Saturday, January 31

Resepi - Nasi Arab Simple

Perghhh nampak macam sedap dan menyelerakan je nasi arab ni. Actually tak pernah buat pun tapi saja nak tepek kat dalam blog ni sebab bila-bila nanti nak buat senang sebab dah ada dalam blog kan.

Nama Nasi Arab Simple tapi bila tengok pada resipi macam agak jenuh jugak nak membuat ni. Kalau nak buat ni kena tunggu time ada orang boleh jagakan hero dua orang yang ada kat rumah ni. Hihi

Gambar Ihsan Google

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
  • 1 kg beras basmati (basuh dan toskan) 
  • 1.5 liter air (untuk air rebusan ayam) 
  • 2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja) 
  • 1 tin kecil kacang peas 
  • 1 cawan kismis 
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 3 sudu besar minyak 
  • 5 sudu besar minyak sapi 
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis 
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air) 
  • Pewarna merah 
  • Bawang goreng 
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • 2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat) 
  • 1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu) 
  • 1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

Bahan-Bahan Tumis
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih (dimayang) 
  • 3 cm halia 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 sudu kecil jintan manis 
  • 1 sudu kecil jintan putih 
  • 1 pokok daun sadri (daun sup) hiris 
  • 1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
  • Buah tomato masak 
  • Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing) 
  • Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
  • Yogurt 
  • Timun 
  • Lobak merah 
  • Timun 
  • Bawang besar 
  • Tomato 
  • Limau nipis

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
  1. Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
  2. Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain. 
  3. Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
  4. Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
  5. Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
  6. Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
  1. Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
  2. Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
  5. Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
  6. Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
  7. Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
  8. Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
  9. Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
  10. Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
  11. Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
  12. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam
  1. Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
  2. Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
  3. Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
  4. Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
  1. Campurkan semua bahan untuk salatoh.
  2. Tambahkan air dan garam secukupnya.
  3. Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
  1. Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
  2. Campurkan dengan potongan lobak merah.
  3. Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
Continue Reading

Friday, January 30

Testimoni : Vivix Bantu Pesakit Buat Pinggang Kronik


Ini Aisyah seorang pesakit buah pinggang yang kronik. Buah pinggang kiri rosak manakala buah pinggang kanan berair. 

Alhamdulillah setelah menghabiskan sebotol Vivix, ketumbuhan sebesar 18cm di buah pinggang kanan mengecut kepada 11cm. 

Beliau dah menghabiskan berbotol-botol Vivix dan boleh menjalankan kehidupan seperti biasa. 

Bagaimana Vivix membantu beliau ? Vivix berfungsi memperbaiki DNA yang rosak dan memperbaiki sel-sel di dalam badan kita.

Alhamdulillah after ambil Vivix pesakit buah pinggang kronik ni boleh menjalankan kehidupannya seperti biasa.

Mula2 memang nampak macam takde harapan tapi atas usaha dan keizinan daripada Allah swt Vivix banyak membantu pesakit ni.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, January 26

Testimoni AJHT, OsteMatrix, Omega Guard : Mak Dah Mudah Solat, Tiada Sakit Mencucuk Lagi

"Sejak kebelakangan Mak sering mengadu sakit sendi & tulang punggung sehingga dia sukar untuk tidur malam, terutama bila setiap kali bangun dari duduk. Lutut pun rasa macam mencucuk-cucuk.
Selepas 4 hari konsisten makan : AJHT 2 biji Ostematrix 2 bijiOmega Guard 1 biji
Mak kata,"Alhamdulillah la, Mak rasa lega sikit selepas makan vitamin Shaklee tu. Mak dah boleh tido malam takde dah rasa sakit kat punggung ni, bila bangun dari duduk pun dah tak sakit lagi, nak solat pun mudah. Lutut pun tak rasa mencucuk sangat. Ada kurang laa.."
Alhamdulillah syukur ya Allah. Engkau berikanlah kesihatan yang terbaik buat ibubapa ku semoga mereka mudah untuk beribadat kepadamu...Aamiin." 
~ Puan Nurul Azliza ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, January 25

2 Cara Menjadi Ahli Shaklee

Untuk jadi ahli Shaklee ada 2 pilihan:

1. BERBAYAR

Registration fee RM 65.
Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi:
  • Product Guide
  • Business Guide
  • Shaklee Difference 
  • Mini Product Guide 

All about ilmu :)

Starter Kit Shaklee 2017

2. FREE MEMBERSHIP (KEAHLIAN PERCUMA)

Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda berharga sekitar RM 680 untuk mendapatkan Keahlian Percuma!

Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi:
  • Product Guide
  • Business Guide
  • Shaklee Difference 
  • Mini Product Guide 

Kami akan uruskan registration anda secara online.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1. Membeli dengan harga ahli
  • PENJIMATAN 15%-20% dari harga runcit.
  • Setiap pembelian produk ada points (UV) yang boleh ditukarkan kepada cash bonus* (minimum 150 UV sebulan - lebih kurang pembelian RM 510) 😊
2. Sistem online yang boleh diakses 24 jam!

Login menggunakan ID anda di website www.shaklee2u.com.my untuk
  • Membuat belian
  • Mendaftar ahli baru di bawah anda
  • Check points (UV) semasa anda
  • Check BONUS anda
Semuanya di hujung jari!


JIKA TIDAK MAHU BERNIAGA (MAHU MAKAN SENDIRI)

1. Anda layak dapat cashback (bonus) jika melebihi 150 points (UV) sebelum 1 haribulan berikutnya. Lebih kurang RM 510 belian. Cashback (bonus) tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda!

2. Anda TIDAK wajib membuat belian setiap bulan. Tiada paksaan!


JIKA MAHU MENJANA INCOME 2-3-4-5 ANGKA DENGAN BISNES SHAKLEE

1. Anda boleh bermula bila-bila masa!

2. Sistem dropship - TANPA modal

Tak perlu melabur ribuan ringgit! Tak wajib ada stok di tangan. Apabila customer bayar pada anda, barulah anda beli di online system. Shaklee boleh poskan terus kepada customer. Sangat mudah!

3. Anda layak grab peluang 3C yang ditawarkan oleh Shaklee - CASH, CAR, dan CONVENTION!

4. Training oleh pihak Shaklee disediakan setiap minggu yang disampaikan oleh NUTRITIONIST (pakar Nutrisi) Shaklee! (Shaklee bukan calang-calang produk :))


MENGAPA BERDAFTAR DENGAN KAMI?

Anda layak mendapat guide dari kami:

- Secara ONLINE (Facebook groups, Whatsapp, dan Telegram)

Facebook secret groups:

- The Fantabulous Empire (dibawah kami, Norhafizah Abd Halim)
- Maestro Shaklee Empire (di bawah kami, Masters Nadiah Suhaidi & Amir Marzhuki)
- Shaklee2U (di bawah Masters Iffah Anuar & Firdhaus)


MAHU JADI SEBAHAGIAN DARI KAMI?

Cuma ikuti langkah di bawah:

1. Klik link ini untuk daftar ahli Shaklee
2. Klik pada 'Join Now'


3. Isikan details anda di ruang yang disediakan

4. Hubungi kami di 019-6591541 (Whatsapp) Fizah Abd Halim untuk kami akan bantu aktifkan Shaklee ID anda :)
Continue Reading

Thursday, January 22

Testimoni : Vivix Membantu Masalah Slip Disc Kronik

Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.
Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.
Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.
Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.
Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.
Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.
Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.
Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

  • SR Vitamin C,
  • Vitalea,
  • B Complex,
  • Vitamin E,
  • GLA,
  • Zinc Complex,
  • Peppermint-Ginger,
  • Herb Lax,
  • Omegaguard,
  • Lecithin,
  • Garlic
  • Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.
Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.
Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang.
Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.
Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.
Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.
Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.

Setiap penyakit tu datang daripada Allah. Maka hanya Dia juga lah yang mampu untuk merubahnya kan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah dengan berdoa dan berusaha mencari penawar untuk membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, January 21

Bolehkah Ibu Demam Menyusukan Bayi


BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA SI IBU DEMAM OR SELSEMA ?

Ramai menyangka si ibu sepatutnya menghentikan penyusuan sekiranya DEMAM or SELSEMA. Ternyata sangkaan anda tidak benar sama sekali.

Actually ketika ibu tidak sihat merupakan saat yang paling bagus untuk menyusukan anak. Sebab apa ?

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badan ibu akan mula menghasilkan antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu.

