Tuesday, September 22

Segmen Bloglist TiaraSaphire.com

 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Wajib follow blog Tiara Saphire dan TiaraNovella
2. Masukkan blog Tiara Saphire dan TiaraNovella ke dalam bloglist blog anda
3. Buat entry 'SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM'. copy banner dan backlink ke post ini.
4. Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020

Continue Reading

Friday, September 11

Thursday, September 10

Tuesday, September 8

Kelebihan Jana Pendapatan Secara Online buat Peniaga Baru | Fizah Abdul Halim


Tahun 2020, dunia dikejutkan dengan isu pendemik, Covid-19. Banyak kehidupan mula terjejas lebih-lebih lagi sepanjang tempoh PKP yang perlu kita lalui. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang gajinya dipotong sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan sendiri mahupun keluarga. 

Dalam keadaan sekarang, apa kata kita tingkatkan kembali taraf hidup keluarga dengan jana pendapatan secara online. Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, banyak kelebihan yang dapat kita nikmati jika kita membuat perniagaan secara online.

Antara kelebihan jana pendapatan secara online ialah 𝐒𝐞𝐠𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐋𝐮𝐚𝐬. Pelanggan yang bakal kita perolehi tidak hanya terhad kepada penduduk setempat sahaja malah boleh pergi ke seluruh Malaysia, mahupun antarabangsa.

Selain itu, 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐅𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢𝐛𝐞𝐥 jika kita jana pendapatan secara online kerana masa untuk kita jalankan perniagaan tidak terhad pada satu tempoh masa sahaja dan kita boleh buat bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Dan yang paling utama, kelebihan jana pendapatan secara online 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 jika dibandingkan dengan membuka kedai secara fizikal. Kita tidak perlu untuk menyewa atau membeli kedai tetapi kita hanya memerlukan gajet dan capaian internet sahaja.

Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan taraf kehidupan anda, perniagaan secara online sangatlah disarankan kerana segmen pelanggan yang sangat luas, masa yang lebih fleksibel dan kos yang sangat rendah!

Sekiranya anda berminat untuk jana pendapatan secara online tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana dan bagaimana, saya sedia membantu sehingga anda berjaya.

𝐅𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 | 𝐒𝐮𝐫𝐢𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡
Continue Reading

Monday, September 7

Saturday, September 5

Hand Dish Wash Sabun Basuh Pinggan Shaklee

Alhamdulillah tengahari tadi Fizah selamat submit Task Pertama untuk PhoP Batch 27. 

Task kali ni Fizah cuba cabar diri untuk snap product lain la pulak. Selalunya Fizah submit produk Youth Skincare je tapi rasa macam dah muak pulak asyik shoot gambar Youth Skincare tu plus dah takde idea macam mana nak gayakan mereka. 

Lagipun belum ada lagi yang pernah submit product ni (rasanya lah). So terus decide nak shoot Hand Dish Wash ni je.

Actually pagi tadi baru sempat snap gambar ni walaupun task ni dah dapat dari minggu lepas lagi. Weekdays memang agak busy. Time weekend je la ada masa nak fokus mengadap benda ni sebab nak buat aktiviti ni kena dalam mood yang baik. Kalau buat dalam keadaan stress memang takkan jadi.




Okay, asalnya Fizah submit gambar yang atas ni. Once dah submit, terus rasa lega sebab selagi tak hantar, selagi tu Fizah tak senang duduk. Lepas submit, terus tak jenguk dalam group sebab nak fokus pada benda lain pulak.

Dah petang hari, barulah ada kesempatan nak tengok group Batch 27 tu. Bila dah masuk tu, tengok tengok Ticer dah start komen gambar. Gambar Fizah pun Ticer dah komen sebab Fizah antara yang awal jugak yang hantar gambar ni tadi.

