama si manja bermain buaian di hadapan rumah. Duduk bersamanya sambil bercakap perkara yang menggembirakannya.

48. Segar – Sentiasa dedahkan si manja dengan udara yang segar. Elakkan membawa si manja di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan udara yang tercemar.

49. Kesihatan yang stabil – Sentiasa memantau kesihatan si manja supaya badannya tidak mudah dijangkiti penyakit. Dengan ini, si manja akan sentiasa aktif bermain untuk merangsang mindanya.

50. Rehat – baring bersama si manja setelah seharian bermain. Baring di lantai yang bersih atau di atas tilam. Lihat aksi si manja anda. Dia sudah tentu akan meneroka apa yang yang ada berhampirannya.
Continue Reading

7 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin


Hasil carian imej untuk vitamin

1. Badan memerlukan vitamin tertentu dalam dos yg tinggi

Contohnya Vitamin E yang dperolehi dari makanan memberikan kesan yang baik pada jantung juga pada kesihatan badan . Mengambil vitamin C dengan dos yang tinggi pula dapat melambatkan proses penuaan, masalah selaput mata, rheumatoid arthritis dan juga diabetis. Ini tidak dapat di perolehi dari pemakanan seharian kita.


2. Pokok buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin di tanam di atas tanah yang tidak subur.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin di tanam di atas tanah yang kurang subur maka hasil nya juga kurang baik jika di bandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga yang di gunakan oleh peladang juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan.


3. Nutrien hilang ketika memasak

Zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dn penyediaan.Vitamin-vitamin tertentu seperti Vitamin C dan enzim mudah di musnahkan oleh haba semasa dmasak. Hasilnya kita dapat kurang vitamin yang diperlukan.


4. Gangguan penyerapan nutrien

Pengambilan ubat-ubatan, merokok dan meminum minuman keras boleh menganggu penyerapan zat makanan. Pengambilan diet yg tinggi kafein, lemak, gula, kolestrol dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.


5. Makan ikut rasa hati

Kita makan mengikut rasa dan bukan kerana khasiat yang ada pada makanan tesebut contohnya setiap pagi kita makan nasi lemak dan roti canai. Kita sentiasa makan kerana lapar bukan kerana memerlukan zat makanan tersebut.


6. Makan di luar sudah menjadi kebiasaan kita

Kebanyakan kita amat gemar makan di luar berbanding makan di rumah. Makanan di luar banyak menggunakan perisa seperti monosodium glutamate ( msg) dan garam yg merbahaya pada badan.Oleh itu kita harus berhati-hati tentang risiko terhadap kesihatan kita.


7. Shaklee boleh membantu dalam program pemakanan

Berdasarkan kepakaran dan teknologi Shaklee selama lebih 50thn, produknya yang selamat, berkesan dan harmoni dengan alam sekitar, ia boleh di pilih utk memenuhi keperluan anda.
Continue Reading

Thursday, September 28

14 Kemuliaan Wanita Muslimah Yang Sedang Hamil


Hasil carian imej untuk wanita hamil

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.


Continue Reading

Testimoni Set Kehamilan Shaklee


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😊😊😊

Kali ni Fizah nak share pengalaman Puan Azeni yang consume Set Kehamilan Shaklee untuk 2nd pregnancy beliau.

" Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, Alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.

Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan

Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe… Sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.



2. Kaki tak bengkak

Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang membantu lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.



3. Tidur malam selesa

Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang badan segar bugar je.



4. Kulit tak kering

Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.



5. Stretch Mark

Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.



6. Bekas-bekas hitam

Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.


Menurut Puan Azelin lagi, Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan. Hehehe


Fuhhhh banyak sangat perbezaan yang Puan Azeni dapat semasa amalkan Set Kehamilan Shaklee ni. Fizah sendiri dah rasa semua kesan yang beliau share tu.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba boleh dapatkan free consultation dari Fizah ya. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan. Fizah sedia membantu.

..

Info & Order  😊

019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Berjaya Menyusukan Bayi Secara Eksklusif dengan Set Menyusu Shaklee


Salah seorang pengguna Set Menyusu Shaklee berkongsi pengalamannya semasa menggunakan Set Menyusu Shaklee.

