Thursday, November 26

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api | Dah lama sangat rasanya tak masak lauk ni ðŸĪĪ

Alhamdulillah. Hari ni Allah beri izin untuk masak dan makan lauk ni. Anak-anak pun menambah-nambah pulak makan siang tadi. Sodap sangat kobar ehh😋

Diorang ni kalau masak lauk masak lemak cili api ni memang tak cukup sepinggan. Tak makan masak lomak cili api, bukan anak jati nismilan la kan. Betul tak 😂

Teringat zaman duduk Sabah dulu. Setiap kali pergi pasar, mesti beli 2 ekor sebab kat sana jual ikut ekor bukan ikut berat. Bayangkan, sekor RM 10 ðŸ˜ą 

Paling mahal pun RM 14 sekor. Heaven sangat rasa masa tu. Kadang-kadang tu hari-hari masak lauk ikan tenggiri 😆

Ikan-ikan atau makanan laut memang murah kalau kat Sabah. Tapiii bila nak jadi lauk siap masak, harga dia boleh jadi harga kayangan. So, adalah lebih baik masak sendiri je memandangkan kat sana pun susah nak cari kedai makan yang kena dengan selera.


Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Bila dah duduk sini, tak larat la nak beli sampai sekor. Boleh botak kepala laki den kalau nak beli sekor. Selalunya beli keping keping je la. Kalau nak beli pun mesti pilih ikan yang tak berapa nak besar. Lagi besar, lagi tinggi la maharnya. Tak gitu ðŸĪŠ

Masak Lemak Cili Api ni pun senang je. Tak perlu nak tumis tumis ke apa. Fizah memang suka masak lemak ni. Cuma yang penat time nak tunggu santan tu masak, sebab masak lemak ni kita tak boleh main tinggal macam tu je. Kalau tinggalkan dia masak sendiri, boleh pecah minyak santan tu.

Alhamdulillah, tercapai la hajat nak makan Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api hari ni. Syukur 👐


Location: Kuantan, Pahang, Malaysia

22 comments:

  1. Sedap betul masakannya. Dapat kuahnya pun sudah cukup sedap makan dengan nasi putih.

    ReplyDelete
  2. masak lemak cili api memang favourite abe kie sejak dok asrama lagi. masa tu dewan makan serve ayam masak lomak. podas tp sodap!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau orang-orang lama yang masak lauk ni lagi terangkat kan :)

      Delete
  4. wow sedapnya. masa makan mama suka letak kicap sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Fizah ingatkan Fizah je suka letak kicap. Sekarang ni anak-anak dengan suami pun dah ikut macam Fizah :)

      Delete
  5. Lauk lejen nih, dulu kalo balik nismilan ramai2 selalu lauk ni, kalo ayam mesti mak mentuo den nak campur amo pucuk ubi kayu, dengan pokat, dgn podeh eh..tapi kalo sendiri masak tak berapo menjadi pulak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii keluar terus loghat noghori eii. Orang nismilan kalau masak ni memang terangkat. Lagi pokat lagi sodap. Tak cukup sepinggan :)

      Delete
  6. sedapnya msk lemak cili api ni..
    persembahan gmbar dgn prop pn menarik :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya masak lemak cili api. Oh, baru tahu yang harga ikan di sabah murah. Sama juga kat tempat saya ni, beli ikan tenggiri 1-2 keping je. Nak pulak sekarang musim tengkujuh, ikan mahai sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sini beli keping keping je. Tu pun dah dekat RM 20. Kat Sabah memang murah. Kadang siap buat laksa guna ikan tenggiri ni. Hihihi

      Delete
  8. Setuju sangat kat Sabah ni puas makan ikan tenggiri banding kat Semenanjung macam tak mampu jadinya hehehe...
    Ni kalau masak gini lupa nak control kuantiti makan.

    ReplyDelete
  9. Favourite msk lemak..nak2 mkn dgn pekasam. Marvelous. Tapi ikan tenggiri nih xpernah masak lagi hehe xpandai

    ReplyDelete
  10. Sedapnya ikan tenggiri masak lemak cili api. Makan pulak dengan sambal belacan. Sedapnya!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)