Tuesday, November 3

Testimoni : Anak Dah Suka Makan Lepas Bagi Vitalea For Children

"Rasanya produk shaklee ni ada MAGIC lah!
Sebelum ni macam-macam vitamin untuk kanak kanak dah cuba untuk bagi anak makan. Kalau part makan memang susah nak suruh makan budak budak ni. Tapi selepas bagi VITALEA CHEWABLE kat anak secara automatik selepas makan anak gelabah cari makanan.
Sungguh MAGIC, dah beberapa hari ni test kat anak semasa memasak kasi anak makan VITALEA lepas habis masak anak terus makan dengan berselera, sayur yang mereka tak suka pun bedal. Sangat suke dan berpuas hati. Alah membeli menang memakai." 
~ Puan Puspa ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, November 2

Promosi November 2015

1. Vita C 500mg

Beli 1 RM 92.50
Beli 2 RM 175.75 (jimat 5%!)
Nak jimat lagi? Jadi ahli, caranya klik sini.







2. Vitalea for Children

Beli 1 RM 111

Beli 3 FREE 1!

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, October 2

Promosi Oktober 2015

1. Omega Guard

Beli 1 RM 136
Beli 2 RM 258.40 (jimat 5%!)
Nak jimat lagi? Jadi ahli, caranya klik sini.

Beli 6 FREE 1!
FREE Membership! (Beli dengan harga ahli)
FREE Vitalea Iron Formula!
CASHBACK RM 32.70

2. GLA Complex

Beli 1 RM91.25
Beli 2 RM 173.38 (jimat 5%!)
Beli 6 FREE 1!
Nak jimat lagi? Jadi ahli, caranya klik sini.

3. Vitalea for Children

Beli 1 RM 111

Beli 3 FREE 1!

4. Vitalea Iron Formula (for adult)

Daftar sebagai Ahli Shaklee + beli minimum 1 produk = FREE 1 Vitalea Iron Formula!

4. Vivix

Beli 1 RM 475 FREE postage

Beli 2 = FREE Membership (Beli dengan harga ahli), FREE postage, CASHBACK RM 36.10


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, September 16

Sihatkah Sel Kulit Anda ?

Assalamualaikum :)

Kali ni Fizah nak share ilmu yang baru Fizah perolehi.
Ilmu berkaitan dengan kulit dan juga sel kulit.
Selama ni tak tahu pun pasal benda ni.
Itulah kebaikannya bila kita rajin buat blogwalking ni.

TAHUKAH ANDA ??

Sel kulit kita hanya hidup selama 21 hari.
Selepas hari ke 21, sel kulit kita akan bertukar kepada sel baru.
Sekiranya kita tidak memperolehi zat makanan yang mencukupi dan jika sel itu lemah, sel baru TIDAK dapat menyingkirkan sel lama atau sel mati.

So, pengambilan suplemen yang berkualiti serta mudah diserap oleh badan dapat membantu sel kulit untuk hidup dan bernafas.
Daripada kenyataan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sekiranya kita mengalami masalah kulit yang teruk, mulakan dengan langkah penjagaan dari dalaman.

Ambil suplemen yang boleh membantu meningkatkan zat makanan supaya sel baru dapat menyingkirkan sel yang telah mati.

Jika kita hanya mementingkan penjagaan luaran, gunalah pelbagai produk pun, hasilnya tetap sama.

Mulakan penjagaan kulit anda dari dalaman ya.

Continue Reading

Tuesday, September 15

Macam mana nak tanam Pokok Daun Sup

Assalamualaikum semua.

Agak lama juga rasa tak berupdate blog ni. Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan dan peluang untuk masuk ke dalam ofis. Dapat lah berblogwalking dan update blog.

Actually tadi Fizah cari info macam mana nak tanam semula pokok daun sup. Sebab apa nak tanam sendiri ? Yelah kan kita nak pakai sikit je tapi bila pergi pasar nak kena beli banyak-banyak kan. Lepas tu yang balance tu simpan dalam peti sejuk sampai naik kering daun sup tu.


Gambar Hiasan
Sebelum ni memang pernah tanam dah. Mula-mula okay pokok tu naik. Tapi lepas tu dia jadi layu semula.

Cari punya cari Fizah pun terjumpa la satu blog ni.

Tuan blog cakap kalau nak tanam pokok daun sup, lepas beli dari pasar janagn masukkan dalam peti sejuk, sebaliknya kena rendam dahulu dalam air paip. Lepas dah ambil daun yang kita nak guna tu, rendamkan bahagian yang berakar tu dalam air selama satu hari. Lepas tu, baru tanam dalam tanah dan letakkan pasu di tempat yang redup.

Tanam dalam pasu, dan pastikan tanahnya sentiasa disiram dengan air dan sentiasa lembab. Letakkan di tempat yang teduh. Pastikan air tidak disiram terlalu banyak kerana ia akan reput.

Bila hendak menggunakan daun sup di dalam masakan, pastikan tidak mengambil keseluruhan pokok tersebut. Sebaliknya, ambil sahaja daun yang kita perlukan. Seelok-eloknya ambil daun dari pokok yang lama dan biarkan pokoknya tumbuh daun yang baru.