"Alhamdulillah, saya syukur sangat2 berjaya exclusive breastfeeding baby sampai sekarang 6 bulan umur baby saya.

Alkisahnya saya ni jenis tak berapa rajin nak pam susu. Sebelum naik kerja, stok susu saya dalam peti tak sampai 50 oz pun!

Dah naik kerja, saya cuma pam sekali masa waktu rehat, weekend saya tak pam susu.

Alhamdulillah sangat, saya ambil Set Menyusu dan ESP, susu jadi pekat dan baby mudah kenyang. Baby pun tak meragam.

Alhamdulillah. Syukur dapat full breastfeeding baby walaupun tak berapa rajin nak pam."

- Puan Irni -

Supplement hanya membantu.
Asas utama dalam penyusuan kerana rajin pump susu dan jangan abaikan konsep DEMAND vs SUPPLY.

..

Info & Order  😊

019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Promosi September 2017

Assalamu 'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Rasanya masih belum terlambat untuk Fizah share apa promosi untuk bulan September ni walaupun berbaki 2 hari sahaja lagi. Mana tau kan jika ada di kalangan anda yang sedang mencari poduk untuk kecantikan dari dalam.

Promosi Shaklee bagi bulan September 2017 ialah SET Radiant 4.


Set ini mengandungi 4 Product Shaklee iaitu :

1. Energizing Soy Protein (ESP)


  • Energizing Soy Protien ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protien yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protien) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • Energizing Soy Protien dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua dan muda.
  • ESP juga mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39.
  • Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

2. SR Vitamin C


  • Menggunakan jagung dan tidak berasaskan dari buah-buahan sitrus.
  • 1 kapsul SR Vitamin C bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Menggunakan teknologi Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
  • Mengandungi "bioflavonoids". Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.

3. GLA Complex


  • Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
  • Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.
  • GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

4. Collagen Powder

  • Bahan utama Shaklee Collagen Powder ialah sisik ikan merah dari laut dalam.
  • Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung.
  • Shaklee Collagen Powder ini juga di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, September 25

Kenapa Perlu Ambil Suplemen ?


Ramai yang salah faham mengenai supplement. Ramai orang ingat UBAT dan SUPPLEMENT adalah benda yang sama. Bentuk suplemen dan ubat memang sama tapi hakikatnya memang tak sama.

Antara persoalan dan statement yang sering berlegar-legar di fikiran kita selama ini :


"Saya tak sakit, buat apa nak makan pil-pil vitamin semua ni??"

"Alah, biasalah tu letih-letih, sakit-sakit badan ni, nak buat macam mana, dah terpaksa. Kan ibu menyusu, sibuk dengan kerja, sibuk dengan family. Tahan aje lah.."

"Saya tak makan apa-apa supplement pun susu badan dah banyak! Tak perlu nak makan vitamin-vitamin ni, membazir duit aje!"

"Saya tak suka bergantung kepada ubat supplement. Saya makan bila perlu jer.."

"Saya tak suka makan supplement sebab ini semua taktik syarikat yang jual supplement nak kaut untung!"


Ramai yang kurang faham tentang konsep suplemen itu sendiri. 
Suplemen bukan kena makan waktu sakit sahaja.

Mari kita lihat video dibawah sebagai panduan kenapa supplement begitu penting dalam kehidupan seharian?

Semoga video ini memberi manfaat kepada anda semua😊😊



Continue Reading

Info Kehamilan - Kejang Kaki Ketika Hamil


Image may contain: one or more people, shoes and text

Kejang kaki atau lebih dikenali sebagai SIMPUL BIAWAK merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh Ibu Hamil.

Pada kebiasaannya, ia berlaku pada TRIMESTER KEDUA dan KETIGA.

Ia berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, dan membuatkan otot anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah OTOT BETIS. Agak menjengkelkan apabila ia sering berlaku pada waktu malam dan menyebabkan tidur kita terganggu.

Walaupun ia menyebabkan KESAKITAN TERUK dan berlarutan selama beberapa minit, anda tidak perlu khuatir kerana kekejangan ini TIDAK merosakkan otot betis anda.