 


Gambar atas ni gambar yang Fizah dah edit balik based on apa yang Ticer dah komen. Ticer cakap gambar semua okay takde masalah tapi yang ada masalah Font untuk Header tu nampak macam kusam. Ticer suruh tukar guna warna yang sama dengan warna tulisan pada botol.

Lepas dah tukar, baru nampak macam gambar ni naik seri. Kadang kita je rasa macam gambar kita dah cukup lawa tapi mungkin masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Okay. Fizah nak cerita pasal produk ni pulak.

Kalau nak cerita pasal Hand Dish wash ni kan, asalnya saje nak try best ke tak. Sekali bila dah pakai, ehhh best sesangat pulak rasa. Lembut je kat tangan especially untuk tangan yang sensitif ni. So, teruslah guna sampai sekarang.

Actually Fizah ni ada masalah kulit sensitif. Fizah tak boleh guna sabun sebarangan sebab tangan Fizah akan kering-kering lepas tu mengelupas dan gatal-gatal. Kadang-kadang tu bila tangan dah kering, boleh jadi luka-luka especially kat bahagiaan celah-celah jari.

Tapi lepas guna Hand Dish Wash ni memang masalah kulit kering dan gatal tu boleh dikatakan dah berkurangan. Tapak tangan terasa lebih lembut, dan paling best tu terasa licin je macam tangan baby. Hihihi



Sebotol Hand Dish Wash ni boleh tahan dalam 3-4 bulan. Biarpun sekali beli harga mahal sikit jika di bandingkan dengan sabun basuh pinggan yang ada kat luar sana, tapi Shaklee jauh lebih jimat sebenarnya. 

Tak percaya? Cuba check berapa harga sebotol sabun dan kemudian bahagikan untuk penggunaan 3-4 bulan dan compare balik dengan harga sabun basuh pinggan yang korang guna. Mesti korang akan nampak betapa jimatnya Hand Dish Wash ni. Hihiii 

Kalau korang nak dapatkan Hand Dish Wash dari Shaklee ni, boleh hubungi Fizah di 0196591541

Continue Reading

Thursday, August 27

Dapat Buku Bertanya Allah Dahulu sebagai Reward untuk Efektif Supervisor Julai 2020

I’m addicted to books!

Kalau keluar pergi mana-mana mall, jangan bawak Fizah lalu depan kedai buku sebab Fizah memang tak boleh nampak kedai buku. Kalau dah masuk kedai buku, memang tak keluar la jawabnya. Fizah boleh habiskan masa berjam-jam dalam kedai buku. Hihihi




BERTANYA ALLAH DAHULU

Actually, dah lama sebenarnya Fizah cari buku ni. Merata jugak la cari sampai satu hari tu terjumpa Facebook penulis buku ni. Bila dah jumpa tu, terus pm direct kat penulis then tanya kat mana nak beli buku ni sebab memang nak sangat buku ni. Tambahan pulak bila dengar ramai cakap best baca buku ni.

Penulis buku ni jawab, dia dah tak keluarkan lagi buku ni. Once habis, habislah bukunya. Takde dah nak buat cetakan baru ke apa. Sedih sangat rasa masa penulis buku ni jawab macam tu. Masa tu memang dah rasa takde rezeki nak pegang dan baca buku ni.

Penulis ni cakap, kalau ebook ada dan siap mintak email nak bagi ebook buku ni. Fizah bagi je email Fizah masa tu sebab memang nak baca sangat. Baca ebook ni tak sama dengan baca buku fizikal, sebab tu Fizah lebih prefer buku berbanding ebook sebab lebih feel bila dapat pegang buku 📖




Nak dijadikan cerita, Fizah ada kirim beli Vitamin C dengan upline Fizah, Master Nadiah Suhaidi. Vitamin C ni boleh beli di HQ Shaklee sahaja. Memandangkan Fizah duduk di Kuantan, terpaksa minta tolong dengan upline. Hihihi

So, semalam parcel ni baru sampai kat tangan Fizah. Bila dapat parcel atau kotak yang ada logo Shaklee, mesti hati akan berbunga-bunga. Sebab tu, Fizah selalu sebut "Happy Parcel". Hihihi




So, semalam masa bukak parcel dari Ummi Nadiah Suhaidi ni, terselit pulak buku ni kat bawah timbunan botol Vitamin C 😂. Dah la hati berbunga-bunga bila stok Vitamin C ni dah sampai kat tangan Fizah, tambah berbunga-bunga bila ternampak buku ni sebab memang dah lama sangat mengidam nak pegang buku ni.

Buku ni Master Nadiah hadiahkan sempena Efektif Supervior untuk bulan Julai 2020. Master Nadiah cakap memang dia simpan buku ni untuk hadiahkan pada Fizah. Happy tak terkata.

Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk pegang dan baca buku ni! Bukak 1st page dah rasa best sangat buku ni. Encik Suami pun cakap bagus buku ni. Sebelum dia pergi kerja tadi, sempat jugak dia baca beberapa muka surat.

Terima kasih Nad! Really appreciate it!

Fizah Abdul Halim
Tak pernah tak suka dengan buku ❤️
Continue Reading

Tuesday, August 25

Impian Hantar Hafiy ke Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok Dimakbulkan

Alhamdulillah syukur.

Allah beri keizinan untuk Hafiy masuk ke Sekolah Rendah Al-Irsyad Balok (SRAIB) tahun depan dan dapat ke sekolah yang sama dengan Haziq. Actually kitorang memang dah lama decide nak hantar semua anak-anak ke sekolah ni. Alhamdulillah Allah permudahkan dan Dia Mendengar permintaan kitorang.

Actually kalau nak masuk sekolah ni, kena lalui beberapa prosedur.

First sekali, ofkos la kena isi borang permohonan kan. Masa borang permohonan ni keluar, time PKP hari tu. So, kitorang just isi borang online je. Then pihak sekolah mintak ibubapa untuk hantar salinan beberapa dokumen yang diperlukan. Tapi still dalam PKP, then boleh hantar dokumen tu semua bila pejabat sekolah dibenarkan untuk beroperasi semula.

Lepas dah setel urusan borang permohonan, tunggu je lah pihak sekolah panggil untuk temuduga pulak. Kemain lagi kan, umur baru 6 tahun dah merasa masuk temuduga 😊

25 Julai 2020, Hafiy pergi temuduga. Masa ni dalam hati tu hanya Allah je yang tahu betapa gerun nya rasa hati. Sama macam masa Haziq nak temuduga 2 tahun lepas. Terus terang cakap, rasa risau sampai tak berapa nak lelap tidur malam tu tapi yang tuan punya badan relax je. Hahaha





Semalam ada surat sampai. Nama kat surat bukan nama Fizah mahupun nama suami tapi nama Muhammad Hafiy Haiman. Dalam hati masa tu tahu dah surat apa. Surat yang kitorang tunggu akhirnya sampai jugak.




Masa pegang sampul surat tu, berdebar-debar rasa hati. Takut nak buka sebab tak pasti sama ada berjaya ataupun tidak. Tapi dalam masa yang sama rasa macam dapat sebab isi dalam sampul tu macam tebal je. Kalau tawaran ditolak mesti la isi suratnya nipis je kan. Hahaha

Alhamdulillah. Memang ada rezeki Hafiy untuk masuk sekolah yang sama dengan Haziq. Setiap pagi waktu dalam kereta, kitorang ajar anak-anak untuk Self Affirmation. Sebut benda-benda baik dan positif untuk diri sendiri dan salah satunya "Saya berjaya masuk ke Sekolah Irsyad!"

Allah makbulkan kata-kata anak Mama, Muhammad Hafiy Haiman. 

Hafiy pun happy sangat bila dapat tahu dia akan ke sekolah yang sama dengan Haziq. Tak sabar nak tengok diorang pergi sekolah sama-sama. Mama doakan Hafiy dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru ni nanti. Mama tahu anak Mama boleh!

