Friday, August 31

Tahukah Anda


đź’§Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah-olah kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yang sangat pantas. Setelah itu baru berfungsi seperti semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

đź’§Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahawa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

đź’§Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu akan menghasilkan gula dalam darah.*
Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

đź’§Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

đź’§Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa-dosa kita yang berguguran.."

đź’§Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita solehah yang meninggal dunia.

Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

đź’§Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dengan syurga kecuali kematian.

đź’§Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu-buru untuk beranjak dari tempat duduk.


Rasulullah S.A.W bersabda :

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

0 comments:

Post a Comment