So bayi anda akan mendapat susu yang lebih bagus daripada anda. Tahap imunisasi bayi anda juga akan lebih meningkat!

Sekiranya anda DEMAM or SELSEMA teruskan juga sesi penyusuan seperti biasa ya. Rugi kalau anda tidak MENYUSUKAN bayi anda.
Continue Reading

Tuesday, January 20

Tips Menjadi Genius

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang.

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu.

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik.

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri.

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya walaupun mulanya saya tak berapa faham.

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar.

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini.

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran.

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya.

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.

Jom baca alQuran
Continue Reading

Monday, January 19

Resipi - Ayam Masak Madu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share la resipi AYAM MASAK MADU yang Fizah try buat hari tu. Gambar tak sempat nak snap sebab baby Hafiy sekarang tak boleh nak tinggalkan dia lama-lama. Pantang sekarang ni nampak Mama hilang je mula lah menangis dengan sepenuh hati.

Actually Fizah ni dah ketandusan idea sangat bila nak kena fikir menu apa yang nak masak. So godek punya godek resipi terjumpa la pulak resipi ni. So apa lagi terus mintak encik suami belikan madu sebab stok madu dah habis.

So, jom kita tengok apa bahan-bahan nak buat AYAM MASAK MADU ni.

Gambar Google
Bahan-bahan:
  • 500 gm ayam
  • 3 sdb cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sdb cili sos
  • 3 sdb madu
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-dihiris
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara:
  1. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
  2. Ayam diletak garam kunyit, kemudian digoreng hingga warna keemasan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga berminyak. Kemudian masukkan cili kisar biarkan sehingga cili masak.
  4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, biarkan mendidih.
  5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasakan, dan jika perlu masukkan garam. Baruah diangkat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.
Continue Reading

Sunday, January 18

Cara Mudah Urus Bisnes

6 REKOD BISNES ANDA WAJIB ADA

1- Rekod Jualan
  • Berapa jumlah unit terjual, berapa RM jualan serta berapa RM untung.
  • Rekod perlu dibuat secara harian, bulanan & tahunan.

2- Rekod Inventori Produk
  • Setiap unit produk yang masuk & keluar perlu dicatatkan.
  • Catatkan unit masuk, unit keluar, tarikh & person incharge.

3- Rekod Cashflow Duit
  • Asingkan akaun bisnes dengan akaun bank peribadi.
  • Catatkan segala aktiviti duit masuk & duit keluar.
  • Resit pembelian perlu disimpan rapi. Nanti berguna untuk claim income tax.

4- Rekod Data Pelanggan
  • Paling asas, anda perlu ada 4 elemen 'N.A.M.E' : Nama, Alamat, Mobile (No Tel), Email pelanggan.
  • Cuba tanya khabar, follow up, upsell/cross sell, wish birthday, pos kad dan sebagainya.smile emoticon

5- Rekod Follow Up Pelanggan
  • Untuk pastikan anda 'keep track' pelanggan & tidak membuat pelanggan meluat akibat terkena promosi yang sama.
  • Contoh rekod follow up: Bila follow up, Tujuan follow up, Follow up kali ke berapa, Feedback, Upsell/ Cros sell.

6- Rekod Pembelian
  • Pecahkan pelanggan kepada pembeli pertama kali, pembeli berulang, pembeli setia, pembeli premium.
  • Beri diskaun kepada pembeli pertama kali supaya beli lagi, layan baik punya pelanggan setia & premium.
Continue Reading

Saturday, January 17

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

Adakah anda merupakan seorang ibu menyusu ?
Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menyusukan bayi anda ?

Jemput baca TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL 

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi 
  • Pelekapan 
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah 
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik 
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu. 
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus. 
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas. 
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa. 

Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda

Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas) 

Pelekapan

 

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi. 

Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara. 

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan. 
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan. 
  • Payu dara mungkin bengkak. 
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan. 

Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet. 

Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Bagaimana untuk kita mengetahui bayi menyusu dengan betul atau tidak ? Berikut merupakan tanda yang boleh menunjukkan samada bayi menyusu dengan betul atau tidak.
  • Mulut bayi terbuka luas. 
  • Dagu bayi menyentuh payu dara. 
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar. 
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas. 
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam. 
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu. 

Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul. 
Kredit : KKM
Continue Reading

Friday, January 16

Sunnah Menggantung Rotan Di Rumah (Mengadabkan Anak²)


عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.


- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.

Dalil Pukul Anak
"Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

Pukul mendidik, rotan tapak kakinya, bukan pukul ikut nafsu

Had angkat tangan ketika merotan

Jangan melebihi paras ketiak. Umpama kepit buku di ketiak. Jangan jatuh buku tu masa angkat tangan.

Pukul bukan ikut nafsu syaitan. Anak tu amanah Allah. Penghuni syurga. Jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

Waallahu A'lam.
Continue Reading

Thursday, January 15

Soal Jawab Vivix

APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:
  1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.
  2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

Tiada sebarang interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah - membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

Wednesday, January 14

Hypertensi @ Tekanan Darah Tinggi

Apa itu Hypertensi ?

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal

KategoriSistolikDiastolik
Normalbawah 120danbawah 80
Pre-hypertensi120 - 139atau80-90
Hypertensi140 dan ke atasatau90 dan ke atas
Hypertensi sistolik160 dan ke atasdanbawah 90

Penyebab-penyebab

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh :
  • Penyakit buah pinggang 
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Faktor keturunan 
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar) 
Tanda & dan gejala

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala. 
  • Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah. 
Komplikasi

Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

1. Peningkatan mendadak tekanan darah - Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera

2. Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan ke atas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
  • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian 
  • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras 
  • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang 
  • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata 
  • otak- strok/angin ahmar
Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara

1. Rawatan tanpa ubatan

Anda perlu mengubah cara hidup seperti
  • Kurangkan pengambilan garam 
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal 
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan 
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol 
  • Hindari stress 

2. Rawatan Ubatan

Kredit : KKM
Continue Reading

Tuesday, January 13

Buasir Ketika Hamil

Apa itu buasir ?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:
  • Darah merah terang selepas anda membuang air.
  • Gatal di sekeliling dubur.
  • Atau rasa seperti ada sesuatu yang terkeluar di dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. 



Maka sebab itulah anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit juga sering berlaku ketika hamil dan juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir selepas bersalin. Ia berlaku semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi.

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir ?
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak. 
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. 
  • Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau. 
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
  • Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. 
Continue Reading

Monday, January 12

Apa itu Bintik / Bintil Kolesterol

Pernah dengar apa itu bintik / bintil kolestrol ?

Anda pernah nampak masalah ini pada kulit seseorang tak? atau anda sendiri ada masalah ini? Apa sebenarnya bintik / bintil yang kerapkali kelihatan di sekitar mata dan pipi ni ya? Bintik ini kita panggil bintik kolesterol dan biasanya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah budak-budak yang masih kecil (peringkat sekolah). Pernah jumpa kan?

Bintik Kolestrol
Bintil kolesterol - atau Xanthomas - adalah lebihan lemak yang terbina di bawah kulit. Sesiapa pun boleh mempunyai bintil-bintil kolesterol ni, tetapi mereka yang paling biasa biasanya muncul pada orang tua dan orang-orang yang mempunyai tahap kolesterol darah tinggi. Xanthomas boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan, tetapi mereka biasanya terdapat pada siku, lutut, tangan, kaki, sendi, tendon dan punggung.

Xanthomas di tangan
Namun demikian, apabila bintil kolesterol terbentuk pada kelopak mata, ia dipanggil Xanthelasma Palpebra. Keadaan ini biasanya tidak semestinya dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi.

Xanthelasma Palpebra
Bintik Kolesterol boleh berbeza dari segi saiz, ada sangat kecil dan ada yang lebih besar dari 3 inci. Biasanya dalam rupa seperti lebihan daging berwarna putih atau kekuningan, kadang-kadang ada juga yang kelihatan kemerahan atau berwarna merah jambu. Bintik kolesterol ni tidak menyakitkan tapi boleh menggangu penampilan wajah seseorang kalau ada banyak kelihatan di kelopak mata atau di muka.

Rawatan:

Biasanya cara untuk merawat Xanthomas adalah dengan mengenal pasti dan mengawal keadaan yang menyebabkan terjadinya bintil tersebut. Sebagai contoh, xanthomas biasanya dikaitkan dengan paras kolesterol yang tinggi, oleh itu salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan cara menurunkan paras kolesterol.

