Wednesday, September 24

Jom Kenali Baby Wearing



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur sangat2 kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk update blog baru ni. Rasa macam tak lolap nak tidur bila pikir yang blog ni masih lagi ketandusan entry. Bila tak mengadap laptop macam-macam idea datang nak update blog. Hihi

Entry kali ni Fizah nak share serba sedikit tentang Baby Wearing.

Apa benda Baby Wearing ni? Hasil daripada meng ' google ' maka Fizah nak story sikit la apa sebenarnya Baby Wearing ni.

Jom kita baca sambil menimba ilmu pengetahuan ya kawan-kawan.


Apa itu BABYWEARER?

Babywearer adalah ORANG yang menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi ataupun baby carrier.

Apa itu BABYWEARING?

Babywearing itu pula adalah PERBUATAN menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi.

Apa itu BABY CARRIER?

Baby carrier bermaksud ALAT menggendong bayi yang diperbuat daripada kain.

Okay kawan-kawan nampak tak apa sebenarnya perbezaan antara tiga benda tu. Jadi boleh nampak dengan jelas, babywearer ialah ORANG, babywearing ialah PERBUATAN, dan baby carrier ialah ALAT. 

Kelebihan BABY WEARING
  • Kebaikan dari sudut fisiologi di mana bayi yang digendong terbukti lebih mudah untuk tidur dan kurang menangis :)
Naik Feri sambil ber baby wearing :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)