Wednesday, August 8

Info Kesihatan : Aritmia Jantung

Pernahkah anda rasa jantung berdegup terlalu laju sehingga anda sesak nafas? Jika pernah, anda memerlukan pemeriksaan doktor kerana anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan aritmia jantung.

Artmia merupakan masalah pada jantung yang berlaku ketika organ tersebut berdegup terlalu cepat, terlalu lambat, atau tidak teratur. Hal ini disebabkan oleh impuls elektrik yang berfungsi mengatur degup jantung tidak bekerja dengan baik.

Kadar denyutan jantung normal adalah lingkungan 50 hingga 100 denyutan per minit. Aritmia tidak semestinya perlu berlaku sekali gus. Aritmia boleh berlaku dengan kadar denyutan jantung normal, atau dengan kadar denyutan jantung yang perlahan (dikenali sebagai bradiaritmia- kurang daripada 50 denyutan per minit). Aritmia boleh berlaku dengan kadar denyutan jantung pantas (dikenali sebagai takiaritmia- laju daripada 100 denyutan per minit)

Penyebab

Aritmia boleh disebabkan oleh faktor-faktor, termasuklah:

  • Penyakit koronori arteri.
  • Ketidakseimbangan elektrolit dalam darah(seperti sodium atau kalium).
  • Perubahan dalam otot jantung.
  • Kecederaan daripada serangan jantung.
  • Proses penyembuhan selepas pembedahan jantung.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)