Sunday, July 29

Prolong Jaundice / Demam Kuning Bayi


Nak elakkan bayi baru lahir kena prolong jaundice/kuning, anda boleh cuba tips di bawah.

Jaundice di anggap berpanjangan (prolong jaundice), jika kekuningan berlanjutan sehingga 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang di lahirkan pramatang.

Prolong jaundice yang di alami mungkin disebabkan beberapa faktor seperti bayi menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundice ini dikenali sebagai breastmilk jaundice. Namun, ia tidak membahayakan bayi selagi anda tidak mengambil ubat-ubatab tradisional seperti jamu dan sebagainya.

Ia mungkin disebabkan oleh penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis menjadi pekat dan air kencing bewarna pekat.

Kekurangan hormon ataupun masalah kelenjar tiroid, berlakunya jangkitan kuman pada saluran air kencing dan organ hati mempunyai masalah kesihatan ataupun komplikasi seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyts pun boleh menjadi puncanya.

Kebiasaannya, bayi yang mengalami jaundice berpanjangan akan diperiksa berdasarkan berat lahir dan perkembangannya. Setelah semuanya diperiksa melalui ujian darah dan air kencing dan keputusannya adalah normal, maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice. Tiada rawatan yang perlu dilakukan kerana ia akan hilang sehingga bayi berusia 2 bulan.

Walau bagaimanapun, jika ada tanda merbahaya seperti najis bayi berwarna kuning pucat atau air kencing bewarna gelap, keadaan itu mungkin berkaitan dengan masalah hati tersumbat. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya bayi menunjukkan tanda seperti ini kerana dikhuatiri dia mempunyai masalah lain daripada jaundice.

Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika jaundice terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, peningkatan kekuningan yang cepat, bayi disahkan mengalami kekurangan G6PD, dia kelihatan tidak aktif dan langsung tidak mahu menyusu serta najis bayi kelihatan pucat ataupun air kencingnya adalah pekat.

Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan ketika anda hamil supaya bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundice berpanjangan.

  1. Makan kurma ketika usia kandungan enam hingga sembilan bulan.
  2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
  3. Dua bulan sebelum melahirkanamalkan pengambilan supplemen Vitamin B.
  4. Amalkan minum jus pegaga.
  5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
  6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
  7. Amalkan pemakanan sihat.
  8. Baca ayat al-Quran dan banyakkan doa.
  9. Bersikap positif dan hidari stress keterlaluan.

**sumber majalah pa&ma

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)