Monday, September 22

Testimoni : Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ni Fizah nak share pengalaman sendiri dengan Herbal Blend Krim Shaklee. Sebelum ni duk tengok dan baca testimoni orang lain je, So kali ni nak share la pengalaman sendiri. Orang cakap kalau kita share pengalaman sendiri ianya lebih manis dan lebih mudah memikat hati orang lain. Hihihi.

Okay sebelum nak cerita dengan lebih lanjut Fizah nak tunjuk dulu gambar Krim Shaklee ni. Kalau korang semua nak tahu la kan krim ni kitorang gelar krim berhantu sebab ramai orang menggilainya. Cuba bayangkan eh, pagi ni Shaklee dah announce yang krim tu available kat online petang dah habis licin. So, meh Fizah tunjuk gambar dan terangkan serba sedikit tentang krim berhantu ni.

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary


Kalau korang tengok gambar tu, tu lah masalah yang Fizah alami masalah kulit ni sejak dari sekolah rendah lagi. Sejak dulu Fizah ada masalah kulit kering macam tu. Yang paling teruk bukan setakat kat tangan je tapi kat tapak kaki pun sama. Yang paling seksa bila kulit tu kering sampai merekah dan berdarah. Kalau kat tapak tangan tu takpe la jugak tapi kalau yang kat tapak kaki tu memang sakit sampai nak berjalan pun payah sebab pedih.

Dah macam-macam ubat yang Fizah pakai tapi masalah tu tetap tak hilang. Cuba bayangkan dah berapa banyak kos yang Fizah habiskan sebab pergi klinik dan beli ubat kat farmasi. Kalau pergi klinik doktor cakap tu elergik. Tak boleh nak makan seafood langsung.

Yang kat tapak tangan tu pulak ceritanya tak boleh nak pegang benda-benda bergatal macam sotong or udang. Tak boleh pegang yang mentah tu tau. Kalau kerang mak aiii lagi terserlah kegatalannya. Kalau pegang mesti akan jadik macam tu. Seksa sangat rasa. Kadang-kadang tu kalau nak masak udang ke sotong ke mesti mintak tolong Encik Suami yang tolong bersihkan udang dan sotong tu. Boleh jugak Fizah ambil kesempatan kan. Hihi.

Tiba-tiba satu hari tu tergerak lak hati nak try sapu krim berhatu ni kat tapak tangan. Actually krim ni memang dah lama ada sebab standby untuk Haziq masa tu. Haziq pun ada masalah gatal-gatal dekat celah-celah pelipat dia. So, mintak la tolong Encik Suami sapukan krim tu kat tapak tangan. Alhamdulillah makin hari sapu makin elok pulak nampak kulit kat tapak tangan tu.

Kalau korang tengok kat gambar tu Alhamdulillah dalam masa 4 hari je tangan Fizah dah licin. Takde dah kering-kering macam masa hari pertama tu. Itu tak berapa teruk sangat tu. Kalau teruk korang boleh nampak luka-luka kat tangan tu akibat dari kekeringan yang melampau. Yang bestnya la kan lepas sapu krim ni Alhamdulillah Fizah langsung tak kena dah masalah kulit kat tapak tangan ni. Sampai sekrang ni tapak tangan ni licin je. Kalau pegang makanan gatal pun takpe.

Syukur sangat sebab diperkenalkan dengan krim berhantu ni. Krim ni diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI tau. Lepas sapu krim ni korang takkan rasa berminyak pun. Memang best sangat la krim ni.

TERBAIKKK!!!


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)