Tuesday, August 7

Cara Mengatasi Senggugut Tanpa Ubat


Pertama sekali yang perlu kita lakukan adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat terutama daripada segi pemakanan.

1. Perbaiki diet

Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

2. Kurangkan garam

3. Variasikan pilihan minuman

Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

4. Ambil lemak yang berkualiti

Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

5. Kekal aktif

Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

6. Berhenti merokok

7. Tenangkan fikiran

Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

8. Tuam perut

Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

9. Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri

Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas mengambil pil penahan sakit.

....

Selain daripada cara di atas, anda boleh juga ambil suplemen dari Shaklee untuk masalah senggugut ni. ntara suplemen yang dimaksudkan ialah GLA Complex , B Complex dan juga OsteMatrix. Kenapa GLA, B Complex dan OsteMatrix?

Jom tengok gambar kat bawah ni

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Hubungi kami :
019 659 1541 ( Fizah )

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)