Bulan ni bulan yang agak mencabar sebenarnya. Struggle jugak sebenarnya nak siapkan entry untuk blog ni namun Allah datangkan ujian buat kami sekeluarga.
Isnin lepas, anak sulung Fizah, Muhammad Haziq Haiqal terkena jangkitan kulit. Kalau bulan Ogos hari tu dia dijangkiti Hand, Feet and Mouth Disease, kali ni Haziq dijangkiti KUDIS API atau dalam bahasa perubatan orang sebut Bullous Impetigo.
Seriously, ni pertama kali Fizah dengar nama penyakit ni. Kalau Kudis Buta tu pernah la jugak dengar. Ni kudis api. Memang tak pernah dengar la.
![]() |
Gambar dari Google |
Impetigo adalah infection di kulit yang disebabkan oleh staphylococcus (Staph) dan streptococcus (Strep) bacteria.
Biasanyai berlaku dalam persekitaran yang hangat dan lembap dan tersebar melalui direct contact dan akan menghasilkan lepuh atau luka pada muka, leher, tangan dan lampin.
Antara 2 jenis ni, Bullous Impetigo lah yang bahaya. Ia boleh berjangkit melalui direct / close contact with someone who has it but sometimes from towel, toys, household, etc.
Dan lagi satu point penting, eczema juga boleh menyebabkan Impetigo ni lebih mudah berjangkit.
![]() |
Ihsan dari Mr. Google |
Haaa kalau tengok pada gambar-gambar tu memang ngeri kan. Fizah tengok benda ni dekat badan Haziq pun dah seriau.
Fizah tak sempat nak snap gambar masa mula-mula kena dulu. In Shaa Allah lepas ni Fizah akan share lebih detail kisah ni supaya Haziq pun boleh baca bila dah besar nanti.
Alaa kesiannyaaa...semoga ank fza cepat sembuh ye
ReplyDeleteAmiin. Tq :)
Delete