Senang sangat rupanya tanam pokok daun sup ni. Dekat dapur tu ada sikit akar daun sup yang Fizah simpan. Boleh la lepas ni kita tanam pokok daun sup ni. Lagipun banyak sangat dah tong ESP kat rumah ni.

Daripada terbiar tak tahu nak buat apa, ada baiknya juga kita buat tanam-tanam pokok kan.

In Shaa Allah bila dah dapat hasilnya, Fizah akan share dalam blog ni. 

Semangat pulak rasa hati ni..
Hihihi.
Continue Reading

Saturday, September 12

Makan Patin Tempoyak di Gobang Maju

Assalamualaikum :)

Actually ni cerita dua minggu lepas.
Lama betul tertangguh nak update dalam blog.

Macam biasa la setiap hari Sabtu kalau Aidijuma release design baru, kami memang akan turun ke bandar. Biasanya kalau keluar bandar, memang makan kat bandar je la jawabnya.

So, Encik Suami ajak makan kat kedai tempoyak ikan patin yang baru buka di bandar Kuantan.

Actually kedai ni ada di Temerloh. Baru-baru ni kedai ni buka cawangan nya di Kuantan. Dah lama dah dia ajak makan kat kedai ni, tapi sebab belum gaji kan, macam mana nak pergi makan ikan patin. Faham-faham je lah harga ikan patin ni macam mana.

Encik Suami ni memang hantu tempoyak ikan patin ni. Nak suruh isteri masak, isteri pun tak makan, macma mana nak masak. Hihihi.

So, masa tu Encik Suami bawak lah pergi makan kat kedai tu. Encik Suami ambilkan Fizah lauk daging dan sup sayur sebab memang Fizah tak makan ikan patin ni. Ikannya tak makan tapi kuahnya ambil la sikit sebab nak ada rasa pedas.

Tiba-tiba terasa macam nak cuba rasa ikan patin ni. Apa yang sedap sangat ikan patin ni sampai Encik Suami duk tergila-gila kan ikan patin ni. Pernah dulu rasa sikit tapi tekak tak boleh terima sebab terasa hanyir ikan tu kuat sangat.

Tapi ikan patin kat kedai Gobang ni memang lain. Makan tu tak terasa langsung hanyir dia. Rasa macam makan ikan biasa tu. Mula-mula rasa sikit, lepas tu nak lagi. Hihihi..

Encik suami tanya nak lagi ke ? Bila orang dah offer ambilk je la kan.
Tanya jugak dengan dia kenapa ikan ni rasa macam makan ikan biasa je. Tak rasa hanyir pun.

Encik Suami cakap, dia pernah tengok dalam Majalah 3, owner dia cakap, iakan patin ni diorang basuh sebersih-bersihnya sampai hilang hanyir dia. Cara basuh adalah dengan menggunakan limau nipis kalau tak silap. Patutlah ikan dia rasa lain dari sebelum ni. Patutlah ramai yang datang makan kat kedai ni.

Gambar dari Mr. Google
Lepas ni, kalau nak mkan ikan patin sedap, tak payah dah rasanya nak kena pergi sampai Temerloh sana. Dekat Kuantan ni je pun dah ada.

So, kalau anda datang berjalan ke Kuantan, boleh lah singgah makan di kedai Gobang Maju ni. Fizah sangat2 rekomen pada anda semua..
Continue Reading

Friday, September 11

Kreatif Dalam Bersedekah

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid-masjid Arab, Mekah & Madinah).


2. Inisiatif - sedekah

Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

....................................

3. Inisiatif - sedekah

Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.

....................................

4. Inisiatif - sedekah

Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

....................................

5. Inisiatif- sedekah

Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

....................................

6. Inisiatif- sedekah

Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dsb).

....................................

7. Inisiatif- sedekah:

Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

..................................

8. Inisiatif - sedekah

Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

..................................

9. Inisiatif - sedekah

Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

....................................

10. Inisiatif - sedekah

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

....................................

11. Inisiatif - sedekah

Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepada mu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

....................................

12. Inisaitif - sedekah

Sedekahkan Al Fathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

....................................

13. Inisaitif - sedekah

Kirimkan mesej ini kepada semua kenalan mu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga anda pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah.
Continue Reading

Sunday, September 6

Dapat Order Herblax & OsteMatrix

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru dapat nak mengadap lappy ni.
Baby Hafiy dah lena dibuai mimpi.
So, dapatlah Fizah mengupdate blog.

Hari ni Fizah nak share keterujaan Fizah dapat order Shaklee dari kawan tempat kerja Encik Suami.
Ye la kan, dah lama kami ni consume Shaklee tapi belum berhasil mempengaruhi rakan sekerja Encik Suami.

Ceritanya bermula apabila tiba-tiba masuk wasap dari Encik Suami.
Abang : Yang, ada ke stok Herblax & OsteMatrix ?
Sayang : OsteMatrix ada tapi Herblax takde.
Abang : Ni ada orang mengadu dah lama tak membuang. Mana lagi okay ? OsteMatrix ke Herblax ?
Sayang : Dua-dua okay. Tapi Herblax paling bagus lah sebab dia memang membantu melawaskan pembuangan dan juga cuci usus.
Abang : Berapa harga ?
Sayang : OsteMatrix RM 62. Herblax RM 53.
Abang : Pastu Herblax takde tu macam mana ?
Sayang : Takpe lah, hari ni order In Shaa Allah esok sampai.
Abang : Okay konfem nak Herblax & OsteMatrix.
Sayang : Okay.
Alhamdulillah. Rezeki di hari Jumaat mungkin.
Tiba-tiba je dapat order kan.
Betullah orang cakap rezeki dari dia datang tanpa kita ketahui.

