Friday, August 3

Doa Anak Untuk Kesenangan Ibu Ayah di Alam Barzakh

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan, di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu.

Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia sedang duduk berehat di atas kuburnya sendiri.

Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.


Wali :

Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dengan tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ.

Roh Org tua itu :

Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.


Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya.

Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.


Wali:

Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging:

Waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali:

Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?

Penjual daging: 

Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: 

Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging:

Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.


Iktibar dari Kisah ini

Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?

Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat".

Manakala roh pakcik tua yang hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.


Pesanan:

Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh.

Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)