Continue Reading

Sunday, September 24

Alfalfa Bantu Kurangkan Bau Badan


Bau badan pastinya merunsingkan kita.
Especially kalau bau tu dari ketiak !
Alfalfa Complex membantu mengurangkan bau badan especially bau ketiak !!
Tak percaya ? Cuba tengok ni 👇👇

Image may contain: 4 people

Sekiranya anda jenis senang BERPELUH dan BANYAK PELUH, sangat digalakkan untuk menCUBA Alfalfa Complex.

Lepas consume Alfalfa ni tak payah dah nak habiskan duit beli deodorant tau !! 😊😊😊

Tak CUBA tan tahu, dah CUBA pasti rindu !



Alfalfa Complex (Small)

Quantity : 330 tablets

Retail Price : RM 53.75

.

Alfalfa Complex (Large)

Quantity : 700 tablets


Retail Price : RM 97.50


..


Info & Order  😊

019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Kulit Makin Cerah dengan Vitamin C


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni Fizah nak share testimoni adik Fizah sendiri.
Testimoni ni dah lama tapi Fizah nak share jugak dengan korang.

Ni adik bongsu Fizah.
Dia teruja nak makan Vitamin C gara-gara testimoni Vitamin C yang Fizah pernah share.

Image may contain: 2 people, text

Nampak tak perubahan pada adik bongsu Fizah ni ?

Start ambil Vitamin C ni awal Feb 2015.
Actually lepas 2 minggu dia ambil pun dah nampak cerah sikit.
Dalam tempoh sebulan lebih kulit makin cerah.
Ramai kawan2 yang tegur dan tanya apa rahsia dia.

Tiada lagi rahsia.
Adik saya ni HANYA ambil VITAMIN C sahaja !
Tak percaya ?
Hanya Vitamin C sahaja.




..


Info & Order  😊

019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, September 23

Testimoni : OsteMatrix Disangka Pain Killer

Ini merupakan testimoni salah seorang customer Fizah.
After bersalin anak ketiga menderita sakit belakang kesan cucuk ubat bius.

Tapi after ambil OsteMatrix sakit belakang hilang.
Customer rasa macam makan pain killer pulak.
Yang best tu customer siap cakap " kalo tau dari dulu lagi ambil OsteMatrix ni ".


Asalnya customer ni ambil OsteMatrix untuk melawaskan pembuangan.
Alhamdulillah dalam masa yang sama sakit belakang yang dialami sembuh dan berkurangan.

Itulah KEISTIMEWAAN produk Shaklee.
Konsum sebab lain, pasti akan dapat bonus lain.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tips Mengatasi Demam Kuning


Demam Kuning @ Jaundice sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Antara sebab bayi terkena demam kuning adalah faktor-faktor seperti udara dan persekitaran kini, tabiat makanan zaman sekarang, pengambilan ubat dan sebagainya.

Antara simptom-simptom demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.


Jenis-jenis Demam Kuning


Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. Demam kuning normal (physiological jaundice)

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini kerana hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.


2. Demam kuning pra-matang

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.


3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice)

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis@ penyakit kuning????

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; periksa jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Harus diingat, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

.

Tips untuk menghilangkan demam kuning.
1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum parti kurma (jual di kedai arab), 2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice dan pati kurma juga mampu memperbanyakkan susu ibu.

3. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4. Para ibu dinasihatkan tidak memakan makanan yang agak panas seperti lada hitam, jamu dan halia kerana bahan tersebut boleh menyebabkan jaundice lambat pulih.

Continue Reading

Friday, September 22

Petua Bayi Susah Tidur


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni Fizah nak share tips jika bayi susah tidur.

Ada baby memang seronok tapi paling rungsing bila baby susah tidur dan asyik meragam je kan.


Hasil carian imej untuk surah al qadr


Kalu ada masalah baby susah tidur, amalkan petua ini اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ baby mudah tidur.

Baca surah al qadr dan tiup perlahan-lahan diubun-ubun kepala baby dengan niat untuk tidurkan baby.

In Shaa Allah tak sampai beberapa minit baby akan terus tidur lena.

Selamat mencuba !
Continue Reading

Petua Atasi Alahan Semasa Hamil

Setiap wanita hamil pastinya akan mengalami masalah alahan. Ada yang mengalami alahan biasa, ada yang mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa menetap di hospital.

Namun, terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk mengatasi masalah alahan ini. Antaranya :

Makanan

1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 20 minit, kemudian barulah bangun.

2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong, walaupun tidak lapar.

4. Makan apa sahaja yang anda mahu tetapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.

6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sejuk kurang baunya.

7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman

1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin Harian

1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita yang mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk berehat.

3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

5. Jika pengambilan vitamin menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.


Pada kebiasaannya Fizah amalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah alahan boleh dikawal serta Fizah mampu hadapi rutin harian seperti biasa.


Continue Reading

Thursday, September 21

Sijil Halal Shaklee 2017


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Shaklee ni HALAL ke ?

Ramai jugak yang tertanya-tanya sama ada Shaklee Halal ataupun tidak 😊😊



Alhamdulillah Shaklee ni Halal.
Boleh la guna tanpa was was 😉😉

Info tambahan :
Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

..

019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Info Kesuburan - 4 Jenis Sayur yang Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni Fizah nak share berkaitan dengan kesuburan. Setiap pasangan pastinya ingin memiliki zuriat mereka sendiri. Betul tak ?

Tahukah anda, terdapat 4 jenis sayuran yang boleh membantu mempercepatkan proses kehamilan. Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.

Apakah 4 jenis sayuran tersebut ?


1. Bayam

Bayam mengandungi zat besi, folat, dan antioksidan. Selain itu, bayam juga dapat meningkatkan kesuburan dan membantu kehamilan dengan lebih mudah.

Ambil bayam kukus, tambahkan pada sup atau boleh dimakan mentah sebagai salad.

Hasil carian imej untuk bayam



2. Daun Bit

Daun bit juga kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan potensi kehamilan serta kaya dengan Vitamin C dan folat. Vitamin C dan folat juga merupakan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk proses kehamilan.

Hasil carian imej untuk daun bit


3. Brokoli

Brokoli dapat membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti kelebihan metabolit estrogen dalam tubuh, yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.

Hasil carian imej untuk brokoli

4. Biji labu dan tiram

Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung akan menganggu kesuburan pada isteri dan suami. Oleh itu, zink penting dalam menjaga kualiti telur dan juga sperma.

Hasil carian imej untuk biji labu


Sekiranya anda merancang untuk hamil, banyakkan pengambilan sayur-sayuran yang Fizah sebut tadi. In Shaa Allah kita hanya berusaha, Allah jua yang Mengizinkan.


Continue Reading

Wednesday, September 20

Makanan Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tak dinafikan semasa hamil, macam-macam makanan yang boleh memikat selera kita. Tapi hati-hati bila pilih makanan, sebab ada beberapa makanan yang boleh membahayakan kandungan anda dan boleh menyebabkan keguguran. Haaa bahaya kan.

Jadi hari ini Fizah nak share beberapa jenis makanan yang perlu anda kurangkan pengambilannya atau lebih mudah elakkan pengambilannya especially pada awal kehamilan. Kredit

1. Daging Mentah



Daging mentah merupakan makanan yang berbahaya yang harus dielakkan semasa hamil kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Listeria. Jika anda hamil sebaiknya tak perlulah makan daging yang tak berapa masak, lebih baik makan yang betul-betul masak ok?


2. Sushi


Ya Sushi, jika anda gemar makan Sushi terutama yang mrnggunakan ikan mentah, elakkan dari memakannya kerna di khuatiri ikan tersebut mungkin mengandungi merkuri. Ikan yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan masalah kelembapan janin dan kerosakan pada otak bayi.


3. Seafood Yang Dibakar Atau Disalai


Seafood yang dibakar mungkin dijangkiti dengan bakteria Listeria. Sebaiknya ibu hamil jangan makan seafood yang dibakar sebaiknya masak dengan sempurna.