Tahniah Hafiy 😘


Continue Reading

Saturday, August 1

Tamat Sudah Kelas PhoP Batch 25

 It’s a wrap up.

Alhamdulillah. Sedar tak sedar, habis dah Kelas PhoP Batch 25. Actually, ni kelas PhoP yang kelapan Fizah repeat. Terkejut jugak sebab sanggup repeat sampai lapan kali.

Kenapa repeat?

Sebab setiap kelas tu tak sama ilmu yang ticer share. Ada je benda baru yang Fizah dapat setiap kali repeat.

Kelas kali ni Fizah berjaya submit 4 task dan Alhamdulillah 2 task Fizah tersenarai dalam Top 40.

Okay jom layan 4 gambar yang Fizah submit untuk Batch 25 ni


Task 1 : Product

Gambar Youth Skincare ni masuk Top 40. Ticer komen semua okay cuma tang header tu je ticer suruh buang TM tu, then kena ke depan kan lagi kamera. 


Task 2 : Kunyit Asam Keping

Alhamdulillah. Gambar kunyit asam keping ni pun masuk Top 40. Ticer cakap depth kat belakang je cuba adjust sikit sebab depth macam kuat sangat. Yang lain-lain semua okay. Alhamdulillah.


Task 3 : Breakfast Cereal & Napkin

Gambar cereal ni okay dah cuma napkin je tak berapa "kick" ticer cakap. Lagipun gambar-gambar senior yang lain lagi power. Masa hantar gambar ni pun, memang dah rasa macam tak berapa nak ada soul pulak gambar ni. I is redha 😍


Task 4 : Street Photography - Sepi

Mood sephia menjadi tapi mood sepi tak berapa nak jadi sebab tangan model tu nampak macam tengah duduk bersantai bukan sepi menanti seseorang, kata Ticer. So, gambar ni tak dapat memukau pandangan mata ticer. Hihihi.

..

Sebenarnya agak susah nak compete dengan senior lain yang lebih otai tapi memang dah janji pada diri sendiri, akan repeat sampai semua task masuk Top 40. Selagi tak dapat, selagi tu Fizah akan repeat sampai betul-betul puas hati.

Lagipun suami Fizah pun berharap suatu hari nanti ada orang upah Fizah untuk shoot gambar produk diorang. Mana tahu ada rezeki kan. Sambil happy happy penuhkan hobi dengan ambik gambar, dalam masa yang sama boleh tambah pendapatan. Doakan Fizah tau 😍

Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat Ticer Lini Mohd atas segala ilmu yang ticer curahkan buat saya dan juga kami semua di Batch 25.

In Shaa Allah jumpa lagi di Batch 27 😃


Continue Reading

Monday, April 15

Shaklee Collagen Powder Is Back!


MULAKAN PERJALANAN ANDA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG, BERSERI DAN KELIHATAN MUDA!

Kembalikan keremajaan kulit anda dengan Shaklee Collagen Plus Powder. Formula proprietari kolagen yang mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.

Kolagen bertindak seperti “gam” untuk memegang tubuh. Ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit kita. Dikenali kerana manfaatnya kepada kesihatan kulit, kolagen:

  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
  • Melembapkan dan membekalkan nutrien kepada kulit dari dalam supaya lebih cerah, berseri
  • Memudarkan pigmentasi dan meratakan tona kulit.
  • Menggalakkan penghasilan kuku yang lebih kuat, lebih tebal, dan rambut lebih berkilau.
  • Membantu menegangkan kulit kendur untuk bentuk badan yang lebih menarik dan kelihatan lebih sihat.
  • Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sumber Berkualiti Tinggi: Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.

Penyerapan yang hebat: Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton* yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.

Bahan-bahan yang diperkaya: Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.

Mudah dalam pek: Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Nak dapatkan Shaklee Collagen Powder

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading