Saturday, July 28

Anak Anda Dijangkiti Chicken Pox?


Kalau anak dijangkiti chickenpox, ini yang harus ada lakukan.

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chicken pox atau jangkitan cacar air.

Datangnya secara tiba-tiba, mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.

Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia di serang demam.

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin banyak di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.

Memang sah anak anda di serang chicken pox.

Pengalaman pertama anak anda diserang chicken pox? Ikuti tips di bawah.

1. Segera berjumpa doktor

Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin dijangkiti, segera bawa anak berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa

Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan merawat chicken pox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chicken pox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chicken pox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chicken pox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/taska

Anak anda wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau taska, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chicken pox mudah berjangkit.

4. Bergilir jaga anak

5. Sapu lotion calamine

Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Sapu losyen ini dengan kerap di badan anak anda untuk mngurangkan rasa kegatalan.

6. Ambil Paracetamol kanak-kanak

Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, berikan sirap paracetamol bagi mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.

7. Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan die hanya berlampin sahaja bagi mengelakkan badan anak anda berpeluh dan panas yang akan menyebabkan anak mudah gatal.

8. Minum banyak air masak

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan

Kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak.

10. Banyakkan bersabar

Anak akan banyak merengek, menagis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memberi perhatian kepada anak.

11. Elakkan makanan laut

Jangan bagi anak anda makanan laut selagi dia belum sembuh sepenuhnya.

12. Vitamin E untuk hilangkan parut

Selepas anak anda sebuh dari chicken pox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan. Anda boleh menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cecair kapsul tersebut dan lumurkan dibadan anak anda.

Selain daripada tips di atas, anda juga boleh gunakan Multipurpose Cream dari Shaklee iaitu Herbal Blend. Krim Herbal Blend ni boleh membantu chicken pox cepat kering dan yang paling best ialah ia juga membantu kulit anak anda tidak berparut.


Sekian terima kasih kerana sudi membaca tip di atas, semoga entry ini memberi manfaat kepada semua.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)