Thursday, August 27

Dapat Buku Bertanya Allah Dahulu sebagai Reward untuk Efektif Supervisor Julai 2020

I’m addicted to books!

Kalau keluar pergi mana-mana mall, jangan bawak Fizah lalu depan kedai buku sebab Fizah memang tak boleh nampak kedai buku. Kalau dah masuk kedai buku, memang tak keluar la jawabnya. Fizah boleh habiskan masa berjam-jam dalam kedai buku. Hihihi




BERTANYA ALLAH DAHULU

Actually, dah lama sebenarnya Fizah cari buku ni. Merata jugak la cari sampai satu hari tu terjumpa Facebook penulis buku ni. Bila dah jumpa tu, terus pm direct kat penulis then tanya kat mana nak beli buku ni sebab memang nak sangat buku ni. Tambahan pulak bila dengar ramai cakap best baca buku ni.

Penulis buku ni jawab, dia dah tak keluarkan lagi buku ni. Once habis, habislah bukunya. Takde dah nak buat cetakan baru ke apa. Sedih sangat rasa masa penulis buku ni jawab macam tu. Masa tu memang dah rasa takde rezeki nak pegang dan baca buku ni.

Penulis ni cakap, kalau ebook ada dan siap mintak email nak bagi ebook buku ni. Fizah bagi je email Fizah masa tu sebab memang nak baca sangat. Baca ebook ni tak sama dengan baca buku fizikal, sebab tu Fizah lebih prefer buku berbanding ebook sebab lebih feel bila dapat pegang buku 📖




Nak dijadikan cerita, Fizah ada kirim beli Vitamin C dengan upline Fizah, Master Nadiah Suhaidi. Vitamin C ni boleh beli di HQ Shaklee sahaja. Memandangkan Fizah duduk di Kuantan, terpaksa minta tolong dengan upline. Hihihi

So, semalam parcel ni baru sampai kat tangan Fizah. Bila dapat parcel atau kotak yang ada logo Shaklee, mesti hati akan berbunga-bunga. Sebab tu, Fizah selalu sebut "Happy Parcel". Hihihi




So, semalam masa bukak parcel dari Ummi Nadiah Suhaidi ni, terselit pulak buku ni kat bawah timbunan botol Vitamin C 😂. Dah la hati berbunga-bunga bila stok Vitamin C ni dah sampai kat tangan Fizah, tambah berbunga-bunga bila ternampak buku ni sebab memang dah lama sangat mengidam nak pegang buku ni.

Buku ni Master Nadiah hadiahkan sempena Efektif Supervior untuk bulan Julai 2020. Master Nadiah cakap memang dia simpan buku ni untuk hadiahkan pada Fizah. Happy tak terkata.

Alhamdulillah. Allah beri keizinan untuk pegang dan baca buku ni! Bukak 1st page dah rasa best sangat buku ni. Encik Suami pun cakap bagus buku ni. Sebelum dia pergi kerja tadi, sempat jugak dia baca beberapa muka surat.

Terima kasih Nad! Really appreciate it!

Fizah Abdul Halim
Tak pernah tak suka dengan buku ❤️

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)