Monday, March 26

Kenali Vitamin B-1

Nama lain bagi vitamin B-1 ialah thiamine, sangat penting bagi menyokong metabolism dan membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga memastikan sistem saraf tunjang dan saraf periferi (yang menghubungkan antara saraf tunjang kepada otot dan tisu di seluruh tubuh yang lain) berfungsi dengan tahap yang terbaik.

Secara lebih tepat Vitamin B-1 berfungsi dalam metabolism gula ringkas (glukos), menghasilkan neurotransmiter dalam otak (yang menghubungkan sel-sel dalam otak) dan meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

Kegunaan vitamin B-1
  • Ia digunakan sebagai rawatan masalah berkaitan dengan saraf seperti  Bell’s palsy, multiple sclerosis, dan neuritis (radang saluran saraf). 
  • Ia membantu penyembuhan kulit setelah pembedahan. 
  • Dalam kajian yang terbaru, vitamin ini digunakan untuk mencegah dan memperlahankan proses mendapat penyakit Alzheimer’s disease.

Sumber Vitamin B
  • Biasanya terdapat pada selaput pada biji beras, oat dan gandum. Ia selalu hilang jika dibersihkan dalam proses penyediaan beras di kilang. Adalah lebih baik kita menukar dari beras (nasi) putih kepada berang perang atau beras rebus (parboiled) kerana ia masih mengekalkan selapat pada bijirin. 
  • Thiamine juga terdapat pada sayur-sayuran, bijiran, bebenih (seeds) dan kacang.

Dos yang dibenarkan
  • Dos sebanyak 2-3 mg untuk mengekalkan kesihatan kita. 
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah saraf, boleh ambil 10-50 mg sehari. 
  • Selalunya di pasaran, ia disediakan sebanyak 25-50mg bersama dengan vitamin B yang lain. 
  • Bagi mereka yang menjadi penagih arak (alcohol) dan mengalami masalah hati, vitamin ini sangat sesuai diambil bersama suplemen yang lain.

Kemudaratan
  • Kekurangan vitamin thiamnines boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ketagihan gula (sugar craving). 
  • Katagihan gula bermakna seseorang itu akan mengalami rasa letih, sakit kepala dan menggigil apabila meninggalkan gula. 
  • Apabila minum air manis, beliau akan berasa segar, hilang sakit kepala dan hilang rasa menggigil.
  • Jika mengalami kekurangan yang teruk, ia boleh menyebabkan penyakit beri-beri yang menyebabkan rasa letih, kehilangan berat badan dan bengkakan pada kaki , abdomen dan tangan.
  • Thiamine larut dalam air. Ia jarang menyebabkan kemudaratan. Tubuh kita boleh menerima sehingga 200-300 mg tanpa masalah (kerana ia boleh dibuang melalui air kencing).
Sumber : Dr. Zubaidi Hj Ahmad

0 comments:

Post a Comment