4. Ketam



Menurut kajian perubatan Oriental, ketam mempunyai kesan pada tumor sehingga berisiko tinggi dan boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra-matang.


5. Ikan Yang Tercemar


Hati-hati bila nak makan ikan, kena pastikan ikan tersebut tidak dicemari sebab ia boleh menyebabkan anda keguguran. Seeloknya kena pastikan dulu ikan tu memang segar.


6. Kerang Mentah


Macam daging mentah tadi, seeloknya ibu yang hamil ni makan makanan yang telah di masak dengan sempurna yang belum masak atau separuh masak ni elakkan buat sementara waktu.


7. Telur Mentah


Telur mentah memang makanan sihat untuk ibu hamil, tapi bukan telur mentah. Ia berkemungkinan terdedah kepada Samonella. Mayonis, ais krim buatan sendiri atau custard, dan sos yang biasanya ada bahan dengan telur mentah juga perlu berhati-hati.


8. Keju Lembut


Keju lembut import terutamanya mungkin mengandungi bakteria Listeria yang membahayakan kandugan.


9. Sayuran Mesti Dicuci



Sayuran mesti dicuci untuk elakkan pencemaran toksoplasmosis yang mencemar tanah dimana sayur itu ditanam.


10. Nanas


Nanas mengandungi bromelain dengan kesan melembutkan rahim dan menyebabkan keguguran pada tempoh tiga bulan diawal kehamilan. Jika anda katakan anda makan tidak jadi apa-apa itu mungkin anda tapi pada orang lain mungkin ketahanan pada orang berbeza.


11. Betik Muda



Betik muda atau betik hijau adalah makanan yang berbahaya untuk ibu hamil. Betik muda mengandungi enzim yang boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membahayakan kandungan.


12. Kentang Yang Tumbuh Tunas Hijau



Kentang yang sudah tumbuh tunas bukan sahaja bahaya pada ibu hamil ye.


13. Epal Liar


Epal liar biasanye digunakan untuk dibuat makanan ringan seperti asam. Menurut kajian epal liar membahayakan kandungan seperti bayi pra-matang.


14. Buah Pic




Buah-buahan sememangnya penting untuk ibu hamil tapi buah Pic boleh menyebabkan pendarahan. Jika anda katakana anda tidak ada apa-apa makan buah ini ketika hamil, itu bergantung pada tahap ketahanan seseorang ibu hamil. Jadi perlu berhati-hati.


15. Ikan Dalam Tin



Ikan dalam tin harus dihindari kerana dikhuatiri tercemar dan mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan ibu hamil.


16. Jus Dalam Tin


Pastikan anda menyemak label jus dalam tin samaada ianya sudah dipasteur atau tidak kerana bimbang akan bakteri E-coli. Sebaiknya anda buat saja jus buah sendiri dirumah ok?


17. Pengambilan Vitamin C Berlebihan


Vitamin C merupakan makanan perancang keluarga secara semulajadi. Jika anda ambil secara berlebihan akan membahayakan kandungan anda.


18. Biji Bijan Dan Madu


Jangan salah faham ye. Benar madu adalah makanan sunah dan baik untuk ibu hamil. Disini Fizah nyatakan adalah makan bijan BERSAMA madu. Tapi ibu hamil digalakkan makan bijan hitam seminggu sebelum bersalin untuk anda mudah tahu tanda untuk bersalin.


19. Lidah Buaya


Lidah buaya boleh menyebabkan pendarahan jika DIMAKAN. Tapi masih selamat untuk digunakan sebagai sapuan luaran.


20. Hati Ayam Dan Lembu



Makanan ini tidak baik untuk anda kerana dikhuatiri terkena jangkitan dan beracun, jadi berhati-hati. Jika anda katakana makan makanan ini untuk tambah darah, anda seharusnya mencari makanan lain yang lebih baik untuk kandungan anda. Kita sendiri sudah tahu makanan organ dalaman ini adalah tidak baik jadi tak kan kita nak makan untuk bayi yang masih dalam kandungan kan.

Sekian dulu buat masa ini.
Terima kasih kerana sudi membaca 😊😊
Continue Reading