In Shaa Allah lepas ni akan lebih ramai yang akan berminat untuk mencuba Shaklee ni.
Kami tak nak kami je yang sihat. Kalau boleh kami nak ajak lebih ramai lagi untuk sama-sama sihat bersama kami.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, September 5

Kisah Hafiy

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Fizah nak cerita kisah minggu lepas. Kisah hafiy jatuh dan luka kat bahagian area dagu. Hafiy jatuh sendiri, bukan sebab main dengan Haziq tau.

Actually masa tu kami semua duduk kat luar, bahagian ruang tamu. Hafiy ni biasa la, tengah melasak sebab baru dapat kaki orang kata. Merayap je la keje nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dia dia terjatuh dan menangis kat dalam bilik tidur kami. Bila pergi tengok rupanya dia terjatuh kat area pintu bilik. Mungkin masa tu dia tengah berjalan nak keluar dari bilik tu.

Terkejut sangat sebab masa angkat dia tu, nampak darah dah meleleh-leleh kat bahagian dagu dia tu. Bila lap-lap tengok macam agak besar jugak lukanya tu. Terus kami laki bini decide nak bawak pergi klinik. Risau sangat masa tu takut kena jahit je. Nasib baik la masa tu Ayah dah balik kerja. Kalau takkkkk.

Menangis sebab orang nak ambil gambar bukan sebab sakit :) 
Kulit bahagian tu terkoyak. Ngeri tengok 
Bila sampai je kat klinik, terus nurse suruh masuk kat bilik Emergency. Masa tu luka tu dah tak berdarah mana pun sebab kami dah letak Gel Gamat.

Masa doktor check tu memna kuat jugak la dia menangis. Pedih agaknya sebab kene cuci dengan doktor tu. Doktor cakap sikit je dan tak dalam pun luka nya. Just terkoyak kulit je, so tak perlu dijahit.

Syukurrrrr. Doktor just bagi ubat demam sebab takut baby demam katanya. Dan doktor suruh pastikan setiap kali lepas mandi, lap kering-kering tempat luka tu supaya cepat baik lukanya. Makanya kami balik la dengan senang hati.

Sampai je rumah, Fizah terus buka peti sejuk then ambil Vivix untuk sapu kat tempat luka tu. Ikhtiar dengan Vivix memandangkan doktor tak bagi pape ubat sapu pun. Fizah try Vivix sebab Vivix ni memang membantu untuk sembuhkan luka.

Alhamdulillah. Lepas 2 hari luka makin kering
Berparut hero Mama
Selain Vivix, Fizah memang konsisten ambil Vitamin C dan jugak ESP memandangkan Hafiy masih lagi menyusu badan kan. Vitamin C pun boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka manakala ESP sebagai sumber protein yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit yang baru.

Alhamdulillah. Fizah perasan memang luka Hafiy tu cepat kering dan yang paling penting tempat luka tu tak terkena sebarang infection pun.

Luka nampak macam nak bercantum
Lega tengok kulit makin sembuh
Kalau nak tahu, ni lah pengalaman pertama tengok anak berdarah macam ni tau. Sebelum ni Haziq mana pernah main ke apa ke sampai luka berdarah macam ni. Kelam kabut jugak lah masa tu sebab tak pernah ada pengalaman kan.

Alhamdulillah. Syukur sangat lah takde pape yang serius pun. Ayah nya siap cakap lagi, budak lelaki, standard la parut-parut or luka-luka ni. Kalau takde luka yang peliknya. Oran lelaki meman la cakap macam tu kan. Kita yang perempuan ni la yang risaunya.

Lepas ni memang kena pantau betul betul lah jawabnya. Siapa tak sayang anak kan.

Fizah masukkan dalam blog ni supaya benda ni menjadi kenangan buat Hafiy. Mana tahu nanti Hafiy dah besar, dah ada anak, boleh baca apa yang Mama dia ni tulis 😊
Continue Reading

Friday, September 4

Hebatnya Surah Al-Baqarah

Bismillah.

Baru-baru ni Fizah baca terjemahan Al-Quran.
Sebab dalam keadaan yang tidak mengizinkan, Fizah ambil peluang baca terjemahan.
Bila cuti tak bermakna kita tidak boleh baca ayat Al-Quran kan.

So, Fizah mulakan dengan Surah Al-Baqarah.
Baca punya baca terjumpa pulak hadis ni.
Hebat sungguh Surah Al-Baqarah ni.
Sebab apa ?

" Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian laksana kuburan-kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari tercirit-birit menjauhi rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah."

~ H.R. Muslim ~


Continue Reading

Thursday, September 3

Kisah Aidijuma Lagi

Hmm kali ni Fizah nak story lagi pasal Aidijuma. Tak tahu nak cakap apa. Nak gelak pun ada, geram pun ada. Macam-macam hal.