Bintil kolesterol ini juga boleh dikeluarkan melalui terapi laser, pembedahan atau bahan kimia yang dikenali sebagai Asid Trichloroacetic. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Perubatan Langone, apabila Xanthoma dikeluarkan melalui pembedahan, ia boleh muncul semula di tempat yang sama.
Continue Reading

Wednesday, January 7

Kepentingan Asid Folik kepada Ibu Hamil

Jom kita kenali apa itu Asid Folik.

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkaya dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.


Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.





Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.


Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Continue Reading

Tuesday, January 6

Testimoni : Alfalfa Complex & Garlic Complex Membantu Menghilangkan Keputihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share testimoni diri sendiri la pulak. Asyik share testimoni orang je kan. Bila lagi nak cerita pengalaman diri sendiri consume Shaklee ni. Hihihi

Fizah nak cerita pengalaman Fizah consume Alfalfa Complex dan juga Garlic Complex untuk masalah keputihan yang Fizah hadapi.

Secara azalinya setiap wanita memang mempunyai keputihan. Apa yang membezakan antara setiap wanita itu adalah teruk atau tidak keputihan yang dialami.

Apa yang Fizah perasan sebelum berkahwin dulu Fizah memang tiada masalah keputihan ni. Tapi Fizah ada masalah keputihan selepas bersalinkan Haziq. Orang kata after bersalin memang keputihan akan bertambah.

So, nak dijadikan cerita Fizah ambil Alfalfa ni sebagai Milk Booster. Selain itu, ada terbaca yang Alfalfa ni boleh juga membantu meneyelesaikan masalah keputihan. Alhamdulillah after consume Alfalfa ni memang kurang keputihan Fizah.

Okay, bulan November 2013 Fizah pregnant lagi. Masa pregnantkan Hafiy ni la keputihan datang lagi malah makin teruk jika nak dibandingkan sebelum-sebelum ni. Mana taknya masa tu dah stop ambil Alfalfa sebab masa pregnant tidak digalakkan untuk consume Alfalfa.

Masa 1st trimester okay lagi la boleh tahan. Masuk 2nd trimester makin teruk sampaikan rasa tak selesa akibat gatal. Apa yang Fizah perasan bila minum Milo jadi makin teruk. Makin BANYAK & GATAL !!

Pergi Klinik bagi tahu doktor, doktor bagi ubat tapi Fizah tak berani nak buat. So apa yang Fizah buat just stopkan semua makanan bercoklat. Dah la masa tu tengah giler Kek Anis. Kalau rasa nak makan juga makan sikit pun jadi lah asalkan tak kempunan kan.

Masa tu memang rasa tak sabar sangat nak bersalin cepat-cepat sebab nak start balik consume Alfalfa..hihi.. So, after deliver Hafiy je terus start balik consume Alfalfa. Alhamdulillah susu melimpah ruah dan keputihan makin kurang tapi still tak selesa. Kalau makan coklat mesti kena punya la especially Milo!

Nak dijadikan cerita try la ambil Garlic Complex ni sebab ada terbaca petua nak hilangkan KEPUTIHAN ni kunyah BAWANG PUTIH mentah-mentah. Sanggup ke nak kunyah mentah-mentah? Fizah tak sanggup sebab Fizah memang tak suka makan bawang.

Alhamdulillah after SEMINGGU consume Garlic ni masalah KEPUTIHAN Fizah hilang terus! Sampai sekarang Fizah rasa selesa sangat. Kalau tak tu, rimas sangat sebab kena selalu ganti pantyliner tu dan hanya Allah yang tahu.

So jika anda mengalami masalah yang sama macam Fizah ni apa kata try Alfalfa Complex dan Garlic Complex ni. Harga pun bukan mahal mana pun. Takde la sampai kena perhabis beribu-ribu untuk rawat masalah keputihan ni.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, January 1

Promosi Januari 2015

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru 2015.

Macam biasa Shaklee akan buat promo la kan. Dah tahu ke apa promo kali ni ?

Jom kita sama-sama tengok 😊

1. Vitalea For Children
  • Buy 3 Free 1



2. Vivix 
  • Buy 6 Free 1
  • Buy 2 Less 5%

3. Alfalfa Complex
  • Buy 6 Free 1
  • Buy 2 Less 5%




Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading