Monday, January 11

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi | Vitamin C atau dikenali sebagai asid askorbik sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia. 

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air, maka ia tidak boleh disimpan dalam tubuh dan badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari melalui pemakanan dan suplemen.

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Terdapat pelbagai jenis sumber makanan yang mengandungi Vitamin C. Antaranya ialah dari buah-buahan, sayur-sayuran dan juga suplemen. Banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

Sumber Vitamin C dari buah-buahan

1.    Jambu Batu

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Jambu batu merupakan buah yang mengandungi kandungan Vitamin C yang paling tinggi. Satu cawan jambu batu mengandungi lebih kurang 377 mg Vitamin C. Bukan itu sahaja, pengambilan sebiji buah jambu batu sehari dapat melengkapkan sehingga 140% keperluan Vitamin C harian.

Ada satu kajian menunjukkan 45 orang muda dan sihat diberi makan 400 gram jambu batu setiap hari selama enam minggu, mampu menurunkan tekanan darah dan juga tahap kolestrol.

2.    Kiwi

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kiwi juga merupakan sumber buah yang mengandungi Vitamin C. Dua biji buah kiwi mengandungi 137.2 mg Vitamin C. Buah kiwi juga padat dengan mineral seperti kalium (potassium) dan juga kuprum (copper).

Kajian mendapati kiwi mampu melancarkan penghadaman dan meningkatkan kesihatan jantung kerana buah kiwi dapat mengurangkan kandungan lemak dalam darah.

3.    Betik

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Betik juga antara buah yang mengandungi Vitamin C. Satu cawan betik mengandungi 88.3 mg Vitamin C dan buah betik juga membantu meningkatkan ingatan.

Terdapat satu kajian, 20 orang pesakit “Mild Alzheimer” diberi ekstrak betik pekat selama enam bulan. Hasil menunjukkan penurunan keradangan dan 40% penurunan “oxidative stress”.

Sumber Vitamin C dari sayur-sayuran

1.    Brokoli

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kira-kira 89 mg Vitamin C terdapat di dalam 100 mg brokoli. Brokoli juga dikatakan antara sayur yang boleh menurunkan risiko penyakit keradangan. Ia juga mampu melawan kanser, membekalkan tenaga dan juga meningkatkan kesihatan jantung.

Ada kajian menunjukkan beberapa orang perokok yang diberikan brokoli selama dua minggu, kadar keradangan dan (C- Marker Protein) dalam darah mereka berkurang hampir 50%.

2.    Lada Benggala

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Terdapat 240 mg Vitamin C di dalam lada benggala. Kandungan Vitamin C di dalam lada benggala merah lebih tinggi berbanding dengan lada benggala hijau.

Lada benggala juga merupakan sayur yang rendah kalori, tidak mempunyai lemak, serta banyak vitamin dan juga mineral. Oleh itu, lada benggala dapat mengurangkan kadar kolestrol, baik untuk penglihatan dan dapat mencegah kekurangan zat besi.

3.    Kale

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kale juga antara sayur-sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C. Setiap 100 gram kale mengandungi 120 mg Vitamin C. Kale kaya dengan pelbagai vitamin dan mengandungi sumber mineral dan asid lemak yang baik untuk tubuh.

Sumber Vitamin C dari suplemen

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Selain dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran, kita boleh mendapatkan Vitamin C daripada suplemen. Suplemen boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan tablet. Suplemen juga lebih mudah diambil dan ditelan mengikut kadar keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan kita serta dapat diserap dengan lebih banyak dan lebih cepat oleh tubuh.

Kandungan Vitamin C di dalam suplemen juga lebih mudah untuk diketahui melalui kandungan yang terdapat pada botol suplemen. Keselamatan dan keberkesanan kadar penyerapan tidak diragui jika syarikat pengeluar mempunyai integriti dalam penghasilan produk.

Selain itu, pastikan suplemen yang kita pilih berasaskan dari bahan semulajadi, bukannya dari bahan sintetik dan suplemen tersebut dapat diserap dengan lebih banyak dan lebih cepat oleh tubuh.

Sebarang info, konsultasi dan pertanyaan lanjut berkaitan Vitamin C boleh WhatsApp Fizah di 0196591541.


Location: Kuantan, Pahang, Malaysia

10 comments:

  1. Replies
    1. Limau pun best jugak tapi kena pandai pilih yang manis. Hihi

      Delete
  2. musim skrg ni kena banyakkan makan vitamin C kan. tq fizah atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mamapp. Kena kuatkan sistem imun dengan Vitamin C :)

      Delete
  3. Musim ni memang kena banyakkan makan vitamin C. Macam Cik TK selalu makan betik dan cuba untuk banyakkan intake buah2an dan sayur2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik TK. Sekarang memang kena kuatkan sistem inum dengan Vitamin C :)

      Delete
  4. nice sharing...waktu covid mcm ni bagus mkn buah2 ni..brokoli mmg sentiasa ada dlm peti sejuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul tu. Brokoli antara sayur yang tinggi kandungan Vitamin C :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)