Actually dah banyak kali jumpa orang beli barang nak mintak murah. Standard la kan kalau kita beli barang nak mintak kurang harga. Tapi kali ni lain macam sikit.

Customer : Assalam.. sis just nak tanye la.. tq grandma tu tak leh nego harga lagik ke sis?

Seller : Wasalam.. Awak nak harga berapa ? Nak ambik berapa helai ?

Customer : Kalau boleh memang nak harga CS masa keluar tu.. Tapi mesti awak ambik upah gak kan. Nak selai je awak.

Seller : Sori la dear kalau nak harga CS masa keluar memang takleh nak bagi. Awal-awal pagi dah pergi beratur depan CS nak ambik nombor. Tanya orang lain pun rasa takde kot yang boleh bagi harga macam tu.


Nak mintak harga release. Ni mesti jenis tak pernah rasa macam mana susahnya nak pergi candat sendri.

Nak mintak kurang harga tu tak salah. Tapi releven la sikit. Fikir macam mana susahnya orang beratur dengan anak-anak lagi.

** Nak murah pergi cari sendiri dan rasa sendiri apa yang orang rasa.
Continue Reading

Wednesday, September 2

Testimoni Set Kecantikan Shaklee dan GLA Complex: Parut Hitam Hilang dalam 25 Hari


Apa rahsia Puan Syafiza?

Kata beliau,

  1. Kena disiplin ambil suplemen
  2. Pastikan pengambilan air yg secukupnya.


Apa yang beliau consume?

  • Vitamin C
  • B Complex
  • Vitamin E
  • GLA Complex.

Kenapa kesan yg ketara selepas 25 hari? Bukannya 1 atau 2 hari?

Kerana sel kulit ni hidup selama 21 hari. Selepas hari ke 21, sel kulit kita akan bertukar kepada sel baru. Tetapi tanpa zat makanan yang mencukupi dan jika sel itu lemah, sel baru tidak akan dapat menyingkirkan sel lama atau sel mati. Jadi pengambilan suplemen yang berkualiti dan mudah diserap badan semestinya membantu sel kulit hidup dan bernafas. Hasilnya seperti yang dapat anda lihat di atas :) 

Apa keistimewaan GLA Complex?
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf 

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, August 30

Jenis Darah Ibu, Bapa & Anak

Assalamualikum. :)

Hari ni Fizah nak share panduan jenis darah ibu & ayah.
Hasil gabungan darah ibu & ayah akan dapat jenis darah anak.

Jom kita tengok jom.





Kalau ikutkan pada jadual ni, Fizah bakal dapat anak yang memiliki jenis darah A, B, AB atau O.

Memang betul lah. 
Fizah darah B.
Encik Suami lak darah A.

Haziq darah AB.
Hafiy darah O.

Mula-mula dulu lepas bersalinkan Haziq terkejut gak sebab Haziq darah AB sedangkan darah kami jenis A & B.
Lepas bersalinkan Hafiy lagi terkejut sebab darah Hafiy darah O.

Lepas engok jadul ni baru lah faham kenapa darah kami sekeluarga bercampur aduk jenis nya.
Hihihi.

Bagaimana dengan anda ?
Continue Reading

Saturday, August 29

Aidijuma New Release

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni lambat sikit dapat ngadap laptop ni.
Dah bangun awal tiba2 Abang Haziq lak bangun.
Lepas tidurkan Haziq, baby Hafiy lak bangun nak menyusu.
So, kena lah tidurkan baby Hafiy lak.

Hari ni nak mencandat tudung lagi.
Awal2 pagi tadi Encik Suami dah pergi ambil nombor.
Setiap kali nak keluar design baru mesti macam ni la ragamnya.
Kalau tak pergi ambil nombor awal2 alamatnya melepas la design yang hot-hot ni.

So, nak tak nak terpaksa lah merajinkan diri untuk beratur menunggu giliran.
Actually bagus juga dia buat sistem macam ni.
Bagi peluang pada semua untuk merasa keluaran yang hot ni.

Okay, sampai sini dulu.
Encik Suami pun dah sampai dah ni.
Nak buat breakfast jap.
Perut pun dah berbunyi2 kelaparan ni..
Continue Reading

Friday, August 28

Haziq dan Mainannya

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam Jumaat Fizah ucapkan pada semua.

Kali ni Fizah nak cerita perihal Haziq.
Semakin lama semakin bijak dan semakin banyak akal dia.

Setiap kali stok Shaklee sampai, Fizah akan ambil gambar.
So, semalam lepas siap check tudung ada defect atau tidak, Fizah pun susun la tudung-tudung tu semua atas sofa sebab nak ambil gambar.

Masa susun-susun nak ambil gambar tu, Haziq sibuk juga susun mainan dia atas sofa tu.

" Mama, amik gambar mainan jugak ", kata Si Haziq.

Actually, masa Fizah tengah sibuk nak ambil gambar tu, Hafiy dah menangis nak menyusu dan tidur.
So, lepas ambil gambar tu, tudung tu, terus masuk dalam bilik dengan Hafiy.


