Saturday, September 5

Kisah Hafiy

Assalamualaikum semua :)

Kali ni Fizah nak cerita kisah minggu lepas. Kisah hafiy jatuh dan luka kat bahagian area dagu. Hafiy jatuh sendiri, bukan sebab main dengan Haziq tau.

Actually masa tu kami semua duduk kat luar, bahagian ruang tamu. Hafiy ni biasa la, tengah melasak sebab baru dapat kaki orang kata. Merayap je la keje nya.

Tiba-tiba dengar bunyi dia dia terjatuh dan menangis kat dalam bilik tidur kami. Bila pergi tengok rupanya dia terjatuh kat area pintu bilik. Mungkin masa tu dia tengah berjalan nak keluar dari bilik tu.

Terkejut sangat sebab masa angkat dia tu, nampak darah dah meleleh-leleh kat bahagian dagu dia tu. Bila lap-lap tengok macam agak besar jugak lukanya tu. Terus kami laki bini decide nak bawak pergi klinik. Risau sangat masa tu takut kena jahit je. Nasib baik la masa tu Ayah dah balik kerja. Kalau takkkkk.

Menangis sebab orang nak ambil gambar bukan sebab sakit :) 
Kulit bahagian tu terkoyak. Ngeri tengok 
Bila sampai je kat klinik, terus nurse suruh masuk kat bilik Emergency. Masa tu luka tu dah tak berdarah mana pun sebab kami dah letak Gel Gamat.

Masa doktor check tu memna kuat jugak la dia menangis. Pedih agaknya sebab kene cuci dengan doktor tu. Doktor cakap sikit je dan tak dalam pun luka nya. Just terkoyak kulit je, so tak perlu dijahit.

Syukurrrrr. Doktor just bagi ubat demam sebab takut baby demam katanya. Dan doktor suruh pastikan setiap kali lepas mandi, lap kering-kering tempat luka tu supaya cepat baik lukanya. Makanya kami balik la dengan senang hati.

Sampai je rumah, Fizah terus buka peti sejuk then ambil Vivix untuk sapu kat tempat luka tu. Ikhtiar dengan Vivix memandangkan doktor tak bagi pape ubat sapu pun. Fizah try Vivix sebab Vivix ni memang membantu untuk sembuhkan luka.

Alhamdulillah. Lepas 2 hari luka makin kering
Berparut hero Mama
Selain Vivix, Fizah memang konsisten ambil Vitamin C dan jugak ESP memandangkan Hafiy masih lagi menyusu badan kan. Vitamin C pun boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka manakala ESP sebagai sumber protein yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit yang baru.

Alhamdulillah. Fizah perasan memang luka Hafiy tu cepat kering dan yang paling penting tempat luka tu tak terkena sebarang infection pun.

Luka nampak macam nak bercantum
Lega tengok kulit makin sembuh
Kalau nak tahu, ni lah pengalaman pertama tengok anak berdarah macam ni tau. Sebelum ni Haziq mana pernah main ke apa ke sampai luka berdarah macam ni. Kelam kabut jugak lah masa tu sebab tak pernah ada pengalaman kan.

Alhamdulillah. Syukur sangat lah takde pape yang serius pun. Ayah nya siap cakap lagi, budak lelaki, standard la parut-parut or luka-luka ni. Kalau takde luka yang peliknya. Oran lelaki meman la cakap macam tu kan. Kita yang perempuan ni la yang risaunya.

Lepas ni memang kena pantau betul betul lah jawabnya. Siapa tak sayang anak kan.

Fizah masukkan dalam blog ni supaya benda ni menjadi kenangan buat Hafiy. Mana tahu nanti Hafiy dah besar, dah ada anak, boleh baca apa yang Mama dia ni tulis 😊
Location: Kampung Berahi, Balok, Malaysia

0 comments:

Post a Comment