Lepas tidurkan Hafiy, Fizah pun keluar semula dari bilik.
Keluar je dari bilik.

Haziq : Mama ambik la gambar mainan.
Mama : Hmm ye lahh.

Layankan aje lah.
Nasib baik suruh Mama ambil gambar je.
Tak suruh Mama upload dalam fb tapi Mama nak upload jugak.
Hahaha.
Continue Reading

Thursday, August 27

Kuatnya Pengaruh Iklan

Baru-baru ni Fizah sakit kepala.

Biasa la kalau makan makanan kedai mesti sakit kepala.
Biasanya makan kat luar bila keluar ke bandar.

Masa tu Encik Suami ajak makan dekat Kedai Bakso.
Encik Suami cakap kedai tu famous dalam Group Warga Kuantan.
So, masuk lah kami dalam kedai tu dan makan.

Alhamdulillah memang sedap lah baksonya.
Order pulak Bakso Special.
So, makin special la akibat yang Fizah kena tanggung malam tu.

Actually Fizah ni memang tak boleh makan makanan yang ada Ajinomoto ni.
Lepas makan makanan yang ada Pak Aji ni Fizah terpaksa la menanggung 2 benda.
Salah satu la.. Samada sakit kepala berdenyut-denyut ataupun terasa dahaga yang amat sangat.

Petang tu, lepas dah sampai rumah, mula terasa berdenyut-denyut kepala ni.
Mula-mula tu slow je. Makin lama makin kuat.
Encik Suami cakap mungkin sebab tak cukup tidur.
Fizah rasa berdenyut tu mesti sebab makan Bakso time makan tadi.

Dah malam makin kuat pulak sakitnya.
Bila dah sakit macam tu memang tak boleh nak buat pape la.
Even baring pun, memang takkan hilang.

Sooo masa tengah baring tu.

Mama : Aduuhaii sakitnya kepala ni.
Haziq : Makan la nadol.

Mama : Apa dia ?
Haziq : Makan la pandol.

Mama : Makan panadol ?
Haziq : Haaa makan la panadol.

Mama : Pandai la Awak.
Haziq : Hihihi..
Ni mesti terpengaruh dengan Iklan TV la ni.
Kuat betul penangan Iklan ni kan.
Yang tak tahan tu pandai pulak sebut panadol.

Cerita dengan Encik Suami pun, tergelak-gelak Encik Suami.
Mana taknya. Dalam rumah ni panadol memang takde pun.
So, memang konfem la dia belajar benda tu dari televisyen..

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan anak yang bijak..
Continue Reading

Wednesday, August 26

Kisah Aku dan Aidijuma.

Bismillah.

Mungkin ramai terkejut sebab tiba-tiba Fizah ada update ambil gambar tudung kan.
Tudung apa tu ?? Jeng jeng jeng.

Actually Fizah baru berjinak-jinak dengan Tudung Aidijuma.
Sejak bulan Jun tak silap.
Entah macam mana boleh terjebak pun Fizah tak tahu lah.
Hihihi.

Ceritanya bermula bila Fizah ternampak butik Aidijuma di bandar Kuantan.
Bila ternampak tu terus cakap dengan Encik Suami.

Fizah : Bang, tu butik Aidijuma tu.
Suami : Laa, kat sini rupanya.

Asalnya memang pernah beli tudung Aidijuma ni dulu.
Tapi beli yang plain punya la.
Tak pernah tengok pun tudung corak ni.

Masa tu Aidijuma ni just buka macam stall je dekat dalam Berjaya Mega Mall tu.
Selalu bila masuk dalam Mall tu mesti akan ternampak perempuan pegang beg plastik Aidijuma ni tapi Fizah just tengok macam tu je la kan.
Bila dah selalu nampak orang pegang plastic bag dia, Fizah pun terpanggil untuk singgah stall Aidijuma ni.
Beli sehelai je, itu pun tudung plain.

Nak dijadikan cerita, masa adik ipar nak kahwin, Fizah ada beli baju kurung di Zalora.
Fizah suka pakai baju plain.
Tak tahu kenapa tapi memang tu taste Fizah.
So, jangan tanya kenapa.
Hahahaha.

Lepas baju tu sampai, tudung pulak takde.
So, Fizah pun teringat la dengan Aidijuma ni.
Sebab tiba-tiba teringin nak pakai tudung yang ada corak sikit.

So, kami pun pergi la ke Berjaya Mega Mall tu.
Bila sampai je dekat tempat tu, tengok2 stall dia tu kosong.
Bukan kosong tapi memang stall tu dah takde.
Tinggal lantai je. Hihihi.

Tanya punya tanya rupanya dah pindah.
Budak depan kedai tu cakap pindah dekat bangunan Malay Town belakang ECM.
Kitorang pun puas la pusing-pusing cari kedai Aidijuma ni.
Oleh kerana sebelum ni, Aidijuma just buka stall je, so dalam fikiran kitorang mungkin dia buka stall juga.

Bila dah cari tak jumpa-jumpa, kami pun balik dengan hampanya.
Bising jugak lah Encik Suami sebab keluar bandar tapi tak dapat hasil pun.

So, hujung bulan Jun hari tu, entah macam mana terlalu la dekat lorong bangunan China Town, barulah Fizah nampak butik Aidijuma tu.

Masa nampak tu masing-masing duk cakap.

" Dia dah upgrade jadik butik rupanya. Ingatkan dulu pindah buka stall jugak. Patutlah carik tak jumpa."

Dapatlah rembat sehelai

Lepas tu ??? Hihihi.
Cerita ni akan bersambung pada entri lain ya.

Hari dah terang.
Dah sampai masa untuk Fizah buat kerja rumah pulak.
In Shaa Allah cerita lain bakal menyusul.

Continue Reading

Tuesday, August 25

Haii.. I'm Back !!!

Lama sangat dah rupanya Fizah tak update blog ni.
Dah bersarang rupanya blog Fizah ni.

Last update bulan Mei hari tu.
Nasib baik la Grand Nanny Fizah banyak bagi kesedaran suruh update blog.

In Shaa Allah start dari hari ni, Fizah berazam nak update blog setiap hari.
Setiap hari kena update 2 @ 3 entry.
Bila fikir2 balik lebih baik update entry kat blog daripada Facebook.
Hihihi..

So, jangan lupa nantikan perkembangan terkini daripada Fizah ya..

Peace..
Continue Reading

Friday, June 12

Testimoni : Selsema Hilang Dengan Vitamin C dan NutriFeron

Alhamdulillah hari ni dah sihat sedikit berbanding semalam.
Semalam memang nak baring je rasa gara-gara selsema.

Pagi tadi bangun terasa macam ringan sedikit badan dan juga kepala.
Alhamdulillah sembuh dari selsema tanpa ubat.

Apa yang Fizah ambil ?
Fizah hanya ambil Nutriferon dan upkan pengambilan Vitamin C sehingga 6 biji.

Mula-mula semalam Encik Suami suruh juga ambil ubat supaya cepat sihat.
Tapi Fizah cakap nak try dengan suplemen dulu.
Seboleh mungkin tak nak ambil sebarang ubat.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita hanya berusaha. Allah jua yang memberi kesembuhan.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, May 3

Info Produk : Phytocol-ST

Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Kod Produk:11006 (60 tablet)

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

Dirumus daripada campuran sterol & stanol.

Membekalkan 2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Continue Reading

Saturday, May 2

Info Produk : Vita-Lea® for Children

Multivitamin & Multimineral

Kod Produk:11005 (60 tablet)

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti
Perisa Anggur Yang Enak
Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Continue Reading

Tuesday, April 14

Info Sihat - Senarai Kalori Makanan

Assalamualaikum semua.

Makanan.. Untuk hidup kita kena makan tapi nak makan pun kena lah berpada-pada. Kali ni Fizah nak share tentang senarai kalori makanan. Jom kita tengok nilai kalori makanan yang kita duk makan selama ni.


Kategori : Kuih Muih 
  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori 
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori 
Kategori : Lauk Pauk
  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori 
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori 
Kategori : Makanan Rutin
  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori 
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori 
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori 
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori 
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori 
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori 
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori 
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori 
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori 
Kategori : Makanan Segera
  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori 
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori 
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori 
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori 
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori 
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori 
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori 
Kategori : Buah-buahan
  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori 
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori 
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori 
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori 
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori 
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori 
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori 
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori 
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori 
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori 
Kategori : Minuman
  1. Minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal 
  2. Minuman kotak 250g - 105 kal 
  3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal 
  4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal 
  5. Aiskrim 2 skop- 390 kal 
  6. Susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal 
  7. Yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal 
  8. Mentega 2 sudu teh - 75 kal 
  9. Keju chedar 1 keping -58 kal 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. 1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories 
  2. 1 tbsp butter 100 calories 
  3. 1tbsp santan low fat 9- 15 calories 
  4. 1tbsp santan biasa 30-50 calories 

  1. 1/2 cup sayur 20-30 calories 
  2. 1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories 
  3. 1 keping roti less 100 
  4. 1 potato n banana less 100 

  1. 100g seafood - 100 calories 
  2. 100g fish - 120-150 
  3. 100g chicken 130-150 
  4. 100 g red meat 150 

  1. 1tbsp sos2 .. 20-40 
  2. French fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal 
  3. Hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal 
  4. Mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal 
  5. Big Mac - 1 570Kcal 

Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
  1. Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) / 
  2. Fried rice (with egg, chicken and vegetable) 
Tinggi/High (401 -600 kcal)
  1. Mi bandung/Bandung noodles 
  2. Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung 
  3. Mi kari/Curry mee 
  4. Nasi dagang/Nasi dagang 
  5. Mi hoon bandung/Mee hoon bandung 
  6. Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only 
  7. Nasi minyak/Oily rice 
Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)
  1. Nasi lemak/Nasi lemak 
  2. Mi sup/Mee soup 
  3. Roti telur/Roti telur 
  4. Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau 
  5. Roti canai/Roti canal 
  6. Capati/Capati 
  7. Mi hoon goreng/Fried mee hoon 
  8. Mi goreng/Fried mee 
  9. Nasi ayam/Chicken rice 
  10. Rawadosai/Rawadosai 
  11. Putu bambu/Putu bambu 
  12. Dosai/Dosai 
Rendah / Low (0- 100 kcal)
  1. Idlii/ldlii 
  2. Putu mayam/Putu mayam 

OTHER TRADITIONAL KUIH

Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)
  1. Mysore pak/Mysore pak 
  2. Laddu/Laddu 
  3. Papadam/Papadam 
Tinggi / High (151 - 300 kcal)
  1. Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu 
  2. Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil 
  3. Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang 
  4. Kuih kasturi/Kuih kasturi 
  5. Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu 
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
  1. Kuih sagu/Kuih sagu 
  2. Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung 
  3. Popia/Popia 
  4. Puding jagung/Puding jagung 
  5. Kuih kacang/Kuih kacang 
  6. Putu kacang/Putu kacang 
  7. Cucur badak/Cucur badak 
  8. Emping/Emping 
Rendah / Low (0-50 kcal)
  1. Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah 
  2. Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit 

TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)

SangatTinggi / Very high (>300 kcal)
  1. Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/ 
  2. Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts) 
Tinggi / High (151-300 kcal)
  1. Tepung bungkus/Tepung bungkus 
  2. Bidaran/Bidaran 
  3. Kuih bom/Kuih bom 
  4. Kuih sri muka/Kuih sri muka 
  5. Bingka tepung beras/Bingka tepung beras 
  6. Pulut panggang/Pulut panggang 
  7. Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice 
  8. Kuih kasui/Kuih kasui 
  9. Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice 
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
  1. Tapai pulut/Tapai pulut 
  2. Kuih lapis/Kuih lapis 
  3. Kuih lompang/Kuih lompang 
  4. Rempeyek/Rempeyek 
  5. Kuih bakul/Kuih bakul 
  6. Dodol/Dodol 
  7. Wajik/Wajik 
Rendah / Low (0 - 50 kcal)
  1. Kuih karas/Kuih karas 
  2. Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka 
  3. Kuih buah rotan/Kuih buah rotan 

TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
  1. Yau-car-kue/Yau-car-kue 
  2. Kuih apam balik/Kuih apam balik 
  3. DonatlDougtinut 
  4. Ham-chi-peng/Ham-chi-peng 
  5. Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling 
  6. Kuih pau ayaml Chicken dumpling 
  7. KesarilKesarl 
  8. Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus 
Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
  1. Halwa/Halwa 
  2. Cucur udang/Cucur udang 
  3. Kuih ketayap/Kuih ketayap 
  4. Karipap/Curry puff 
  5. Kuih keria/Kuih keria 
  6. Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing 
  7. Kuih apam/Kuih apam 
Rendah / Low(0 - 50 kcal)
  1. Karipap mini/Mini curry puff 
  2. Baulu cermai/Baulu cermai 
  3. Kuih tat nenas/Pineapple tart 
  4. Kuih bawang/Kuih bawang 
  5. Kuih kapit/Kuih kapit
*********************************************************
  1. 1 whole - 433 kalori 
  2. Sundae chocolate - 1 cup -Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori 
  3. Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori 
  4. Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori 
  5. Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori 
  6. Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori 
  7. Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori 
  8. Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori 
  9. Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori 
  10. Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori 
  11. Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori 
  12. Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori 
  13. Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori 
  14. Mee sup - 1 bowl - 381 kalori 
  15. Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori 
  16. Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori 
  17. Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori 
  18. Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori 
  19. Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori 
  20. Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori 
  21. Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori 
  22. Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori 
  23. Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori 
  24. Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori 
  25. Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori 
  26. Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori 
  27. Fried fish cake with bun - 380 kalori 
  28. Apple Pie - 1 piece - 260 kalori 
  29. Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori 
  30. Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori 
  31. Pasembur - 1 plate - 752 kalori 
  32. Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori 
  33. Tteh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice 
  34. Air kacang soya segelas = 60 kalori 
  35. Air tebu segelas = 184 kalori 
  36. Ais krim sehidangan = 335 kalori 
  37. Apam balik sepotong = 300 kalori 
  38. Ayam goreng kepak = 102 kalori 
  39. Ayam goreng peha = 120 kalori 
  40. Ayam kari seketul = 250 kalori 
  41. Ayam tandoori sepotong = 220 kalori 
  42. Bakso semangkuk = 320 kalori 
  43. Bihun sup semangkuk = 350 kalori 
  44. Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori 
  45. Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori 
  46. Biskut sayur 6 keping = 264 kalori 
  47. Biskut susu 2 keping = 34 kalori 
  48. Black coffee = 3.5 kalori 
  49. Bubur ayam semangkuk = 275 kalori 
  50. Bubur caca semangkuk = 300 kalori 
  51. Bubur kacang semangkuk = 100 kalori 
  52. Burger keju = 317 kalori 
  53. Café latte = 98 kalori 
  54. Café mocha = 177 kalori 
  55. Capati sekeping = 300 kalori 
  56. Capucino segelas besar 200ml = 200 kalori 
  57. Cekodok = 180 kalori 
  58. Cheese burger with extra beef seketul = 438 kalori 
  59. Cheese Cake sepotong = 400 kalori 
  60. Chicken grill = 142 kalori 
  61. Cip coklat 24 butir = 225 kalori 
  62. Coffee ice blended = 320 kalori 
  63. Coklat sepapan 45 gm = 230 kalori 
  64. Cucur udang seketul = 144 kalori 
  65. Daging lembu kari 2 kotak mancis = 130 kalori 
  66. Ice blended coklat segelas = 240 kalori 
  67. Ikan kembung goreng seekor = 140 kalori 
  68. Ikan kembung gulai seekor = 85 kalori 
  69. Ikan tenggiri goreng bercili sepotong = 142 kalori 
  70. Jagung & butter 2 cawan kecil = 358 kalori 
  71. Jus oren 200ml 3 kotak = 330 kalori 
  72. Kacang panggang dalam tin 2 sudu besar = 40 kalori 
  73. Karipap seketul = 130 kalori 
  74. Kasui = 160 kalori 
  75. Kek biasa tanpa krim sepotong = 87 kalori 
  76. Kuey teow goreng kerang sepinggan = 743 kalori 
  77. Kueyteow goreng sepinggan = 600 kalori 
  78. Kuih lapis = 130 kalori 
  79. Kurma 4 biji = 92 kalori 
  80. Laksa kari semangkuk = 589 kalori 
  81. Laksa Penang semangkuk = 436 kalori 
  82. Limau mandarin 2 biji = 90 kalori 
  83. Mangga sebiji= 100 kalori 
  84. Mee goreng kosong sepinggan = 660 kalori 
  85. Mee goreng mamak sepinggan = 660 kalori 
  86. Mee rebus sepinggan = 556 kalori 
  87. Mee sup semangkuk = 380 kalori 
  88. Mee/bihun goreng sepinggan = 510 kalori 
  89. Mi goreng segera sepinggan = 380 kalori 
  90. Milo secawan = 178 kalori 
  91. Murtabak sekeping = 722 kalori 
  92. Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori 
  93. Nasi ayam sepinggan = 600 kalori 
  94. Nasi Briyani = 448 kalori 
  95. Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori 
  96. Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori 
  97. Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori 
  98. Nasi claypot semangkuk = 898 kalori 
  99. Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori 
  100. Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori 
  101. Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori 
  102. Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori 
  103. Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori 
  104. Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori 
  105. Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori 
  106. Pasembor sepinggan = 752 kalori 
  107. Pie epal sepotong = 260 kalori 
  108. Popia basah seketul = 94 kalori 
  109. Popia goreng = 130 kalori 
  110. Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori 
  111. Pulut panggang 2 keping = 250 kalori 
  112. Rojak buah sepiring = 443 kalori 
  113. Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori 
  114. Roti canai sekeping = 301 kalori 
  115. Roti Naan sekeping = 308 kalori 
  116. Roti pita sekeping = 124 kalori 
  117. Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori 
  118. Roti telur sekeping = 356 kalori 
  119. Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori 
  120. Sambal udang setengah cawan = 70 kalori 
  121. Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori 
  122. Sandwich sardin sepotong = 70 kalori 
  123. Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori 
  124. Sayur campur goreng = 43 kalori 
  125. Seri muka sepotong = 144 kalori 
  126. Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori 
  127. Sundae chocolate secawan = 380 kalori 
  128. Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori 
  129. Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori 
  130. Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori 
  131. Taukua goreng sekeping = 110 kalori 
  132. Teh tarik segelas = 83 kalori 
  133. Telur goreng sebiji = 110 kalori 
  134. Wafer coklat sekeping= 100 kalori 
  135. Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori 
Credit
Continue Reading

Sunday, April 5

Testimoni AJHT & OsteMatrix : Pergerakan & Pembuangan Lebih Lancar

"AJHT review First Day (21st June 2012):
Saya nak share pengalaman saya makan AJHT, walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan!
Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan. Memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu. Tu yang makan AJHT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi-sendi dan tulang rawan and AJHT ni best taken with OsteMatrix. So, saya ambik both sekaligus. 2 biji AJHT, 2 biji OsteMatrix before sleep.
Wahh! penangan lepas ambik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk-batuk. Lepas makan AJHT dan OsteMatrix tu, saya tak batuk dah malam tadi. Pergi toilet buang air sekali dengan kahak-kahak pun keluar (yang ni kena buat study lak apa significant function AJHT dan OsteMatrix ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena.
Bangun pukul 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! Pelipat lutut saya tak sakit langsung!! Serius tak tipu. AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume OsteMatrix tetiap malam before this.
AJHT review after 5 days (26th June 2012):
Woohoo! memang AJHT the best! I konsisten makan AJHT +OsteMatrix harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam. 
Segala-galanya lancar. Haha. Bila cakap pasal segala-galanya lancar. Ya segala-galanyalahh. Kalau you all ada problem sembelit ambil OsteMatrix (ni untuk sape2 taknak amik Alfalfa/Herblax kan), ambik sekali dengan AJHT ni membantu.
Angin satu badan pun hilang. I rasa melayang-layang je badan bangun pagi. Dahla kurus kering. Hahahaha. Memang rasa best badan. Takde lenguh-lenguh, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang. ALhamduLILLAH. Part badan or sendi-sendi yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang. In Shaa ALLAH.." 
- Puan Lia


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading